Once Upon a Time in Putrajaya (2)
Oleh Puteri X-Umno


Pada suatu hari Raja Beruk Kelentong telah mengadakan quiz sukaramai sendaloka bersama Raja Beruk Kelentong di pohon paling besar yang terkenal itu. Rancangan itu ditonton oleh seluruh beruk-beruk di hutan banat tersebut dalam waktu perdana.

Raja Beruk Kelentong memulakan acara dengan persembahan anak-anak beruk makye dari kumpulan kru (kongkang rimba utama) sebuah kumpulan rap anak-anak kongkang yang memiliki sebuah syarikat hiburan yang hampir muflis diboikot rakyat mahaen kerana menghina seorang tok guru manusia.

Kumpulan kongkang melagukan lagu fanatik! fanatik! dengan penuh adegan lincah dan erkangkang-kengkang, melompat-lompat kera dan berguling-guling orang utan.

Puteri-puteri beruk berebut-rebut mengambil tandatangan kumpulan kongkang rimba utama namun beberapa puteri yang kaki lesbian tidak langsung mengambil kesempatan tersebut kerana mereka kecewa semenjak seorang artis beruk meninggalkan pertubuhan puteri beruk lesbian tersebut.

Raja Beruk Kelentong kemudiannya memberi pembayang rahsia mengenai kapsul masa yang di tanam di awal abad 21 dahulu ketika menyambut alaf baru. Kapsul tersebut akan dibuka oleh generasi berikutnya di tahun 3000 nanti.

Ha aaa.. salah satu perkataan yang penting dalam sampul yang diletak dalam kapsul masa tersebut bermakna persaingan, keributan dan kehancuran bagi suatu identiti.

Ada dua hadiah kerana ada dua perkataan penting disini mengenai kehancuran identiti.

Tidak ada sesiapa pun menjawab maka hadiahnya meningkat satu juta RM.

Mendengar satu juta RM, barua penolong menteri pendidikan mengangkat tangan panjangnya itu.. Terdapat bantahan dari beruk-beruk di pohon tersebut kerana ketamakkan barua tersebut membolot hadiah rakyat .

Namun setelah agak lama tiada beruk yang dapat menjawab barua menteri pendidikan tersebut menjawab… meritokrasi

Raja Beruk Kelentong meloncat-loncat gembira sebaik mendengar perkataan kesukaannya itu.

Tahniah sang pendek satu juta RM untuk anda.

Ya perkataan kedua pula berkait rapat dengan kehancuran identiti ini, ya apa dia.

Ok hadiah soalan mencecah satu juta RM…. sila jawab.

Sekali lagi barua menteri pendidikan tersebut mengangkat tangan. Beruk-beruk lain yang memang bangang hanya terdiam kerana tak mampu mnejawab.

Ya, apa namaaa.. Sang pendek apa diaaa….

Kuota…. yeeeee

Tanhniah Sang pendek. Satu juta RM untuk anda.

Beruk-beruk lain semakin menyampah dengan Sang pendek. Mereka mula memahami kebajingan yang tersirat dalam kapsul masa tersebut berdasarkan isu semasa yang hangat diperkatakan dalam negara di bawah pentabiran Raja Beruk Kelentong tersebut. Namun kebaculan mereka menyanggah dan hanya mengangguk membawa padah dan mereka masih lagi enggan berubah dari sikap bacul tersebut.

Yaa soalan bonus. Hadiah utama sebuah mahligai sumbangan kroni saya yang pernah menerajui syarikat keluli negara dari komuniti kera dan wang tunai sepuluh juta dalam akaun luar negara di Swiss.

Soalannya, apakah matlamat kita dalam penghapusan identiti ini menjelang alaf ke-31 nanti.

Pembayangnya, 'Planet of the Apes'…..

Sekali lagi barua menteri pendidikan bangun dan semua beruk memandang benci pada ketamakkannya itu.

Ya Sang pendek apa diaaaaaaaaaaa..

Jangan lupa 20 persennn. Oppss sorry gurau ajaaa.. Raja Beruk Kelentong merah padam mukanya kerana tersasul dan beruk lain semakin meluat dengan Sang pendek dan Raja Beruk Kelentong tersebut seolah Raja Beruk Kelentong dan Sang pendek sememangnya berpakat.

Jawapannya beruk ultra…yeeeeeeeeee

Tepat sekali, Sang pendek. Kita akan mewujudkan klon baru beruk mulai sekarang dengan penghapusan identiti asal ke identiti yang lebih hebat tanpa mengambil peduli hukum-hakam dan perundangan sejagat demi merealisasikan impian kita menjadikan bangsa kita bangsa beruk alaf baru … beruk ultraa yeeee

Semua beruk mula bersemangat mendengar kata-kata keramat Raja Beruk Kelentong mengenai wawasan klon beruk ultra bagi menyaingi komuniti kera,mawas bahkan lotong dan chimpanzeee sekalipun.

Badak berendam yang menonton rancangan tersebut bersama badak sumbu hanya tertawa geli melihat gelagat beruk-beruk yang hampir diancam kepupusan tersebut apatah lagi dengan sikap Raja Beruk Kelentong dalam menghapuskan identiti bangsanya sendiri.

Bodoh beruk tu. Hilang bahasa, hilanglah bangsa. Anak badak sumbu yang suka membaca sejarah Melayu Patani mengejek.

Bangang punya beruk. Lambat laun bukan beruk ultra yang jadi. Tah tah jadi hamba king kong amerika dan gorilla yahudi. Kahahhhhhhkaakaaaaahhhhh. Mereka ketawa beramai ramai.

Moyang aku masa zaman dinasour dulu besar gagah sumbunya bercabang banyak yang tinggal sekarang aku nilah.kata bapa sang badak sumbu..cuma satu sumbu aje …kawan aku kat afrika ada yang dua sumbu…tak de pun aku jadi badak ultra…moyang aku dulu adalah….tapi dah binasa dah biasalah evolusi bumi..

Tah lah badak sumbu. Aku hairan tengok beruk yang nak jadi ultra ape ni. Dunia dah nak kiamat. Umat sibuk berjuang kembali ke jalan benar, depa sang beruk ni sibuk nak jadi ultra apelah… Apa-apalah kesian pulak aku tengok….ibu sang badak berendam mencelah sambil membawa sedulang kopi campur madu hadiah dari jiran mereka sang beruang yang komunitinya terkenal sebagai reformis underground yang memang pandai cari madu hutan tu walaupun menghadapi bahaya disengat lebah.

Sementara itu rakyat beruk di hutan tersebut rata-rata meluat dengan siaran senda loka bersama Raja Beruk Kelentong tersebut. Mereka kebanyakkan dari rakyat yang ingin berubah dari imej diberuk-berukkan oleh badi beruk mat kelentong dan suku-sakatnya kepada manusia yang bermaruah dari diperberuk-berukkan bukannya nak menambah bala menjadi beruk ultra atau ultra ape.

Metafora

Raja Beruk Kelentong dan suku sakat partinya adalah beruk dari kalangan manusia yang memberukkan dirinya menjadi beruk yang sangat buruk perangainya mengalahkan sekelian beruk yang ada di dunia ini.

Chimpanzee ,lotong,kera,mawas,orang utan ,king kong, gorilla dan lain lain adalah metafora pelbagai kumpulan atau komuniti yang memberuk atau terberuk akibat proses pemberukkan Raja Beruk Kelentong dalam hubungan pentadbirannya dengan dunia luar dan gaya pemerintahannya dalam negara yang cuba di jadikan planet of the apes..

Rakyat marhaen bukanlah beruk tetapi gambaran bagaimana dahsyatnya pemerintahan raja beruk tersebut sehingga sanggup memberuk-berukkan rakyatnya sendiri sehingga mereka malu untuk menjawab pertanyaan dari negara luar mengenai situasi negara mereka yang berperlembagaan ala-hutan rimba dan bergunungkan hutang piutang.

Beruang adalah gambaran golongan underground selain dari badak sumbu dan badak berendam namun dalam keadaan tertentu boleh menjadi berbahaya.

Badak adalah metafora golongan yang tidak aktif dalam situasi politik negara kerana beberapa kelemahan seperti komuniti yang sikit, lemah dan terancam.

Tok Guru adalah lambang sekumpulan manusia yang berjaya memperisaikan diri daripada terkena badi sumpahan keberukkan kerajaan beruk Raja Beruk Kelentong tersebut.

Nota sejarah:
James Brook juga digelar Raja Brook di Sarawak dahulu. Beliau tidak terlibat dalam penggambaran filem di atas.

- Puteri x-umno - 19.06.2002 (suntingan M@R)

 

FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!