Apabila YB Masuk Campur, Sesat Jadi Tak Sesat
Assalammualaikum,

Di sini, saya ingin menceritakan apa yang terjadi kepada para pengikut ajaran sesat Islam Jemaah seperti yang disiarkan dalam akhbar seperti di bawah.

Apa yang saya dengar, semua pengikut ajaran tersebut telah dibebaskan tanpa melalui pemuliahan aqidah seperti yang Jais tetapkan, apabila YB Dato' Abdul Fatah Iskandar (Adun UMNO Sijangkang) masuk campur.

Anda nak tahu kenapa YB masuk campur? Ini adalah kerana salah seorang daripada mereka tu ialah Ketua Cawangan UMNO Batu 10 Kebun Baru ( Dun Sijangkang ) dan beberapa orang lagi adalah AJK UMNO cawangan ( juga dalam Dun Sijangkang ). Mungkin memang orang UMNO ni suka yang sesat kot.

Jadi, malulah Dato' jika didapati orang dia terlibat dan menjalani pemulihan aqidah sedangkan pengaruh anak buah Dato' ni boleh tahan juga. Ini nak pilihanraya nanti, takut sokongan berkurang.

Beginilah jadinya apabila undang-undang dikalahkan oleh politik. Demi menjaga orang tertentu, semuanya terlepas. Dengar cerita juga, beberapa orang ahli IJ masih lagi mengamalkan ajaran yang mereka pelajari.

Saya harap Songkok Tinggi Kapar atau Orang Dalam dapat siasat perkara ini.

Sekat ini dahulu
- Pemerhati PAS-

Berita dari akhbar Harian Metro

Pengikut ajaran sesat jalani pemulihan akidah
OLEH NURHANA ABU BAKAR

SHAH ALAM, Jumaat 25 Julai--Pengikut ajaran sesat, Islam Jemaah, yang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Kampung Batu 8 Sijangkang kelmarin, akan menjalani pemulihan selama enam bulan di pusat pemulihan akidah Jais di Ulu Yam.

Berdasarkan pemulihan itu nanti, Jais akan menentukan sama ada mereka itu perlu didakwa di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 atau sebaliknya.

Pegawai Perhubungan Awam Jais, Fakrul Azam Yahya berkata, apa yang penting ialah para pengikut itu dapat dipulihkan akidah mereka yang selama ini jauh terpesong.

Katanya, jika pemulihan itu tidak membawa kesan kerana masih berpegang dengan ajaran Islam Jemaah, Jais akan mendakwa mereka yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau mana-mana kombinasi antara kedua-duanya. ``Apa yang penting ialah pemulihan terlebih dahulu sebelum mereka ini didakwa di mahkamah syariah,'' katanya.

Beliau berkata, daripada 67 yang ditahan itu, dua adalah rakyat Indonesia.

Menurutnya, dua rakyat Indonesia itu akan disiasat latar belakang mereka dan jika mereka penduduk tetap negara ini, pemulihan yang sama akan dikenakan terhadap mereka.

``Jika mereka bukan penduduk tetap, kita akan serahkan pada Jabatan Imigresen untuk penghantaran pulang,'' katanya hari ini.

Fakrul menambah, kesemua yang ditahan itu antara lain adalah pekerja kilang dan pejabat.

``Tiada seorang pun antara mereka orang profesional,'' katanya.

Kiriman: Pemerhati PAS - 24.10.2003

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.


Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal. http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com - http://e-umno.tripod.com/

Click Here!