Pirates of Malaysia:

Koleksi Artikel berkaitan:
SKANDAL RASUAH & ROMPAKAN DI SIANG HARI OLEH KERAJAAN UMNO/BN KEDAH:

Kemewahan Kadir Sheikh Fadzir bernilai RM500 juta Sahaja
Oleh Karkuku (dipetik drp e-group umno-selangor Sep 26, 2002 )



Dalam sibuk-sibuk bercerita pasal rakyat marhain di pelbagai ceruk rantau seantero Malaysia dalam gerhana rupa-rupanya kita boleh berbangga dengan segelintir orang-orang Melayu yang kaya rayamelimpah ruah.

Kalau ada orang Melayu yang mampu jadi kaya, jadilah berapa ramaipun, lagi ramai lagi bagus. Asalkan tidak melalui rasuah, pecah amanah, penyelewengan dll. Kalau dah pandai berniaga, kayalah. Yang kita persoalkan, kalau jadi wakil rakyat, jadi exco, jadi menteri, buat duit atas kedudukan jawatannya. Itu pecah amanah namanya. Sedangkan slogan BN yang cukup memukau rakyat ialah "BERSIH, CEKAP DAN AMANAH". Sampai bila nak tipu rakyat???

Yang kita hebohkan bukan soal melayu kaya... Tapi apa yang kita nak sampaikan adalah terdapat penyamun terhormat. Yang kita perlu war-warkan adalah ADUN yang belum sepenggal jadi YB dah boleh beli S class. Padahal sebelum jadi ADUN pakai mitsubishi Delica je. Kalau nak kaya dengan jalan yang baik, jangan kata satu, sejuta orang melayu nak kaya pun lagi bagus. Suka kah kita kalau orang sebelah rumah kaya raya tapi hasil dari rompakan duit kita sendiri??? Kita bukan membincangkan soal seorang dua orang Melayu kaya. Kita pun bantah taikun kaya Eric Chia kroni PM) yang melingkupkan Perwaja. Boleh tolong beritahu di penjara mana Eric Chia sekarang..?

Yang peliknya kalau kita mendakwa si anu - si anu kaya raya hasil amalan rasuah, kita akan ditempelak sebagai berniat jahat, dengki dsb. Sedangkan rasuah adalah sebahagian daripada kemungkaran yang wajib ditentang. Mahathir pun mengaku banyak amalan rasuah dalam UMno/BN sehingga dia kerap menangis semasa perhimpunan agung UMno apabila menyentuh bab rasuah.Soal dia bercakap serupa bikin atau tak serupa bikin, itu persoalan lain. Logiknya dia mengaku banyak rasuah dalam UMno.

Tetapi kalau rasuah mahu dihalalkan, elok bubar saja BPR atau tukar nama jadi Badan Penggalak Rasuah. Lagipun kewujudan BPR pun tidak bermakna kalau penyiasatan terhadap aduan rasuah berpilih-pilih. Orang yang menjadi kesayangan pemimpin atasan boleh bolos, yang bercanggah pendirian, boleh mampus.

Seorang ADUN negeri Selangor yang cuma dapat satu penggal tapi menjadi kaya raya. Istananya tersergam di Parit Empat, Sekincan. Inilah penyakitnya pemimpin UMno/BN...

Mungkinkah BPR susah nak buat kerja kerana kalau seorang dua aje terlibat mudah le kerja BPR tetapi sebab terlalu ramai dan kena berpilih-pilih maka tak terpilihlah jawabnya. UMNO pun kata dia ada mekanismanya sendiri untuk menangani masalah rasuah. Tapi sampai sekarang, habuk pun tarak

Memang UMno punya mekanisma sendiri untuk tangani rasuah. Kalau tak percaya tanya Rafidah. Mekanismenya kalau nak buat rasuah, ikut cakap aku. Kalau tidak siap engkau. Kurang yakin, tanya Rahim Thamby Chik. Kurang yakin lagi, tanya Bapak segala rasuah Khir MB Selangor.

Sekadar renungan Wajarkah Kadir Sheikh Fadzir bermaharajagila dan berjawatan bila telah berjaya mengumpulkan harta mencecah RM500juta sahaja.
Senarai harta :

Mahligai Mewah di Tawar : RM 2.5 juta
Sri Kedah Tasik Titiwangsa: RM 4.5 juta
Mahligai di Janda Baik Pahang : RM 8.5 juta( Lokasi filem Ali Setan 1)
Penthouse Ria Appartment : RM 560.000
Langkawi Kuah : RM 55 juta
Tanah-tanah di kepulauan Johor : RM 85 juta

Kepentingan Dalam syarikat Mewah
Goldbridge Berhad
Safe Guards Berhad
Aseania Resort Berhad
Innovest

Jawatan politik Monarki
Aziz Sheikh Fadzir : Naib ketua Pemuda Malaysia
Musa Sheikh Fadzir : Timbalan Ketua Bahagian di satu bahagian di Penang
Haidar Sheikh Fadzir : Ketua Pemuda Wilayah

Begitulah perbandingan antara dua darjat pemimpin dan rakyat marhain di bumi sebuah negara Islam Malaysia yang tercinta ini. Kita semua harus berbangga dengan pencapaian dan kejayaan Malaysia sehingga digelar Negara Bolehland, Malaysia Boleh yang semua boleh dan semua boleh jadi adanya.

- Karkunku -  06.09.2003 (suntingan M@RHAEN)


Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!