Once Upon a Time in Putrajaya
Oleh Puteri X-Umno


Pada suatu hari ada seekor beruk yang menguasai kawasan hutan telah mengadakan mesyuarat. Beruk itu bernama mat kelentong. Tiap-tiap hari dia bermesyuarat dengan pegawainya macammana nak menambah perbendaharaan kerajaannya yang luas itu.

Beruk tersebut telah mencadangkan agar mata pelajaran sains dan matematik di ajar dalam bahasa lotong. Ramai ahli kabinet beruk tidak bersetuju kerana cadangan tersebut tidak relevan apa kena mengena bahasa lotong dalam subjek matematik dan sains dengan menambahkan perbendaharaan kerajaan? Maka riuh rendah pokok umno yang mereka bergayut tu sampai nak tumbang sebab tempik sorak kabinet yang marah. Seekor badak air yang mandi di tepi sungai tersebut memekik dan memarahi beruk tersebut kerana membuat bising ketika dia sedang bersantai.

"Oii beruk yang tamak, apa kena konatang (ganti 'korang') ni tak ade kerja lain ke asyik nak merompak harta rakyat aje". Kesianlah sikit pada rakyat kamu yang tertindas. Begitulah badak air selalu memberi nasihat dan teguran.

"Oii badak berendam, kau diamlah. Kau tu tak ada kerajaan memanglah tak faham masalah negara, yang kau tahu berendam aje,"  tempik menteri penerangan beruk.

Badak air berlalu dari situ. Bukan dia tak ada kerajaan tapi komunitinya sikit aje dalam hutan itu. Mana mungkin mereka nak berpolitik walaupun mereka adalah komuniti asli di hutan itu. Setakat beberapa ekor badak, yang mana mereka banyak menghabiskan masa berendam dan mengawasi anak kecil mereka dari dibaham buaya.

YAB Raja Beruk Kelentongpun bertanya pada beruk yang memberi cadangan tersebut kerelevanannya usul tersebut.

Beruk tersebut adalah penolong (barua) menteri pendidikan yang paling kontroversi dalam kerajaan beruk di hutan tu. Dia pernah terlibat dalam konspirasi menjatuhkan seorang timbalan perdana menteri raja beruk kelentong yang juga pernah menjawat jawatan menteri pendidikan tapi kini terpenjara di penjara buluh betung di tepian sebuah sungai. Penjara itu dinamakan penjara sungai buluh dan mereka telah mengupah ramai gorilla untuk menjaga penjara tersebut.

Beruk tersebut juga digelar si pendek kerana saiznya yang kecik tuh.

Dia mengatakan apabila mata pelajaran matematik dan sains ditukar kepada bahasa lotong ini akan menyebabkan buku teks tersebut terpaksa di cetak baru dan memberi peluang kepada kroni untuk mengaut untung bagi pihak kerajaan. Bayangkanlah ratusan ribu pelajar menggunakan buku tersebut dan kerajaan terpaksa bail-out kepada kroni di samping memeras ibu bapa membeli buku teks tersebut.

Semua ahli kabinet beruk terlopong mendengar cadangan panas penolong menteri pendidikan tersebut.

Buku-buku kerja juga dicetak dalam bahasa lotong dan bayangkan hasilnya, didarab ratusan ribu pelajar dan guru yang terpaksa membeli dan berapa banyak untung syarikat kroni kita.

Persaingan pelajar beruk dan lain-lain komuniti seperti mawas dan kera akan menjadi lebih senget keranan bahasa baru tersebut. Kera dan mawas memang banyak menguasai bahasa lotong namun komuniti mereka tidak menggugat kestabilan komuniti beruk.

Walaupun pada rasionalnya anak-anak beruk terjejas dengan dasar baru ini, namun ia tidak merugikan kerajaan beruk kerana kerajaan beruk tidaklah mengharapkan sangat golongan pandai dalam kerajaan kerana mereka yang pandai, sering menunjuk-nunjuk pandai dan mengganggu urusan kerajaan beruk.

Dalam tempoh permulaan ini, kita terpaksa membiarkan komuniti kita terjejas akademiknya untuk muslihat pilihanraya terdekat dan akan datang sebelum kita dapat membina beruk ultra yang betul-betul dapat mengikut telunjuk kita. Kita hanya perlukan golongan yang suruh angguk-angguk-suruh geleng-geleng aje buat masa ini. So kita terpaksa korbankan nasib anak-anak beruk buat sementara waktu.

Menteri kabinet bertepuk tangan dengan hujah bernas barua menteri pendidikan beruk tersebut.

Beruk kelentong perdana menteri utama kerajaan beruk mencelah, "Kita juga akan adakan meritokrasi bagi menghentam anak pinak kita supaya menjadi semakin lemah dan tidak berupaya bangun bersaing dengan mawas dan kera yang menjadi sekutu kuat kita."

"Kita juga akan memberikan kuota 10 ke 90 peratus institusi pengajian istimewa kita kepada bangsa kera dan mawas supaya anak kita tidak berkumpul sesama sendiri bersatu menghentam kita kerana anak kera dan mawas akan jadi spy kita."

Menteri kewangan beruk menyediakan kira-kira kos dan keuntungan yang mungkin kroni mereka perolehi.

Yang Amat Beruk, kita cuma mampu mengutip dana sebanyak 5 juta sahaja tetapi kalau kita tambah semua mata pelajaran dalam bahasa lotong mungkin kita dapat lebih dari 50 juta.

Raja Beruk kelentong tersenyum. Rilek slow and steady, mula-mula sains dan matematik nanti semuanyalah.

Seekor menteri mencelah. "50 juta berapa sangat?" Menteri yang lain menyampuk, "Untuk pilihanraya dah cukup tu deposit Parlimen dan DUN semuanya dalam 8 juta. Balance kita boleh buat pengundi hantu, poster dan iklan".

Akhirnya, semua bersepakat dengan agenda hari itu. Yang Amat Beruk, Raja Beruk Kelentong tersenyum di dalam tidurnya kerana masalah kewangan pilihan raya akan diselesaikan tak lama lagi. Sementara itu gorilla upahan telah diarahkan memantau pergerakan pelajar-pelajar beruk, mawas dan kera di samping mengikat perjanjian rahsia dengan pihak lotong dan gorilla.

Semua binatang di atas pada asalnya manusia, tetapi telah bertukar menjadi kebinatangan kerana kerajaan yang bersifat binatang dan rakyat yang dilayan seperti binatang .

Metafora:
Aspek kebinatangan yang dibawa oleh parti binatang telah menjadikan negara tersebut seperti rimba yang tidak berperlembagaan melainkan perundangan berlandaskan hawa nafsu semata dan rakyat menjadi korban.

- Puteri x-umno - 18.06.2002 (suntingan M@R)


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!