Nampak Gayanya Mahafiraun Takkan Letak Jawatan…
Oleh Pak Belalang

Berita minggu 16/3 mewar-warkan pemergian kepala perompak/pemfitnah aka ‘khalifah’ ‘Negara Islam Malaysia Boleh’ ke Brazil kerana jemputan presiden barunya …lawatan sambil kerja (cuti). Kemudian BH siarkan beliau belek-belek senjata canggih konon untuk rekomen gomen beli untuk ‘perkuatkan’ ATM sebagai rakyat marhaen aku tak faham suasana yang bercanggahan ni…… nak mintak siapa-siapa yang arif explain sikit beberapa hal.

1. PM bakal bersara (PMBB) tu ambik cuti (dahlah sengaja cari masa untuk TUANG sidang parlimen. Barangkali takutkan soalan-soalan Tok Guru Hj Hadi dan rakan-rakannya tak terjawab nanti. Ye lah, dah banyak sangat kelentong dan bazirkan duit rakyat termasuk pada persidangan NAM baru-baru ini) tapi apa yang dok sebok-sebok lagi buat kerja lawat melawat bagi pihak gomen… Cuti tu cutilah betul-betul… Main dengan anak cucu atau dok kat tikar sembahyang tu lama-lama sikit atau pun belajarlah pula bahasa Arab supaya faham juga Quran dan Hadis dan faham Islam yang sebenar bukan Islam yang sekular macam tok guru dia Kamal Attaturk (laknatullah tu)… Jadi bila balik bercuti barulah boleh cerita benda yang baik-baik sikit tentang Islam. Ni tidak asyik nak hantam Islam/lanyak orang-orang Islam dan lawan hukum Allah je… dan biarkan maksiat membiak…. Pembuat maksiat dibela (contoh RTC-kaki rogol) pembasmi maksiat (bekas mufti-kes ratu cantik) dan pembasmi rasuah (Ezam/DSAI dan rakan-rakan) dihukum pulak….

2. Semalam aku jumpa rakan lama pegawai-pegawai kerajaan. Aku tanya …PMBB tu cuti tapi buat lawatan sambil kerja tu boleh ke dia buat claim/tuntuan elaun yang berbagai-bagai tuh? Pegawai tu bukan jawab direct… Dia kata, ahh tu baru hujung kuku je…maknanya kalau ‘claim’ yang ratusan ribu(?) atau jutaan (?) RM setiap kali lawatan cuma dikira nilainya seperti hujung kuku. Aku tak heranlah dia boleh miliki ladang/harta di luar negara dan istana dan jet (walaupun milik kerajaan …tapi bukankah beliau yang tentukan bentuk dan segala isi kandungannya untuk kegunaan beliau dan keluarganya???) … Sahlah PMBBSKT nih kepala kelentong…dan perompak negara…..kan..kan...

3. Mengapa pilih bercuti di luar negara dan di ARGENTINA pulak tu (ada apa2 ke?)…awat dah habis ke melawat negara sendiri…tak puas lagi ke JELAJAH NEGARA ASING!!! katanya PMBB.. masyhur seantero dunia seorang yang patriotik…dah pi ke panjat gunong ledang ke…gunong tahan ke…tasik cini ke …pulau perhentian ke…PD ke..atau tempat-tempat peranginan lain di Malaysia nih? Kan ke baik kalau cuti-cuti Malaysia tu di amalkan… Boleh gak rakyat jelata bersama tuanku mahafiaun bermesra…..ooh…tu semua tempat yang tak standard untuk tuanku yang maha mulia mahfiraun kan kan…….rakyat marhaen disuruh ..gegak gempita dalam media massa UMNO/BN….suruh cuti-cuti Malaysia…tapi bapak penyangak sekor ni tak segan-segan pulak cuti di luar negara. Bukan sekejap tu…2 BULAN be…siapa biayai percutian beliau? Berapa juta tu….bukankah ni sikap bermuka-muka…. (konon orang lain tak patriotic kalau dok puja luar negara… Habih yang hang dok puja Argentina tu buat apa? Rakyat diarah jangan alirkan wang ke luar negara… PMBB dok perabih duit di luar negara…tambah-tambah kalau bini dia tu pi sama …apa benda yang tak dibelinya…kan itu mengalirkan wang negara ke luar….dulu marahkan soros…ni dia pulak tiru soros…..poodah…)

4. Kenapa sebok-sebok dok fikir pasal nak perkuatkan ATM….kan dah nak berhenti jadi PM…biarlah Pak Lah yang fikir kan…..tapi kenapa si PMBB nih masih berfikir untuk pak lah…jelaslah beliau bersifat munafik…MEMANG BELIAU MASIH MERASA DAN BERFIKIR AKAN TERUS MENJADI PM SELAMA-LAMANYA….. kan ..kan… kalau tidak…dah cuti tu cuti lah… buat apa menyebok urusan negara lagi… Ingat orang lain tak boleh memerintah ke?

Pak belalang…
(sedih ingatkan rakyat marhaen berpeluh mancari sekupang dua… manakala ketua negara berbelanja sakan di luar negara!!!…) - 17.03.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!