ISA Diperkemas ke arah Malaysia Sebuah Negara Diktator?
Oleh Pak Belalang

Utusan Meloya hari ini 15/11/02 menghebahkan tentang usaha memperketatkan undang-undang DRAKONIAN ISA agar ianya tidak dapat dicabar oleh mahkamah!!!

Sudah terang dan jelas UMNO/BN semakin gelabah sejak akhir-akhir ini terutamanya setelah menyaksikan kemenangan golongan Islam di Turki dan Pakistan. Si Mahafiraun dan Bedolah (tak bertelor) sudah merasa hari-hari kejatuhan mereka semakin hampir. Untuk menghadapi suasana yang getir itu UMNO/BN perlukan satu kekuatan tambahan dengan mengisytiharkan “secara tidak langsung” bahawa MALAYSIA adalah negara yang di perintah ala-DIKTATOR menyamai negara KOMINIS.

Mana tidaknya, sebelum ini pun penangan ISA sudah dikirakan boleh menghalang suara-suara kritikan dari rakyat Marhaen, cuma masih ada ruang mahkamah yang dikendalikan secara adil membuktikan ISA telah di salahgunakan dan membebaskan mangsa-mangsa ISA. Mahafiraun dan Mahabodohlah  menyedari bahawa masih ada lagi sisa-sisa institusi kehakiman yang masih boleh dirujuk dan diharapkan membetulkan keadaan….. justeru sistem kehakiman Malaysia MESTI dikekang terus supaya KUASA PENAHANAN ke atas rakyat jelata berada secara MUTLAK di tangan Menteri Dalam Negeri. Dengan itu sahlah MALAYSIA  AKAN MENJADI NEGARA DIKTATOR ALA KOMINIS!!!

Ini adalah jerat yang dipasang oleh UMNO/BN untuk menghadapi kemaraan pihak BA sebelum/selepas Pilihanraya…di mana BN/UMNO dengan kuasa baru ISA boleh menangkap SESIAPA sahaja secara individu atau secara borong nanti di bawah ISA. UMNO/BN boleh mencipta satu drama tanpa bukti agar PAS dan KEADILAN?PRM diharamkan…ini membuahkan penentangan terbuka dari rakyat/penyokong-penyokong PAS/KEADILAN/PRM sama ada dalam bentuk demonstrasi atau lain-lain bentuk pernyataan bantahan…dan sekiranya ini merebak apa yang pernah berlaku di Kelantan satu waktu dahulu pasti berulang kembali.  Sekiranya pindaan ISA ini berjaya ….kita hendaklah bersedia untuk berhadapan dengan OPERASI LALANG dan MAGERAN yang akan menjadi senjata terakhir BN/UMNO sekiranya BA menang pilihanraya 2004 nanti. Sejarah ALGERIA pasti berulang. Ini cuma sebagai andaian supaya kita bersiap siaga menepis segala tohmahan dan fitnah dari mereka…..dan bersedia mentally dan psychologically menghadapi suasana ini sekiranya berlaku… kita harap ianya tidak berlaku!!!

Bukankah Malaysia sudah bersetuju atas permintaan Amerika (Bush) untuk menjadi pusat  ‘pemantauan’ pengganas bagi Asia Tenggara dan Malaysia sudahpun menandatangani perjanjian kerjasama ‘ketenteraan??’ dengan AS sejak 18 tahun yang lalu tanpa disedari rakyat marhaen!! Siapa tahu jika hadiah kepada persetujuan itu adalah JANJI AS untuk membantu pengekalan pemerintahan BN/UMNO walau dengan apa cara sekalipun. Walaupun dengan kekerasan!!!!

Yang ironisnya dalam media perdana milik BN/UMNO rakyat disogokkan bahawa Mahafiraun dan kerajaan BN/UMNO adalah sebagai pejuang mempertahankan Palestin dan kepentingan Umat Islam. Sebagaimana “muka tak malu” Mahafiraun menonjolkan dirinya (melalui program TV) sebagai berjasa besar kerana dapat mempengaruhi SADDAM (jahannam itu) untuk menerima resolusi PBB tentang pemeriksaan senjata  sedangkan sebelum ini Malaysia telah MENGUNDI MENYOKONG PBB - Amerika dan tentera bersekutu (macam perang Ahzab masa Rasulullah dulu — cuma heronya Saddam, terbukti seorang penjahat/pembunuh!!) untuk memerangi Iraq pada tahun 1991. Bila bersua muka dengan Amerika Mahafiraun menjilat ponggong Bush pulak!! Dasar talam dua muka.

Ayat Al-Quran dalam surah Al-Baqarah (ayat 14) menggambarkan sikap orang2 munafik yang berperangai seperti Mahafiraun dan kroninya ini….

”Apabila mereka bertemu orang-orang berIman, mereka berkata mereka berIman. Tetapi apabila mereka bersama sekutu-sekutu mereka (Amerika dll munafiqin/musyrikin) mereka berkata: sebenarnya kami bersama-sama kamu. Kami sebenarnya memperolok-olokkan mereka (orang berIman)”

Inilah dia sifat Mahafiraun dan sekutunya terhadap rakyat marhaen lebih-lebih lagi terhadap umat Islam di Malaysia… (bukti kokoh: penghapusan SAR!!!)

Oleh itu marilah kita para pejuang kebenaran di bulan puasa ini tambahkan usaha dalam apa bidang sekali pun agar maklumat pembohongan dan kedurjanan puak-puak UMNO/BN disebar-luaskan dan berusaha dan merancang dengan baik agar kemenangan yang HAQ terhasil jua …kalau tidak melalui pilihan raya…insyaAllah melalui pilihan Jalan Yang di tunjukkan dan ditentukan oleh Allah swt. Yang penting kita jangan berputus asa…banyakkan munajat kepada Allah swt disamping usaha-usaha secara fizikal mengikut kemampuan kita…..

(Nota: semalam semasa TERmendengar kelentongan Mahafiraun di TV, saya terperasan percakapan beliau sudah semakin lemah dan ada tanda titik-titik hitam di muka/pipi beliau…adakah ini satu permulaan ….?? wallahua’lam….)

Teruskan perjuangan.

Pak Belalang  - 15.11.2002


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!