Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak
Kepada Semua Umat Islam
Oleh Pensil Kayu
Sempena kedatangan bulan mulia pada 6 November 2002 ini, marilah kita semua meraikannya dengan sama-sama mengibarkan bendera Malaysia di rumah-rumah, kereta, motosikal, dll dan melekatkan sticker yang berupa ucapan atau yang berkaitan dengan rasa kegembiraan kita menyambut Ramadhan yang antara lain berbunyi:

1. RAMADHAN BULAN BERKAT
2. RAMADHAN BULAN KEAMPUNAN
3. MARI DIRIKAN SHOLAT TARAWIH
4. BACALAH AL-QURAN
5. SELAMAT BERPUASA RAMADHAN
6. JANGAN MEMBAZIR DALAM RAMADHAN
7. CARILAH LAILATUL QADAR
8. PUASA MENDIDIK UMMMAH BERSABAR
9. TIADA PUASA BAGI YANG RASUAH & TAK AMANAH
Atau yang lain-lain difikirkan sesuai dan relevan dengan penghayatan bulan yang mulia ini.
 
Ianya boleh dibuat sendiri melalui PC dan tampalkan di cermin kereta. Mari buktikan kesatuan kita sebagai rakyat yang cintakan keadilan dan benci kepada kezaliman.

Tujuan adalah:
1. Untuk melahirkan rasa gembira kita akan kedatangan bulan yang diberkati Allah ini.
"BARANG SIAPA YANG MERASA GEMBIRA DI HATINYA AKAN KEDATANGAN RAMADHAN, ALLAH AKAN AMPUNKAN DOSANYA YANG TERDAHULU"- hadis.

2. Menggalakkan umat Islam mendekati, BERMUNAJAT kepada Allah dan seterusnya berdoa sebanyak mungkin agar diberi pertolongan untuk mengembalikan keadilan di muka bumi ini khususnya negara kita.

3. Memberikan gambaran kepada puak-puak zalim bahawa rakyat terutamanya Islam, memang boleh bersatu dan sanggup menurut seruan pemimpin jika ianya benar ikhlas dan bebas dari sebarang tipu muslihat.
 
Diharap seruan di atas diambil perhatian oleh semua pencinta keadilan & kedamaian.
Wassalam

- Pensilkayu - 30.10.2002


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!