Projek Khidmat Masyarakat oleh M@RHAEN
Bahagian Keenam (Akhir)

PASTI: KEDUDUKAN DI SUDUT UNDANG-UNDANG


1. PASTI telah diwujudkan dan dilaksanakan hasil daripada keputusan yang dibuat oleh pimpinan PAS, iaitu untuk mengadakan aktiviti PASTI berdasarkan peruntukan yang diberikan oleh Perlembagaan PAS (Fasal 6 Perkara 2)

2. Seksyen 18C Bahagian 1A, Akta Pertubuhan 1966, menyebut secara jelas bahawa sebarang keputusan yang dibuat oleh pimpinan atau orang yang diberi kuasa oleh Perlembagaan PAS adalah muktamad dan konklusif dan keputusan ini TIDAK BOLEH dicabar, dirayukan, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan di MANA-MANA Mahkamah atas apa jua alasan.

3. Tidak ada Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa untuk melayani atau memutuskan apa-apa guaman, permohonan, soal (isu-isu), atau prosiding atas apa-apa alasan berkenaan dengan ketulenan keputusan yang dibuat oleh PAS.

4. Seksyen 18C Bahagian 1A, Akta Pertubuhan 1966 berbunyi;

Keputusan sesuatu parti politik atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya atau oleh perlembagaannya atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya tentang pentafsiran perlembagaan, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturannya atau tentang apa-apa perkara yang berhubung dengan hal ehwal parti itu adalah muktamad dan konklusif dan keputusan itu tidak boleh dicabar, dirayukan, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan, dan tiada mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk melayani atau memutuskan apa-apa guaman, permohonan, soal atau prosiding atas apa-apa alasan berkenaan dengan kesahan keputusan itu.

TAMAT

PASTI:
Bahagian Pertama: Benarkah tuduhan yang mengatakan PASTI....
Bahagian Kedua: Sejarah Pusat Asuhan Tunas Islam
Bahagian Ketiga: Falsafah dan Organisasi
Bahagian Keempat: Program PASTI
Bahagian Kelima: Kurikulum PASTI
Bahagian Keenam: Kedudukan PASTI di sudut Undang-undang (Akhir)
(dipetik daripada Berita PASTI - Edaran Khas Februari 2002)


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!