Pusat Persidangan Putrajaya: Satu Lagi Koleksi Pembaziran Mega


Melihat keindahan PPP -Pusat Persidangan Putrajaya, saya melopong seketika. Indah sungguh bangunan yang hanya digunakan oleh 1% rakyat Malaysia. Sudah pasti harga yang dibelanjakan ialah beratus juta ataupun hampir ke satu billion ringgit. Tahniah kepada PM yang akan bersara kerana berjaya menambah satu lagi koleksi ‘pembaziran’ mega untuk rakyat Malaysia. Kepada rakyat Malaysia, takziah kepada anda kerana hutang anda dan generasi akan datang semakin bertambah.

Persidangan OIC (Oh.. I See..) akan tamat tak lama lagi. Tak payah la nak fikir kejayaan yang dicapai untuk Islam, dunia atau Malaysia. Sudah pasti tiada, hanya omong kosong dari pemimpin yang korup. Apa la yang diharap dari mereka yang diktator dan bencikan Islam pada dasarnya, sebagai contoh PM yang akan bersara.

Sampai bila kah rakyat Malaysia akan ditipu hidup-hidup dan dibuai mimpi oleh penyangak yang dipilih oleh mereka sendiri. Adakah kita mahu negara bankrap, baru nak sedar dan tepuk dahi. Sampai bila rakyat akan buta dengan politik UMNO dan BN yang terang lagi jelas merosakkan negara untuk sekian lamanya.

Kepada BA dan rakyat yang masih waras, berusahalah supaya ketidakadilan ini dapat ditamatkan pada pilihan raya akan datang. Doa saya untuk kalian, semoga Allah membantu dan memudahkan jalan kalian. Setiap hari, doa saya kepada Allah ialah semoga UMNO dan BN dilaknat, dilemahkan dan dikucar-kacirkan. Saya yakin satu hari nanti doa saya akan dimakbulkan. Amin….

Warga Kota - 15.10.2003. (Suntingan M@RHAEN)
Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
(sila daftar sebagai ahli & sertai pelbagai topik perbincangan di situ)




Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!