Akhirnya Mahathir Termakan Fitnah Sendiri

Akhirnya Mahathir@Mahahaprak secara rasmi telah mengkafirkan orang ISLAM dan PAS serta telah menentukan ahli PAS sebagai ahli Neraka.

Pihak UMCINO bermatian-matian membangkitkan isu kafir-mengkafir terhadap YAB Tuan Guru Hadi Awang, kini sumpah dan fitnah UMCINO telah memakan diri mereka sendiri apabila Mahahaprak sendiri telah menjadi tuhan menentukan siapakah ahli syurga dan neraka serta siapa yang kafir dan siapa yang islam tulen. Mahahaprak juga telah mendakwa ahli PAS telah menganut agama ASLAM bukan agama ISLAM.

Kini Mahahaprak benar-benar dah menjadi MAHAFIRAUN, segala tuduhan palsu yang dilemparkan kepada PAS kini benar-benar terbalik terhadap dirinya sendiri. Kini hukum karma Allah swt telah benar-benar terpalit kepada dirinya.

Apapun yang berlaku kini tak ubah macam Kamal Artartuk di Turki, kita tunggulah saat yang benar-benar gawat terhadap kepimpinan UMCINO, saat itu mereka tak mampu undur ke pangkal jalan lagi, kita akan melihat pintu taubat akan tertutup buat mereka.

Cuma yang mampu kita lakukan kini adalah mendoakan Mahahaprak serta juak-juak UMCINO sempat bertaubat serta beribadat semula kepada Allah swt.

RDJU 17.08.2002


PAS Khianati Islam Dan Pemimpin-Pemimpinnya Bukan Ulama, Kata PM

MARANG, 16 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat menolak Pas kerana ia sebenarnya bukan parti Islam sebaliknya sebuah parti yang mengkhianati Islam manakala pemimpin-pemimpinnya pula bukannya ulama.

Perdana Menteri berkata banyak kenyataan pemimpin-pemimpin Pas yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti mengatakan Tuhan samseng dan Tuhan mencarut dan penjahat terbesar, yang jelas menunjukkan Pas mempergunakan agama untuk kepentingan politiknya.

Beliau berkata kenyataan pemimpin-pemimpin Pas itu menunjukkan mereka sebenarnya bukan ulama sebaliknya orang yang telah sesat dan perlu ditolak oleh pengikut-pengikut mereka.

"Ini adalah dosa kerana menghina Tuhan dan menyamakan Tuhan dengan sifat-sifat yang terdapat pada manusia. Memang benar Tuhan lebih daripada manusia tetapi lebih dari segi kebaikan bukan dari keburukan.

"Pengikut-pengikut Pas telah sesat dan mereka berdosa. Sesiapa yang tidak menolak dakwaan Pas bahawa Tuhan adalah samseng, Tuhan adalah penjahat terbesar, Tuhan mencarut, orang itu berdosa walaupun dia menggelar dirinya sebagai ulama," katanya ketika berucap di pada majlis perjumpaan bersama rakyat serentak dengan perasmian Konvensyen Barisan Nasional negeri Terengganu di perkarangan Sekolah Menengah Tun Telanai di sini, Jumaat.

Konvensyen itu bermula esok. Ini merupakan lawatan pertama Perdana Menteri ke Terengganu bagi menghadiri majlis parti selepas pilihan raya umum lepas.

Dr Mahathir berkata beliau pernah bertanya kepada beberapa ulama luar mengenai dakwaan pemimpin Pas bahawa Tuhan samseng dan kesemua mereka menganggap kenyataan itu keterlaluan dan sesat daripada ajaran Islam sebenarnya.

"Ulama-ulama luar kata, kalau nak cari pengaruh pun janganlah sampai begini, jangan hinakan Tuhan. Tempat mereka adalah neraka, neraka jahanam sebenarnya kerana mereka mengkhianati agama Islam yang suci, yang bersih daripada segala kekotoran, daripada segala kejahatan," katanya.

Beliau berkata Pas sebenarnya bukan sebuah parti Islam kerana ajaran Islam menyuruh umatnya bersatu padu dan bersaudara, sebaliknya kerja Pas hanyalah melemparkan fitnah untuk memecah belahkan umat Islam dan masyarakat di negara ini.

"Sebenarnya ini (Pas) bukan parti Islam...nama sebenarnya ialah Parti Aslam Malaysia. Aslam ini adalah agama Pas dan kepada orang Aslam mereka berhak menyembah Tuhan yang ganas, Tuhan yang samseng. Kita orang Islam tidak sembah Tuhan yang samseng, Tuhan kita maha penyayang, maha pengasih dan maha pengampun," katanya.

Perdana Menteri berkata semua perkara itu berlaku kerana terdapat kumpulan yang menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik mereka bagi mengelirukan rakyat agar menyokong mereka.

Beliau berkata banyak fitnah yang dilemparkan oleh parti itu untuk membuktikan kononnya Pas adalah Islam dan Umno tidak Islam sehingga pada tahap sanggup mendakwa untuk menjadi Islam, orang Melayu mestilah menjadi ahli Pas atau penyokong parti itu.

"Ini adalah sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam sama sekali. Pas hanya wujud di Malaysia, (jika ikut dakwaan mereka) hanya di Malaysia sahajalah wujud orang Islam sedangkan kita tahu terdapat 1.3 bilion orang Islam di seluruh dunia.

"Kerana (nak) mengkafirkan Umno, kerana kita tidak menyertai parti mereka bererti juga mereka mengkafirkan semua orang Islam di dunia ini kerana semua orang Islam di dunia tidak sertai Pas, bahkan tidakpun menyokong parti Pas kerana Pas tiada di tempat mereka," katanya.

Dr Mahathir berkata dakwaan parti itu bahawa dengan mengundi Pas akan masuk syurga juga merupakan satu pembohongan yang besar dan tidak harus dilakukan oleh orang yang berpengetahuan dalam agama.

"Orang Pas yang ikut Pas, ikut berdosa dan akan terima balasan di akhirat. Jangan fikir pangkah Pas masuk syurga. Ini hina agama Islam, agama Islam tidak bergantung pangkah yang dibuat, ia bergantung kepada amal ibadat kita," katanya.

Dr Mahathir berkata bagi Pas, kebaikan tidak penting, sebaliknya apa yang penting ialah kebencian dan apa yang dilakukan mereka adalah agar rakyat membenci kerajaan.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin Pas juga tidak mempunyai keikhlasan dan sentiasa menggunakan agama sebagai topeng termasuk daripada segi berpakaian untuk menipu rakyat dan menunjukkan diri sebagai seorang pemimpin ulama.

Perdana Menteri berkata pemimpin-pemimpin Pas juga memutarbelitkan ayat-ayat Quran untuk menunjukkan mereka betul tetapi sebenarnya mereka melakukan dosa sehingga sanggup memperkatakan Tuhan mencarut.

"Ini bukan ulama. (Menteri Besar Terengganu Datuk Seri) Haji Hadi (Awang) mungkin pakai serban jubah tetapi itu bukan tanda dia betul-betul ulama...dia menggunakan serban dan jubah dan berjanggut sebagai topeng untuk melindungi perbuatan jahatnya, pengkhianatan terhadap agama Islam, penghianatan kepada orang Melayu yang dilakukan olehnya.

"Rakyat Terengganu (apabila) datang pilihan raya ini tolak orang (pemimpin-pemmpin) yang sesat ini. Sesat betul orang (pemimpin-pemimpin Pas) ini, betul-betul sesat, selamatkan negeri Teregganu daripada manusia yang jahil ini, manusia yang mencela, menghina Allah," katanya.

Beliau berkata menjadi tanggungjawab yang besar kepada Umno sebagai orang Islam untuk membetulkan orang yang sesat itu.

"Adalah menjadi ibadat kepada kita untuk tolak Pas...bukan semata-mata kerana nak kerajaan BN tapi kerana sesiapa yang sokong Pas jauh dari dapat pahala dan ditempatkan di syurga, mereka akan dapat dosa dan akan ke neraka," kata Dr Mahathir.

-- BERNAMA


 

FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!