Tergamak Inderaloka Menghina Roslan...
(Disiarkan atas permintaan penulis, Pak Lang Reformasi di mana salinannya juga telah disiarkan di Forum Gerak Reformasi)



Apabila adinda Lokman dipecat kerana menegur sikap Ezam yang melalaikan kebajikan anak buahnya ketika dia bersenang-lenang membina mahligai, saya masih boleh berdiam diri melihat Lokman dihina oleh Inderaloka (Lokman Gila Talak?). Tetapi apabila Ruslan memutuskan untuk menyertai UMNO semula dihina oleh Inderaloka(Hamdan Penjual, Najib Pembeli Sebelas Malaun Bertukar Tuan), saya rasa saya perlu menegur sikap buruk manusia yang berselindung dibalik nama pena Inderaloka ini.

Untuk makluman pendokong reformasi sekalian, manusia yang memakai nama Inderaloka merupakan saudara saya juga. Beliau ialah Rosli Ibrahim, adik kepada Anwar Ibrahim. Apa yang menyebabkan saya terkilan ialah Rosli sendiri tahu bahawa pengorbanan manusia bernama Lokman dan Roslan sepanjang kita berjuang membebaskan abang Non. Apa yang Lokman dan Roslan belum buat sehingga beliau tergamak menghina mereka sedemikian rupa. Lokman tu, masuk lokappun dah dekat sepuluh kali,ISA dan 2 kali, didakwapun dah hampir 5 kali. Malah kita jangan lupa pengorbanan beliau sehingga terpaksa berpisah dengan isterinya kerana meletakkan perjuangan membebaskan abang non mengatasi kepentingan keluarganya sendiri. Bila dia tegur Ezam dia dipecat, sepatutnya kita sebagai ahli keluarga Anwar tidak boleh masuk campur dalam krisis mereka. Rosli sendiri pernah mengerluh bagaimana duit yang orang sumbangkan untuk perjuangan kita digelapkan oleh Azmin dan Pak Wan Ismail. Saya juga masih ingat kerluhan Rosli apabila orang menceritakan tentang kehebatan mahligai yang dibina oleh Ezam. Kalau yapun tak tahu hal sebenar, lebih baik kita berdiam diri. Takkan Lokman berani menentang Ezam kalau dia takde bukti. Sebab dia ada buktilah dia berani lawan Ezam yang didokong oleh semua pemimpin parti.

Apa yang menyebabkan saya bertambah kecewa ialah apabila Rosli atau Inderaloka mula melemparkan fitnah keatas Roslan yang kita semua tahu betapa hebat perjuangannya. Siapa boleh nafikan bahawa dari segi gerakkerja, tiada siapa yang boleh mengatasi kecemerlangan Roslan. Dahlah kita sebagai keluarga Abang Non tak pernah pedulikan masalah dia, bila dia tinggalkan keadilan kita hina dia pulak. Apa yang Roslan belum buat untuk kita? Nak cerita dari ceramah, hampir tiap malam dia ceramah. Nak cerita dari program, program keadilan Negeri sembilan pimpinannya paling banyak berbanding negeri lain. Yang saya sedih ini, Roslan ni bila hari raya, dia jual kuih raya, bila budak nak sekolah, dia jual beg sekolah, jual shaklee dan minyak hitam serta pelbagai kerja lain untuk meneruskan perjuangan membebaskan abang Non. Pernah kita tolong dia? Roslan ni bukan hanya dah berhempas pulas untuk parti malah dia sanggup pinjam duit untuk hidupkan program parti. Itu, renovation pejabat Negeri Sembilan RM 20,000, dia pinjam juga. Macamana mereka ini tak tinggalkan parti, mereka terpaksa bersusah-payah untuk bangunkan parti padahal orang tertentu mengelapkan dana yang orang sumbangkan untuk parti.

Saya seru kepada semua keluarga Abang Non, insaflah dengan apa yang berlaku. Kita perlu betulkan parti kita sebelum terlambat. Hentikan perbuatan menuduh Roslan, Hamdan, Zahid, Lokman dan Hanafiah dapat RM 500,000 tu. Semuanya bohong belaka. Rahman Osman sendiri mengaku bahawa Lokman berada dirumahnya ketika pertemuan dengan Dato Najib berlangsung. Yang penting sekarang, Jawatankuasa Disiplin Parti perlu siasat, kemana duit yang orang sumbangkan kepada Ezam, Azmin dan lain-lain.

Pak Lang Reformasi.
Lawan Tetap Lawan - 15.02.2004

Sanggahan HC:
Siapa yang nak percaya yang kamu semua ni masuk UMNO tanpa mendapat atau dijanjikan apa-apa habuan? Masalah kamu akan dapat atau tidak habuan itu, kamu punya pasal. Pokoknya kamu yakin pasti mendapat habuan. Tak perlu saudara Zoolhilmi membuat sebarang pengakuan bersumpah untuk meyakinkan kami semua sebenarnya.

Apa yang ambo nampak sekarang ialah satu usaha di pihak UMNO untuk menggambarkan seolah-olah pejuang lain seperti Ezam, Azmin etc juga sekepala dengan geng malaun 12 itu. Bahawa mereka ini semua pernah terlibat dalam usaha untuk masuk UMNO semula, bahawa semuanya cuba mendapatkan habuan daripada UMNO. Tiada bezanya mereka ini dengan geng malaun 12.

Bagi ambo, siapa yang sudah confirmed masuk UMNO tu, ambo kira confirmed malaun, dan harus diberikan layanan selayaknya sebagai MA LA UN. Dan siapa yang tidak atau belum masuk lagi, ambo kira sebaliknya, sehingga terbukti mereka masuk UMNO nanti. Bila dah confirmed masuk, baru kira lain. Namun untuk menyimpan rasa was-was tentang niat mereka yang belum masuk ini, jauh sekali.

Tetapi apa yang cuba dilakukan oleh para penulis UMNO ini ialah untuk menanam rasa was-was dan syak di dalam hati para reformis semua tentang golongan yang didakwa akan masuk UMNO. Bila kita rasa was-was, sukar untuk kita memberikan sepenuh komitmen kepada perjuangan khususnya menjelang pemilu tidak lama lagi.

Bagi ambo lagi, saudara Inderaloka, whoever you are, masih boleh dipercayai selagi dia tidak masuk UMNO atau menulis sesuatu yang boleh menimbulkan was-was kepada perjuangan dan pejuang reformasi. Bravo untuk anda kerana mendedahkan segala kemelut di sekitar isu pembeleton ini.

Prinsip 'Az-Zhannu Ithmun' atau rasa zan/was-was/syak itu adalah suatu dosa. Maka untuk mengambil sesuatu tindakan atau prinsip berdasarkan semata-mata atas rasa syak dan zan tanpa YAKIN adalah suatu tindakan yang berdosa. Islam telah menetapkan bahawa sesuatu tindakan yang akan kita ambil harus dibuat atas rasa yakin. Selagi tiada yakin, atau selagi tiada confirmation, kita berpeganglah kepada yang zahirnya sahaja. Dan yang zahirnya, geng 12 telah masuk UMNO dan yang lain tidak.

Penulis UMNO boleh tulis apa sahaja untuk menimbulkan syak kepada para pejuang yang ikhlas, tetapi tulisan mereka tidak akan sampai ke tahap YAKIN. Dan oleh itu, kita boleh baca sahaja tetapi tidak perlu percaya. Kalau tidak baca terus pun lagi baik. Berjela-jela panjang macam nak buat novel tapi habuk pun tarak, penuh dengan maklumat heresay sahaja.

Betul kata sahabat di atas, kalau nak masuk UMNO tu masuk sajalah Labu, tak payah nak tulis panjang-panjang untuk menjustifikasikan perbuatan terkutuk kamu itu. Kalau nak defend Lokman atau Roslan dengan mengungkitkan jasa-jasa mereka ketika di dalam Keadilan dulu, si madey tu lagi banyak jasanya kepada negara, tetapi kenapa di saat akhir hidupnya rakyat mengutuk dia?

- HC (Dipetik drp Forum Gerak Reformasi) - 15.02.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN