Masalah 'Active Call Divert' Pengguna Celcom
- maklum balas pengguna


Maklum balas 1:

Assalamu'alaikum to my muslim brothers dan salam sejahtera to my non-muslim friends.
 
Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Laman Marhaen kerana menyiarkan surat dari Sdra Ashari berkaitan perkara di atas. Dan kepada Sdra Ashari juga diucapkan terima kasih dan syabas kerana sudi berkongsi "penipuan" oleh Celcom.
 
Untuk maklumat semua yang dipaksa menggguna 'Active Call Divert' Celcom, respons online@utusan.com.my bagi mematikan fungsi semua call divert seperti yang dapat kita lakukan melalui hp kita adalah tidak valid... saya sendiri telah melakukannya berpuluh kali dan telah menerima utusan "Diverts cancelled" apabila saya membuat panggilan utusan "... divert calls active...." masih muncul discreen hp.
 
Walau bagaimanapun pada pagi ini saya membuat pembatalan kepada 019 3000900 sepertimana surat sdra ashari saya dapati utusan apabila membuat panggilan sudah tiada lagi.
 
Pun begitu pihak customer service department yang menerima pembatalan saya menasihati saya bahawa pembatalan hanya boleh aktif dalam masa 24 jam... saya membuat panggilan kedua untuk membuat pembatalan dan kali ini saya di beritahu pembatalan akan aktif dari 2 - 24 jam.
 
Dalam apa jua business deals yang melibatkan kita sebagai pengguna dengan mana-mana syarikat yang memberi perkhidmatan kita pengguna sentiasa dipaksa menerimapakai peraturan yang dikenakan oleh pemberi perkhidmatan... kita pengguna sentiasa di pihak yang 'kena'... begitulah sistem yang terpakai di malaysia yang diwarwarkan sebagai negara Islam sedangkan penindasan itu tidak wujud dalam kamus ekonomi Islam... wallahu'alam. t

Kiriman: Achussin <achussin@hotmail.com>


Maklum balas 2: Sdr Ashari & semua

Terima kasih kerana kongsi maklumat mengenai masalah divert ni.

Utk pengetahuan semua, saya melanggani 2 talian 019 - satu utk saya dan satu lagi utk isteri.  Walaupun pakej yg dah bundle ada kemudahan voice mailbox, saya telah minta pertolongan celcom utk memanjangkan masa deringan telefon sebelum panggilan di lencongkan ke mailbox. Sejak itu, for whatever settings set by celcom, semua panggilan ke nombor telefon mudahalih saya yg tidak dijawab akan terputus tanpa pemanggil berpeluang meninggalkan pesanan voicemail.

Sejak beberapa bulan yg lepas, surprisingly, panggilan ke telefon isteri saya dilencongkan ke voice mailbox, kadang-kadang setelah berdering hanya 1 (ya SATU) kali.  Saya cuba untuk batalkan divert services malalui telefon tapi tidak berjaya. Saya ingat telefon tersebut tidak berfungsi seperti sepatutnya dan saya tidak ambil kisah sangat.

Bila pergi office dan tanya kawan-kawan, they have the same problem - CANNOT DISABLE ALL DIVERTS.  Until Sdr Ashari kongsi maklumat ni, saya tidak terfikir ini adalah perbuatan durjana Celcom.

So Celcom, how do we disable that voice mailbox (even if packaged), or at least prolong phone ringing time without unsubscribing to 019 service?

Just to share my experience

Mohd Sebri <msebri@yahoo.com> - 15.08.2003.


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!