Tiupan Sangkakala ke-3
Keseluruhan rakyat Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Badawi kerana baru-baru ini telah dilantik sebagai pemangku Perdana Menteri serta pemangku Menteri Kewangan dalam tempoh cuti Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad selama dua bulan ke luar negara.

“SYABAS PAK LAH”. Walaupun berita ini memberi rangsangan meriah kepada Pak Lah serta penyokongnya, sebenarnya kebanyakan rakyat Malaysia berada didalam ambang kebimbangan kerana setelah mendengar khabar yang sebegitu hebat disebabkan sejarah telah menunjukkan kepada rakyat setiap kali Perdana Menteri bercuti panjang dan apabila pulang ke tanahair beliau akan membawa bersama-sama “TIUPAN SANGKAKALA” secara kejutan Therapi (Shock Therapy) sepertimana yang telah berlaku kepada bekas pemangku Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 yang menggemparkan penduduk bumi serta mengejutkan kesemua rakyat Malaysia dan juga dunia. Tatkala itu rakyat Malaysia menikmati prestasi Perdana Menteri melepaskan geram beliau dengan melucutkan jawatan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai pemangku Perdana Menteri serta kesemua jawatan dalam kerajaan, UMNO dan Barisan Nasional dengan pelbagai tuduhan yang mengaibkan menyebabkan beliau disumbat dalam sebuah jeriji besi dan tembok batu di Penjara Sungai Buloh.

Tindakan Perdana Menteri pada ketika itu boleh dikatakan sesuatu Therapi Kejutan (Shock Theraphy) dalam istilah perubatan yang sedang diamalkan oleh Dr. Mahathir Mohammad. Therapi Kejutan ini juga telah digunakan ke atas bekas Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam yang dianggap sebagai tokoh dunia serta Tun Ghaffar Baba.

Oleh yang demikian, adalah dicadangkan kepada pemangku Perdana Menteri, iaitu Pak Lah serta keseluruhan penyokongnya mengadakan sebahyang Hajjat berturut-turut sehingga Perdana Menteri kembali ke tanah air dengan mendoakan agar beliau tidak akan membawa bersama “TIUPAN SANGKAKALA KETIGA”, sepertimana yang telah berlaku kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim. Perlucutan atau kehilangan Pemangku Perdana Menteri telah kerap berlaku dan berkemungkinan sejarah akan berulang semula.
 
Pada hari Sabtu yang lepas, kebanyakan media massa dan TV ada melaporkan bahawa Pemangku Perdana Menteri Pak Lah telah melancarkan slogan baru yang berbunyi “WORLD CLASS INFRASTRUCTURE AND 3RD CLASS MENTALITY” (Peringkat tahap dunia dalam Infrastruktur Tercanggih Malaysia tetapi pemikiran rakyat masih tahap kelas tiga). Slogan ini memang menarik dan amat merangsangkan. Keseluruhan rakyat seharusnya memberi pujian di atas kehebatan yang ditonjolkan oleh Pemangku Perdana Menteri ini. Tetapi, adakah slogan ini ditujukan kepada Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad disebabkan seluruh dunia mengiktiraf Perdana Menteri Malaysia adalah “BAPA INFRASTRUKTUR TERCANGGIH MALAYSIA”.

Apabila Pak Lah melaporkan bahawa minda rakyat masih dalam tahap kelas tiga, memanglah rakyat bersetuju disebabkan sudah berzaman perkembangan pemikiran rakyat disekatkan sejak Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir Mohammad mengambil kuasa sebagai Perdana Menteri. Adalah amat penting jika rakyat boleh mencapai tahap pemikiran selaras dengan tahap antarabangsa. Pemangku perdana menteri perlu melibatkan seluruh cendekiawan dan pakar-pakar untuk mengkaji, mencadang dan mencipta semula dari peringkat asas langkah-langkah yang dapat memulihkan dan memperbaiki minda rakyat. Kalau pimpinan seterusnya juga akan menyekat perkembangan pemikiran rakyat, akan sampai ketika pemikiran rakyat serupa dengan kaum Negritos atau Penan yang masih wujud di zaman moden dalam masyarakat kita. Sudah menjadi tanggungjawab dan kewajipan pemangku perdana menteri menciptakan sesuatu istilah “Menterbalikkan Therapi Kejutan” (Reverse shock Theraphy) yang lebih hebat berbanding dengan SHOCK THERAPHY yang diamalkan oleh Perdana Menteri.

Mengikut pakar-pakar psychologist, apabila pemikiran seseorang disekat terlalu lama, mereka akan menjadi “ZOMBIE” atau mayat hidup yang akan melakukan apa saja segala arahan yang disuruh oleh pemimpinya. Keadaan ini memerlukan Pak Lah untuk melancarkan satu gagasan baru dengan memberi kebebasan kepada rakyat untuk berfikir. Keseluruhan rakyat mendoakan agar Pak Lah dapat membawa perubahan baru kepada rakyat dan tanahair.

Selamat bertugas PAK LAH! Sekian Terima Kasih.

Daripada Pak Rob Yee E-mail: pak_robyee@yahoo.com - 12.03.2003 (suntingan M@RHAEN)
Setelah baca sila cetak dan edarkan…


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!