Projek Khidmat Masyarakat oleh M@RHAEN
Bahagian Ketiga

PASTI: FALSAFAH DAN ORGANISASI


1.1 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

1.2 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

1.3 FALSAFAH PENDIDIKAN PASTI

Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dart berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dari aspek Syakhsiyyah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada ISLAM, IMAN DAN IHSAN. Mengambil kira potensi dan bakat yang sedia ada, pendidikan PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognitif, psikomotor, bahasa sosio-emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang sedia terpupuk di dalam diri tunas Islam. Usaha-usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan diri mereka menjadi warga yang cintakan negara serta berpegang teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya diredhai oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat.

1.4 VISI

Melahirkan Insan Soleh di Malaysia melalui Pendidikan Pra Sekolah Sebagai Elemen Terpenting.
 

ORGANISASI PAN PENTADBIRAN

2.1 KUASA PENUBUHAN PASTI

PASTI merupakan suatu aktiviti PAS yang tertakluk sepenuhnya kepada Perlembangaan PAS melalui Fasal 6 (2) yang mana Perlembangaan PAS ini telah didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan.

Perlembagaan PAS Fasal 6 (2) Pindaan 2001:
Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

PASTI:
Bahagian Pertama: Benarkah tuduhan yang mengatakan PASTI....
Bahagian Kedua: Sejarah Pusat Asuhan Tunas Islam
Bahagian Ketiga: Falsafah dan Organisasi
Bahagian Keempat: Program PASTI
Bahagian Kelima: Kurikulum PASTI
Bahagian Keenam: Kedudukan PASTI di sudut Undang-undang (Akhir)
(dipetik daripada Berita PASTI - Edaran Khas Februari 2002)


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!