Mohon Bantuan Derma Jihad


Y.B / Dato / Tan Sri / YBhg / serta Muslimin / Muslimat,

Terlebih dahulu saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Nor Suzriman Mohamad, No. K/P: A3202821 (lama) 760329-07-5633, No ahli PAS. 621249, No Bilangan ahli kawasan 3225. Ahli PAS kawasan Kepala Batas, Pulau Pinang. Alamat Rumah: 474 Permatang Tinggi 'C', 13200 Kepala Batas. Telefon Rumah 04-5742279, 012-5763005 (h/p).

Y.B / Dato / Tan Sri / YBhg / serta Muslimin / Muslimat,

Tujuan saya menaip adalah untuk menceritakan masalah yang dihadapi oleh jemaah ahli PAS cawangan Permatang Tinggi 'C' Kepala Batas. Apa yang hendak saya sampaikan ini bukanlah hendak memburukkan PAS cawangan saya tetapi ingin memohon bantuan derma serta menerangkan masalah yang kami hadapi dengan segelintir jemaah kami yang suka menghasut jemaah yang lain serta masalah dengan tuan tanah yang kami beli untuk dijadikan tanah tersebut sebagai wakaf. Di atas tanah wakaf itu kami bangunkan bangunan BALAI ISLAM yang telah pun diiktiraf oleh Pejabat Agama Islam Kepala Batas, untuk kami sembahyang di Balai Islam tersebut.

Balai Islam tersebut seluas 30 x 70 kaki persegi ini menempatkan ruang sembahyang, markas serta Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Harga tanah tersebut ialah sebanyak RM54,000.00 (Lima Puluh Empat Ribu Ringgit). Tanah tersebut seluas (LOT KECIL 1) Keluasan 2678 kaki persegi, ukuran keliling 50 kaki, 55 kaki, 55 kaki, 48 kaki, 49 kaki, (LOT KECIL NO.3) keluasan 2429 kaki persegi. Ukuran keliling 58 kaki, 45 kaki, 65 kaki, 34 kaki dan (LOT KECIL NO. 4) keluasan 2025 persegi ukuran keliling 50 kaki, 40 kaki, 58 kaki dan 35 kaki.

Ketiga-tiga Lot tersebut berada di atas lot 1160, Mukim 3, Daerah Seberang Perai Utara. Lot kecil (1) kami (PAS Permatang Tinggi 'C') telah membayar kepada tuan tanah sebanyak RM18,000.00 hasil dari KEWANGAN PASTI dan sumbangan derma dari jemaah PAS. Wang itu diserahkan kepada tuan tanah (Hj Said bin Jusoh KP.No 300715-07-5095) ada 1 julai 2002 dengan surat perjanjian dan jual beli.

Untuk pengetahuan Y.B / Dato / Tan Sri / YBhg / serta Muslimin / Muslimat, PAS Permatang Tinggi 'C' ditubuhkan pada sekitar tahun 1980 serta mempunyai markas PAS sendiri di atas tanah yang pemiliknya telah meninggal dunia pada tahun 1998. Markas tersebut terpaksa dirobohkan pada hujung tahun 2002  disebabkan masalah dengan anak tuan tanah tersebut.

Cerita bermula dari sini,

Pada awal tahun 2002, seluruh Malaysia telah digemparkan dengan berita 56 ahli PAS cawangan Permatang Tinggi 'c' Kepala Batas telah menyertai umno dan telah menyerahkan borang kemasukan umno kepada Y.A.B. TPM Dato' Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi di Kepala Batas, berita ini disebarkan oleh TV1, TV2, TV3 dan media cetak milik kerajaan. (boleh rujuk akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17.02.2002 muka hadapan).

Untuk pengetahuan semua kemasukan ahli PAS itu memang benar tetapi jumlahnya tidak benar, untuk maklumat jumlah ahli PAS yang menyertai umno ialah 5 lelaki 6 perempuan (kemasukan mereka ke dalam umno adalah satu keluarga). Kemasukan mereka dalam umno telah memberi tentangan hebat kepada ahli jemaah Balai Islam dan pelajar Pasti cawangan Permatang Tinggi 'C' Kepala Batas kerana Balai Islam tersebut di bina di atas tanah mereka.

Tuan tanah telah memberi tempoh masa yang singkat kepada jemaah Balai Islam supaya Balai Islam di robohkan. Oleh sebab gangguan politik umno terhadap Balai Islam tidaklah menggugat semangat ahli PAS untuk meneruskan usaha menegakkan syariat Allah swt. Disebabkan cabaran itu telah mewujudkan semangat baru di kalangan ahli jemaah PAS untuk berusaha dengan lebih gigih lagi bagi memastikan umno dan Barisan Nasional (BN) kecundang dalam pilihan raya umum akan datang.

Disebabkan itu pada awal bulan Julai 2002, seorang penduduk kampung telah menawarkan tanah untuk dijual kepada Balai Islam sebanyak 3 lot tanah dengan keluasan yang saya nyatakan di atas dengan harga satu lot kecil sebanyak RM18,000.00 (LAPAN BELAS RIBU) jadi jumlah yang perlu dibayar sebanyak RM54,000.00 (Lima Puluh Empat Ribu Ringgit). Disebabkan lot kecil (1) kami telah jelaskan pembayaran, jadi jumlah yang perlu dibayar kepada
tuan tanah sebanyak RM36,000.00 (tiga puluh enam ribu ringgit). Pada mula pembinaan Balai Islam yang baru, tuan tanah berkata bina dulu Balai Islam tentang bayaran jangan lah risau bila ada duit baru bayar.

Setelah separuh pembinaan Balai Islam tersebut, tuan tanah mula berubah disebabkan dihasut oleh segelintir orang yang tidak bertanggungjawab ingin melihat jemaah Balai Islam berpecah-belah. Kami (ahli PAS) mengambil keputusan berbincang serta menjelaskan keadaan sebenar dengan tuan tanah. Di sebabkan dengan hasutan yang kuat oleh orang tidak bertanggungjawab tersebut maka, tuan tanah telah dengan angkuhnya menetapkan tarikh pembayaran tersebut dalam tempoh masa 2 tahun bermula pada tarikh 1 Ogos 2003 sehingga 1 Ogos 2005. Kami (ahli PAS) terpaksa menerima tempoh yang diberi oleh tuan tanah tersebut kerana bangunan Balai Islam telah didirikan di atas tanah tersebut
.
Untuk pengetahuan semua, pada awal bulan Ogos 2003 tuan tanah telah jatuh sakit. Pada mulanya hanya penat biasa sahaja, tiba-tiba tuan tanah pengsan dan terus koma selama 1 minggu. Beliau terpaksa dirawat di Hospital Seberang Jaya hampir 3 minggu. Setelah beliau sihat kami (ahli PAS) ingatkan beliau akan berubah, tetapi malang sekali apabila beliau mula berubah hati dengan perjanjian tersebut. Beliau sekali buat hal dengan meminta kami menjelaskan bayaran tanah tersebut. Disebabkan itu, kami (AJK tanah wakaf) telah pergi ke rumah beliau untuk menyerahkan wang yang kami kumpul melalui derma orang ramai sebanyak RM2000 serta menerangkan bahawa kami (jemaah PAS) tidak mempunyai wang yang diminta oleh beliau. Maka disebabkan tuan tanah telah marah kami dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya diucapkan sebagai orang Islam serta (tuan tanah) yang dah nak mati. Disebabkan kami hanya mampu kumpulkan wang sebanyak RM2,000 sahaja, tuan tanah yang sombong enggan menerima wang tersebut.

Tetapi selang beberapa minggu tuan tanah mula menceritakan hal ini dengan memutar-belitkan lagi cerita tentang tanah wakaf tersebut. Pada awal bulan Oktober 2003 tuan tanah mahu wang sebanyak RM4,000 dari kami (PAS), Kami berjaya kumpul wang sebanyak RM4,000 dan serahkan kepada tuan tanah. Kami cuba ingatkan tentang perjanjian itu tetapi beliau masih mahu meneruskan hajat beliau. Memandangkan kami tidak mahu Balai Islam itu dirobohkan sekali lagi, serta tidak mahu Parti Islam (PAS) menerima malu sekali. Kami tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Kami telah berusaha dengan menyiarkan berita ini di Internet serta memasukkan berita ini dalam HARAKAH pada keluaran 15 hingga 31/12/2002, serta akhbar FITRAH KEDAH pada keluaran bulan Oktober 2003, tetapi tidak mendapat sambutan orang ramai.

Memandangkan kejadian itu Balai Islam ini memerlukan dana untuk membayar kembali kepada tuan tanah yang angkuh serta suka mungkiri janji, maka PAS cawangan Permatang Tinggi 'C' Kepala Batas Seberang Perai Pulau Pinang ingin memohon bantuan dari Y.B / Dato / Tan Sri / YBhg / serta Muslimin / Muslimat, Ahli-ahli korporat agar dapat menyumbang derma serta agar dapat memperkenalkan ahli-ahli tokoh korporat yang sudi kiranya dapat menyumbangkan derma atau membeli tanah wakaf untuk diwakafkan kembali bagi tujuan pembinaan Balai Islam dan pasti.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan @ mewakafkan tanah yang dijual sebanyak sekaki RM10, bolehlah dimasukkan ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad yang bernombor: 07-043-02-011626-9. Di atas nama yang telah di amanahkan seperti berikut ;

Sahari bin Md Isa No. KP 380305-07-5239 (Pengerusi tanah wakaf),
Jamaluddin bin Rejab No. KP 540501-07-5113 (Setiausaha tanah wakaf) &
Bakhori bin Mohamad No. KP 520830-07-5257 (Bendahari tanah wakaf)

atau bolehlah menghubungi terus dengan :
a) Jamaluddin bin Rejab No. KP 540501-07-5113 474 Permatang Tinggi 'C',
13200 Kepala Batas, Seberang Perai telefon : 04-5750495
b) Sahari bin Md Isa No. KP 380305-07-5239 455 Permatang Tinggi 'C', 13200
Kepala Batas. Telefon : 04-5750390
c) Bakhori bin Mohamad No. KP 520830-07-5257 telefon :04 -5758071

Sekiranya sumbangan anda melalui cek / wang pos hendaklah ditulis atas nama Sahari bin Md Isa, Jamaluddin bin Rejab dan Bakhori bin Mohamad dan poskan ke alamat: 474 Permatang Tinggi 'C', 13200 Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang, Malaysia.

Segala sumbangan para dermawan terlebih dahulu diucapkan jazakukullah khairan kathiran dan di doakan semoga terus dimurahkan rezeki. Sekian Wa billahi Taufid Walhidaayah Asslammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Nor Suzriman bin Mohamad
474 Permatang Tinggi c
13200 Kepala Batas
Seberang Perai,
Pulau pinang,
Malaysia.
I/c : A3202821 (lama) 760329-07-5633 (baru) - 08.11.2003 (suntingan M@RHAEN)

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
(sila daftar sebagai ahli & sertai pelbagai topik perbincangan di situ)





Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!