MINI NAM (Pergerakan Negara-negara Berkecuali) – Siri Kedua
Pada 24 Februari 2003, dalam siri pertama MINI NAM yang telah di laporkan di  Webreformis dan Laman Marhaen, serentak dengan Majlis Perjumpaan serta perbincangan Negara-negara Berkecuali, adalah sekumpulan kepakaran bebas serta cendekiawan berjemaah silaturrahim membincangkan tiga perkara berkaitan dengan Perdana Menteri Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad Al-Haj. Persidangan MINI NAM tersebut telah tamat dan kumpulan kepakaran yang menyertai telah pulang ke negara mereka masing-masing. Saya telah dimaklumkan oleh kumpulan tersebut bagaimana mereka disambut dan dilayan dengan sebegitu hebat oleh tuan rumah. Umpamanya, ada salah seorang pegawai kanan dari sebuah negara Afrika yang tidak pernah melihat BMW 745i, tiba-tiba dapat duduk dalam kenderaan canggih tersebut. Mereka juga dapat menginap di hotel 5 bintang dan dijamu dengan hidangan yang enak-enak siang dan malam serta dibekalkan berturut-turut perkhidmatan pelbagai jenis urut asli secara “FOC” (Free Of Change) sepertimana layanan kepada raja selama dua hari. Mereka melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan menegaskan layanan yang telah ditawarkan tidak dapat diperolehi di mana-mana dunia ini, kecuali dari negara Islam, Malaysia.

Hasil dari perbincangan sesi serta “Brainstorming” MINI NAM tersebut sangat hebat dan menarik serta memerlukan beberapa siri ceramah perdana untuk menghuraikan keputusan yang dilahirkan oleh kumpulan kepakaran dan cendekiawan. Saya belum sempat untuk menghuraikan dan menyentuh points yang dibincangkan, tetapi disebabkan untuk menyeronokkan pembaca-pembaca siri saya, saya akan cuba menjelaskan kesemua agenda dalam siri ke siri yang akan datang.

Di sini ingin saya mengambil kesempatan dengan secara tulus ikhlas bagi pihak pimpinan kepakaran dan cendekiawan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri di atas anjuran NAM ke-13 di Ibu Kota Kuala Lumpur. Ia merupakan persidangan yang terhebat sekali jika dibandingkan dengan persidangan NAM yang telah lepas. Ini merupakan satu lagi rekod baru yang dicapai oleh Perdana Menteri dan tentulah kumpulan “GUINESS BOOK OF RECORD” akan merakamkan rekod ini untuk mempamerkan kepada dunia tentang kehebatan beliau. Bagi saya sudah menjadi pengetahuan umum sesiapa sahaja ahli NAM pun boleh mencapai rekod serupa ini jikalau ada kemudahan kewangan. Namun setakat ini, maklumat berkaitan dengan jumlah belanjawan sebenar untuk majlis tersebut masih belum dapat dikumpulkan.

Setakat ini kita menunggu sumber-sumber dari pakatan yang terlibat dalam anjuran majlis ini dan akan membongkarkannya dalam siri risalah yang akan datang. Serentak dengan ini rakyat perlu merakamkan penghargaan kepada Saudara M.G.G Pillai kerana pada 14 Februari 2003 beliau telah membongkarkan tentang perbelanjaan pengangkutan untuk Ketua-ketua pimpinan ahli NAM yang telah digunakan oleh kerajaan sebanyak RM60 juta untuk membeli 60 biji BMW siri 745i yang tercanggih (Drive-by-wire Technology) untuk pengangkutan pimpinan tersebut. Ini tidak mengambil kira perbelanjaan untuk lain-lain jenis kenderaan canggih.

Seterusnya pada 16 Februari 2003, timbullah kenyataan di internet lagi yang menghuraikan jumlah perbelanjaan untuk kenderaan sahaja telah melonjak ke RM150 juta (termasuk Mercedes Benz S-class, KIA carnival dan lain-lain). Jikalau cuma perbelanjaan kenderaan sahaja adalah RM150 juta.(MGGP: RM150 juta Untuk Angkut Pemimpin NAM!) Apatah lagi jumlah perbelanjaan keseluruhan majlis NAM akan seperti tingginya gunung. Ini adalah dilaporkan oleh Menteri Luar Dato’ Seri Syed Hamid Albar yang menegaskan jumlah perbelanjaan yang banyak tetap memusnahkan dari segi publisiti Malaysia di tahap Dunia. Sila rujuk kepada keluaran New Straits Time yang bertarikh 26 Februari 2003. Ini menampakkan lagi satu pembaziran besar yang cuma untuk meningkatkan kedudukan seorang manusia bernama Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad Al Kutty.

Yang memperlekehkan kita lagi, apa akan jadi kepada kenderaan canggih yang telah digunakan cuma untuk beberapa hari sahaja. Adakah lagi satu komplot yang direka untuk menganugerahkan kepada konco-konco tertentu secara jualan dengan harga murah tanpa menjelaskan cukai.

Malangnya dalam suasana ekonomi Negara masih tidak cergas (sluggish) dan menuju kepada paras gerhana sepertimana yang dilaporkan di TV2 oleh Dato Zainuddin Maidin Al Kutty  (Timbalan Menteri Penerangan) terhadap Negeri Kelantan dan Terengganu. Patutkah kerajaan Barisan Nasional melakukan perbuatan haprak membazirkan duit rakyat?
 
Sudah menjadi satu kewajipan untuk rakyat bangkit menyedarkan pemimpin yang sedang dalam alam impian.

Sekian terima kasih, selamat membaca dan salam sejahtera.

Setelah membaca sila edarkan kepada kawan-kawan dan orang ramai.

Daripada Pak Rob Yee E-mail: pak_robyee@yahoo.com - 28.02.2003 (suntingan M@RHAEN)
Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!