Kes Arafat: Mahathir Meludah Ke langit?
Oleh Pak Belalang

Petikan: Utusan Malaysia 30/09/02

PM: Kes Arafat tunjukkan tiada lagi keadilan di dunia

K. LUMPUR 29 Sept. - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata apa yang sedang berlaku kepada Presiden Palestin, Yasser Arafat menunjukkan bahawa tidak ada lagi keadilan di dunia ini sebaliknya penuh dengan cakap-cakap bohong dan hipokrasi khususnya dalam rnelayani negara negara Islam.

Perdana Menteri memberitahu, kuasa kuasa besar boleh berbuat apa sahaja terhadap negara-negara yang tidak disukainya tanpa mengira sama ada langkah tersebut adil atau sebaliknya.

"Jadi, segala cakap-cakap tentang keadilan, hak asasi manusia dan demokrasi semua bohong belaka ... cakap sahaja.”

"Dalam kes Arafat, nampak dia dibenci oleh pihak-pihak tertentu dan dengan itu, dia tak akan menerima layanan yang adil kerana keadilan sudah tidak ada lagi di dunia ini," kata beliau dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, dekat sini hari ini.

ULASAN

Merujuk kenyatan PM  dalam UM 30/09/02 seperti dipaparkan di atas, saya kira keseluruhan kenyataan tersebut menggambarkan MIRROR IMAGE pemerintahan Mahathir sebagai PM Malaysia , bak kata orang tua-tua BAGAI MELUDAH KELANGIT, JATUH KEMUKA SENDIRI!!! Sahlah beliau telah masuk dalam lingkungan orang tua nyanyuk yang lupa kan perlakuan beliau sendiri terhadap rakyat marhaen… lebih dahsyat dari Yahudi laknatullah….

Cuba kita perhatikan satu persatu kenyatan beliau dan bandingkan dengan apa yang dia lakukan terhadap rakyak di bawah pemerintahannya…. sah jelas cakap tak serupa bikin dan lidah bercabang!!! :

“- Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata apa yang sedang berlaku kepada Presiden Palestin, Yasser Arafat  (…..apa yang sedang berlaku kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Ezam serta tahanan  ISA yang lain termasuk anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz) menunjukkan bahawa tidak ada lagi keadilan di dunia ini  … (di Malaysia ini) sebaliknya penuh dengan cakap-cakap bohong dan hipokrasi khususnya dalam rnelayani negara negara Islam (… khususnya dalam melayani kebangkitan rakyat untuk meminta keadilan terlaksana di Malaysia, terutamanya gerakan reformasi!)

“Perdana Menteri memberitahu, kuasa kuasa besar (..kuasa kukubesi Mahathir yang memperalatkan PDrM, Kehakiman, Media Massa, dll…) boleh berbuat apa sahaja terhadap negara-negara (terhadap rakyat dan pejuang reformasi) yang tidak disukainya tanpa mengira sama ada langkah tersebut adil atau sebaliknya (bukti:…tahanan 60 hari dibawah ISA… Ezam dan rakan-rakan yg di isytiharkan bahawa Polis melakukan tangkapan yang ‘Mala Fide’).

"Jadi, segala cakap-cakap tentang keadilan, hak asasi manusia dan demokrasil semua bohong belaka ... cakap sahaja.  (Ini sah benar apabila dibandingkan cakap PM dan  tindakan beliau tentang proses demokrasi yang saling bertentangan. Cakap-cakapnya adalah bohong…cakap sahaja!… (bukti: …tahanan ISA…melanggar hak asasi manusia….dan peranan SPR yang tidak NEUTRAL!!! serta menghalang pihak BA menyatakan dasar-dasar mereka elalui media masing-masing dan lebih2 lagi tidak ada peluang langsung dlm media perdana!!! )

"Dalam kes Arafat, (..kes DSAI dan Ezam serta rakan-rakan) nampak dia (mereka) dibenci oleh pihak-pihak tertentu dan dengan itu, dia tak akan menerima layanan yang adil kerana keadilan sudah tidak ada lagi di dunia ini (kerana keadilan sudah tidak ada lagi di Negara Islam ala-Mahathir di Malaysia ini!!) " kata beliau dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, dekat sini hari ini.

Pak Belalang  - 30.09.2002


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!