Teruskan Boikot!
Oleh Pensil Kayu
Setelah sekian lama, laman web pro reformasi tertegak membuka dada bagi memberi maklumat "alternatif" kepada rakyat, apakah telah ada satu badan jawatan kuasa yang dibentuk oleh pihak BA bagi memantau serta merumuskan tentang apa juga ulasan, pandangan, kritikan membina dsbnya.

Ini adalah penting kerana, tiap tiap satu buah fikiran itu harus digarap dan diperdalami untuk diterjemahkannya kepada tindakan yang akan dilaksanakan secara teratur bagi  mendapatkan inpact yang berkesan terhadap lawan, dan mempastikan ianya berlaku  tanpa melanggar undang undang dsbnya.

Janganlah hendaknya, semua rencana yang diterbitkan hanya menjadi suatu bahan bacaan untuk mengisi masa lapang sahaja.

Kalaulah dah ada ditubuhkan, alhamdullillah, akan tetapi sejauh manakah pula kesan dan hasilnya dalam melumpuhkan pihak lawan. Harap WM semua dapat memikirkan sesuatu bagi menampakkan kepada rakyat bahawa segala usaha selama ini telah membuahkan hasil dan sekali gus akan menaikkan lagi semangat juang rakyat untuk terus menolak sipenjahat tajaan hampeh nyior tersebut.

Bagi kempen persetankan seruan untuk kempen mengibar "Jalur Jembalang", so far sambutan adalah amat menggalakkan dan dah dikira berjaya, syabas dan dah terbukti bahawa kuasa pengguna rakyat adalah sebaik baik senjata untuk menyingkir siHampeh nyior ni.

Terlkial kial pihak hampeh Nyior (UMNO) tu, terhuyung hayang memperalatkan budak budak sekolah bagi menyokong mereka untuk mengibarkan bendera tersebut. Agaknya kalau tidaklah ada budak budak tu, mahu agaknya mereka memperalatkan anjing, itek,lembu dan kambing untuk mengibarkan bendera bagi menunjukkan kununnya mereka masih disokong oleh semua rakyat. Cara menipu sahaja yang sihampeh nyior ni boleh lakukan, kerana yang lain, dah tak jalan dah!! ellek warga chhuut.

Tidak ada dalam kamus mana mana didunia ini yang mengatakan bahawa tak kibar bendera dikira tak patriotik pada negara. Itulah yang dimengertikan oleh otak tahu sumbat si ahli Hampeh nyior. Perompak pun ada masanya dia juga akan turut sama mengibarkan bendera, tapi dalam masa yang sama juga dok rompak harta orang lain, Adakah ia boleh dikatakan patriotik terhadap negara?. Apakah dengan menyundalkan kuasa hakim dan perlembagaan negara, itu dikira orang yang patriotik dan layak menyeru raktyat untuk menunjukkan cara patriotik saperti cara mereka?. Sorry you are fired!!!! hampeh nyior.
 
MAHU TAK MAHU TERPAKSALAH GENG KRONI BERBELANJA BESAR UNTUK MENYEDIAKAN BERBAGAI BAGAI SAIZ BENDERA UNTUK DIPAKSA KIBAR TERHADAP PIHAK PENIAGA, BANK, BUDAK SEKOLAH, IPTA/S DSBNYA.
 
Akhir kata, SYABAS SEMUA,  teruskan wahai seluroh rakyat untuk beriltizam dan kekal menjadikan "kuasa pengguna" sebagai senjata untuk menumbangkan siHampeh Nyior dan tandan tandan busuknya sekali.

- Pensilkayu - 07.08.2002

 

FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!