ULASAN ZAID MENGENAI LIWAT: ZAID JADI LEBAI MALANG

Sebagai tanda patriotik kami...

Setelah memfailkan permohonannya di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keesahan Kanun Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993 Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Zaid Ibrahim sekali lagi cuba menjadi “hero kampung” (dalam perkara yang orang Islam sepatutnya takut menjadi hero) dengan membuat kenyataan  bahawa seksyen 14 dan 16 dalam Enakmen Jenayah Syariah Terengganu dan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan adalah bercanggah dengan Islam dan undang-undang negara ini kerana kononnya seksyen-seksyen tersebut  tidak menganggap perbuatan meliwat isteri sebagai satu kesalahan.

Adalah suatu yang malang bagi profesion guaman di negara ini mempunyai seorang peguam seperti Zaid yang nampaknya tidak memahami perkara elementary dalam penafsiran undang-undang. Daripada kenyataan akhbar yang beliau berikan sama ada di media cetak atau elektronik adalah jelas bahawa Zaid nampaknya terlibat dengan politik murahan yang hanya sekadar untuk menimbulkan keraguan terhadap perkara yang jelas dan tiada keraguan. Mereka yang tidak , seperti dikatakan oleh Maududi, mengetahui ABC mengenai undang-undang Shariah mungkin dapat diragukan oleh orang yang ragu dan “dungu” seperti Zaid.

Hujah Zaid yang mengatakan bahawa seksyen 14 dan 16 dalam Enakmen Jenayah Syariah Terengganu dan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan bercanggah dengan Islam kerana tidak menganggap perbuatan meliwat isteri sebagai satu kesalahan boleh dengan mudah dipatahkan dengan alasan- alasan berikut :-

a)     Seksyen 16 Kanun Jenayah Shariah 11 Kelantan (in pari materia dengan seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu) memperuntukkan (saya salinkan peruntukan dalam bahasa Inggeris bagi kemudahan Zaid dan Azalina)

“ Liwat is an offence consisting of carnal intercourse between a male and another male or between a male and a female other than his wife, performed against the order of nature, that is through the anus.”

Jika dilihat kepada seksyen 16 tersebut terdapat dua kesalahan yang boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan liwat iaitu

i.    hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan lelaki ;

ii.   hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan wanita selain daripada isteri lelaki tersebut.

Seksyen 17 Kanun yang sama memperuntukkan hukuman bagi kesalahan liwat bagi kedua-dua kesalahan di atas iaitu

“Whoever commits liwat shall be punished with the same punishment prescribed for zina.”  .

Hukuman zina adalah 100 rotan bagi pesalah zina yang Ghayru Muhsan (lihat seksyen 11 (2) Kanun yang sama dan rejam sehingga mati bagi yang Muhsan ( lihat seksyen 11 (1) Kanun yang sama.

Adalah jelas di dalam memperuntukkan hukuman bagi kesalahan liwat sama dengan hukuman hadd ke atas penzina pihak penggubal undang-undang syariah di Kelantan dan Trengganu telah mengambil pendapat Imam Malik, Syafie dan Imam Ahmad yang berpandangan bahawa liwat wajib dikenakan hukuman hadd seperti hadd ke atas pesalah zina disebabkan “ li wujudin ma’na al-zina fihi” (kerana kewujudan makna zina padanya) [ lihat m/s 66 Al Fiqh Islami Wa Adillatuhu oleh Dr Wahbah Zuhaily ) .

Imam Abu Hanifah sebaliknya berpendapat bahawa pesalah liwat hendaklah dikenakan hukuman ta’zir sahaja. Terdapat juga pendapat daripada Mazhab Malikiyyah, Hanabilah (Hanbali) yang menyatakan bahawa hukuman ke atas pesalah liwat hendaklah direjam sama ada yang dah berkahwin atau yang belum berkahwin.

Jika dipandang sekali lalu Seksyen 16 Kanun Jenayah Syariah 11 Kelantan tersebut (seperti yang dipandang oleh Zaid dan Azalina) seolah-olah lelaki atau suami boleh dibenarkan meliwat isterinya dan tidak akan dihukum dan ini, hujah “Lebai Zaid”, bermakna Kerajaan Kelantan dan Trengganu menghalalkan apa yang Islam haramkan.

Di samping kita mengakui bahawa liwat ke atas isteri adalah suatu perbuatan yang dipandang jijik oleh Islam, adalah tidak tepat untuk Zaid berhujah bahawa suami yang meliwat isterinya dikatakan tidak melakukan kesalahan dan tidak akan dihukum. Meliwat isteri tetap suatu kesalahan tetapi tidak boleh dikenakan hukuman hudud disebabkan terdapatnya keraguan (shubhah) dan  kesalahan hudud tidak boleh dilaksanakan jika terdapat keraguan. Standard pembuktian (standard of proof) bagi kesalahan hudud adalah amat tinggi iaitu sehingga ke peringkat al-yakin (beyond any shadow of doubt).  Standard pembuktian bagi kesalahan hudud adalah jauh lebih tinggi daripada standard pembuktian dalam undang-undang jenayah di Mahkamah sivil sekarang yang hanya meletakkan setakat “beyond reasonable doubt” . Oleh yang demikian isteri yang diliwat suami masih boleh dihukum dengan hukuman ta’zir.

 b) Seksyen 3 (c)  Kanun Jenayah Shariah 11 Kelantan di dalam provisonya secara jelas menyatakan (malangnya Zaid dan Azalina tidak langsung merujuk kepada seksyen ini di dalam kenyataan akhbar mereka) bahawa

“ Provided that where a hudud or a qisas offence cannot be punished with the hudud or qisas punishment respectively because it cannot fulfill the conditions required to attract such punishment, the offence shall become a ta’zir offence and be punished accordingly.”

Al-Shahid Abdul Kadir ‘Audah di dalam bukunya yang terkenal “ al-tasyri’ al-Jina’i fi al –Islam” yang telah diterjemahkan dalam banyak bahasa termasuk bahasa Inggeris telah menyatakan mengapakah kesalahan liwat tidak boleh dikenakan hukuman hudud di mana beliau menyatakan (dalam terjemahan bahasa Inggeris untuk kemudahan Zaid dan Azalina) di bawah tajuk “Examples of doubt”

“(iii) Suspicion involved in the act of sodomy committed on one’s wife. Unnatural copulation with one’s wife is unlawful and the jurist treat such a deed as adultery. But in this case the hadd prescribed stands invalidated inasmuch as wife become  the property of the husband after marriage , thereby acquiring the right to derive pleasure from the entire body of the wife. In other words the husband ‘s right of ownership to his wife’s person gives rise to the suspicion that he enjoys right to copulate with her through anus. This suspicion (shubhah) invalidates the prescribed hadd.

c.) Menyatakan bahawa berdasarkan seksyen 16 Kanun  tersebut suami yang melakukan liwat tidak melakukan kesalahan dan tidak akan dihukum adalah berbeza dengan menyatakan bahawa beradasarkan seksyen 16 Kanun tersebut suami yang melakukan liwat adalah tidak melakukan kesalahan hudud dan hanya boleh dihukum dengan hukuman ta’zir.

d) Jika seksyen 16 Kanun Jenayah Shariah 11 Kelantan memperuntukkan bahawa seorang lelaki yang meliwat lelaki dan seorang lelaki yang meliwat perempuan selain isterinya boleh dikenakan hukuman hudud seperti hudud ke atas penzina dan suami yang melakukan kesalahan liwat ke atas isteri boleh dikenakan hukuman ta’zir undang-undang jenayah syariah yang digubal oleh UMNO seperti Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) terang-terang menampakkan ketidakislamannya apabila pengertian liwat hanya dibataskan “ perhubungan seks sesama lelaki” [lihat seksyen 2 Akta tersebut]. Berdasarkan tafsiran liwat di Seksyen 2 Akta tersebut adalah jelas bahawa seorang yang sama ada a) meliwat seorang perempuan yang lain atau b) meliwat isterinya TIDAK dikira melakukan apa-apa kesalahan di Wilayah Persekutuan jauh sekali daripada akan dihukum. Undang-undang mana yang lebih melindungi wanita wahai Zaid dan Azalina.?

e) Seksyen 25 Akta yang sama pula menyatakan “mana-mana lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enem rotan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.”

f) Memandangkan kes yang difailkan Zaid untuk mencabar Kanun Jenayah Shariah 11 Kelantan 1993 kini dalam proses mahkamah adalah tidak wajar untuk Zaid mengulas Kanun tersebut atas alasan sub judice. Dan sebagai mantan presiden peguam muslim dan sebagai seorang anak kelahiran serambi mekah saya ingin ingatkan Zaid adalah satu political suicidal untuk beliau berpolitik dengan menggunakan “shariah card” di negeri Kelantan yang rakyatnya sangat cintakan agama dan merindui perlaksanaan shariah dalam kehidupan mereka.

 
Mohamed Hanipa bin Maidin
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat
Setiausaha Lajnah Guaman PAS Pusat.

Jika Zaid dan Azalina mengambil masa lebih sedikit sahaja untuk membaca keseluruhan peruntukkan di dalam Kanun Jenayah Shariah 11 Kelantan tersebut maka tidaklah perlu mereka berdua bersusah payah menjadi hero kampung dalam perkara ini.

Kiriman Wan Johari Wan Omar untuk Siaran Laman M@RHAEN - 01.09.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!