Apabila Ketua Samseng Nak Hapus Samseng
Kelakar sungguh rasanya apabila mendengar tentang kesungguhan Dato’ Hishamuddin Tun Hussien nak membanteras kumpulan samseng yang dikatakan mempengaruhi pelajar-pelajar di sekolah. Berkerut dahi Hishamuddin memberi amaran akan mengambil tindakan kepada kumpulan-kumpulan samseng yang mempengaruhi pelajar-pelajar untuk menyertai kumpulan mereka.

Adakah Hishamuddin benar-benar bersungguh untuk membanteras gejala samseng ini? Jawapannya sudah tentu tidak... Ini kerana sudah sedia maklum dalam sejarah Malaysia bahawa Pemuda Umno adalah pembela dan penyubur budaya samseng di negara ini. Lihat saja kebergantungan Umno terhadap samseng ini semasa berlangsungnya pilihan raya-pilihan raya yang lalu. Mana mungkin budaya samseng yang memberikan banyak keuntungan kepada Umno hendak dihapuskan. Pelik bin ajaib bila seorang ketua samseng nak menghapuskan juak-juak samseng di bawahnya.

Cuma tindakan Hishamuddin tu hanyalah sebagai penyedap dan penyejuk kepada peristiwa pembunuhan pelajar sekolah di Seremban itu. Seperti kebiasaan yang berlaku kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku di negara ini, hangatnya tidak lama. Hangat-hangat tahi lembu. Nampak besar tapi lekas sejuknya. Nampak bersungguh benar tapi sekejap saja. Jawatankuasa yang ditubuhkan itu juga, sama tarafnya dengan tahi lembu. Ramai saja yang lebih. Akhirnya disalahkan samseng luar sekolah. Lihatlah dalam diri kamu dulu yang dipenuhi dengan segala najis dan kotoran sebelum menuding kesalahan pada orang lain.

Kita dapat ramal bahawa budaya samseng ini akan terus kekal menyuburi anak-anak muda kita kerana budaya ini amat berguna bagi Umno. Samseng-samseng inilah yang akan dibiarkan dan akan digunakan apabila tiba masanya. Jika tiada samseng, maka sukarlah gerak kerja jahat Umno seperti mengugut, mensabotaj dan sebagainya hendak dijalankan. Cadangan kepada Hishmuddin, cubalah hapuskan samseng-samseng yang bersarang dalam Umno itu dulu sebelum nak banteras samseng-samseng luar sekolah. Usaha Hishmuddin ini sama seperti usaha perasuah nak hapuskan rasuah. Boleh percaya ke????

Kiriman Rindu Purnama - 08.04.2004 (tanpa suntingan)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Sertai Maillist M@RHAEN