Pak Lah (BN) Gelabah Dengan Kemenangan Parti Islam Turki?
Oleh Pak Belalang

Muka depan Utusan Merapu hari ini 6 Sept memuatkan jawapan Pak Lah tentang isu parti Islam Turki menang besar dan mungkin memerintah tanpa membentuk kerajaan campuran.
 
Katanya ia perkara biasa….. kat Malaysia pun UMNO/BN dah laksanakan Islam… katanya lagi rakyat Turki nampak pemerintahan sebelum ini di Turki dilihat sebagai pemerintah yang SEKULAR… sebab tu mereka tukar supaya jadi negara Islam sebenar…. (Malaysia katanya dah laksana Islam bukan lagi sekular…. jadi buat apa nak tukar kerajaan…gamaknya itu message yang beliau nak rakyat Malaysia terima.)
 
Pak Lah sebenarnya cuba berlindung di sebalik daun lalang yang sentiasa berliku-lintuk mengikut tiupan angin melondehkan ponggong pak lah di sebaliknya…. tak payahlah nak kelentong… ni zaman IT…  zaman rakyat  celik huruf celik politik celik IT….. tak kan nak kelentong lagi… dah terang dan NYATA Malaysia adalah sebuah negara SEKULAR yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN…dan agama Islam sebagai agama RASMI cuma dari sudut pandangan SEKULAR  sahaja… yang memisahkan kehidupan dunia dan akhirat…sekular yang tidak percayakan hari pembalasan… itu sebab Mahafiraun, Pak Lah dan kuncu-kuncunya boleh rasuah, rompak duit rakyat, tipu, bohong, khianat amanah, fitnah sana sini…. kerana dasar sekular adalah…”matlamat menghalalkan cara”… so mereka boleh sembahyang tapi mereka juga boleh menipu kerana dunia dan akhirat tak bercampur pada pandangan sekularisme.

Buktinya…. semua ceramah tentang Islam termasuk Khutbah Jumaat tidak boleh menyentuh tajuk atau fakta atau maklumat di LUAR dari linkungan definisi Agama Sekular iaitu sebagai agama RITUAL /IBADAH yang SEMPIT!!!… cukup setakat cerita Islam itu tentang Sembahyang Puasa Zakat Haji, nikah kawin dan yang sewaktu dengannya…. itulah Agama Islam dari kacamata UMNO/Sekularisme….
 
Justeru itu, apa yang pak lah nak mengarut lagi bahawa Malaysia ni negara Islam …. kita boleh kata Malaysia Negara umat Islam tetapi belum lagi boleh ditakrif sebagai DAULAH ISLAM… kerana perundangan Malaysia masih lagi menggunakan perundangan yang direka cipta Lord Reid (British)…. dan banyak aktiviti hidup atau ‘way of life’ yang ditaja UMNO/BN masih caca marba… malam ini ada tilawah Quran .. pada malam yang sama program maksiat bersahut sahutan sama ada dalam TV atau pun di disko-disko atau di pusat-pusat judi genting highland dll…. inilah dia amalan sekularisme!!!

Justeru rakyat semua sudah nampak tembelang UMNO BN itulah yang menakutkan/mengecutkan biji pak lah (kalau ikut Puan Bahirah pak lah tak dak bijik!!) takut-takut nanti rakyat Malaysia akan bertambah semangat dan bertambah yakin bahawa kebenaran/keadilan akan menang jua walaupun Pak Lah menggunakan seluruh jentera kerajaan dan 1000 akta ISA sekalipun!!!

Oleh itu saudara-saudaraku reformis sekelian .. bersatulah dan tambahkanlah usaha berganda-ganda demi menghancurkan UMNO/BN perompak/pemusnah/pengganas negara. Berwaspada dan merancanglah dengan baik… bersatu hatilah… jangan kejarkan pangkat dan harta…. fokuslah kepada matlamat perjuangan menjatuhkan system dictator Mahafiraun dan jenteranya UMNO/BN… demi keadilan sejagat!!
 
Wallahua’lam

Pak Belalang  - 06.11.2002


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!