Apakah Gelaran Paling Sesuai Untuk Mahathir?
Baru-baru ini sempena dengan Majlis Perjumpaan serta Perbincangan Negara-negara Berkecuali (Non Align Movement Countries) yang sedang berada di Ibu Kota Kuala Lumpur yang terletak di dalam sebuah Negara Islam yang di isytiharkan oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad tahun lepas, timbullah sekumpulan kepakaran bebas dan cendekiawan dalam pelbagai bidang kepakaran dari Ekonomi, Kewangan, Kemanusiaan, Keagamaan dan lain-lain yang berjemaah silaturrahim di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Kumpulan kepakaran serta cendekiawan adalah terdiri daripada rakyat Malaysia yang telah kembali ke Malaysia untuk melancong serta mengambil bahagian dalam persidangan NAM. Matlamat perjumpaan silaturrahim adalah sepertimana berikut:

1) Membincangkan, mengkaji, menyelidiki serta mencari sebab-sebab yang berwibawa bagaimana Perdana Menteri Mahathir Mohamad sehingga hari ini boleh mengekalkan pemerintahan melebihi 20 tahun dan mencapai rekod sebagai seorang pemimpin yang luar biasa menjadi tokoh rantau Asia yang terlama sekali.

2) Dalam pemerintahan beliau, apakah sumbangan cemerlang yang beliau sumbangkan kepada Malaysia, Rantau Asia serta Dunia. Serentak dengan ini membincangkan pelbagai perbuatan dan tindakan yang beliau lakukan yang menjejaskan Malaysia dan Rantau Asia serta tahap meningkatkan atau merosotkan kedudukan Malaysia dalam pemerintahan beliau.

3) Disebabkan setiap bekas Perdana Menteri sebelum ini telah dianugerahkan oleh rakyat dengan nama peringatan atau gelaran untuk dirakamkan dalam sejarah Malaysia, kumpulan ini juga membincangkan anugerah yang paling sesuai dan layak untuk Mahathir Mohamad yang akan memisahkan diri daripada jawatan Perdana Menteri menjelang Oktober 2003, selepas persidangan OIC (Organisation Of Islamic Countries). Umpamanya, Perdana Menteri Malaysia Pertama Tunku Abdul Rahman dianugerahkan dengan nama ‘Bapa Kemerdekaan’, Tun Abdul Razak di anugerahkan dengan ‘Bapa Pembangunan’, Tun Hussein Onn dianugerahkan dengan ‘Bapa Perpaduan’. Oleh disebabkan bekas Perdana Menteri sebelum ini telah menerima nama yang cukup hebat dan bersejarah, tentulah anugerah yang dicadangkan perlu lebih hebat setanding dengan kebolehan Perdana Menteri.

Perbincangan untuk isu yang berlangsung tiga hari sedang dijalankan dan mengharap rakyat akan menunggu kesimpulan dan keputusan dalam siri risalah kedua nanti. Rakyat diberi ruang untuk mencadangkan anugerah kepada Perdana Menteri boleh menyampaikan melalui E-mail pak_robyee@yahoo.com.

Sekian, selamat membaca. Sila cetak dan edarkan risalah ini selepas membaca kerana keseluruhan media massa telah disekat.

Daripada Pak Rob Yee - 24.02.2003 (suntingan M@RHAEN)
Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!