Sandiwara Terbaru!! Diramalkan Eric Chia Dibebas Dengan Ikat Jamin!
Rentetan daripada Sandiwara Paklah dalam isu Rasuah Permit Teksi melibatkan Nazri Tan Sri Aziz yang hilang entah ke mana failnya. Kini Eric Chia dijadikan kambing hitam sebagai persediaan menghadapi Pilihan raya yang hampir tiba!! Di mana Dato' Nordin yang lantang 'menegur si Nazri' sekarang? Hanya dengan sedikit ugutan Nazri dan Anugerah Dato' yang tak semena-mena daripada Sultan Selangor telah menghilangkan terus taring Dato' Nordin si Pengarah Penyiasat BPR!! Kalau nakkan Anugerah Dato' cakaplah awal-awal.. Tak payah bising-bising!!
 
Mengapa saya katakan ianya Sandiwara?

Pertama: Penahanannya telah dirancang? Apa sebabnya ? Sudah tentu Pilihan raya semakin hampir lantas sejurus ditangkap Eric Chia dibawa ke Hospital Putrajaya!! Mengapa? inilah alasannya esok di Mahkamah ERIC Chia akan dibebaskan dengan Ikat jamin atas alasan Kesihatan!! kalau nak buat medical check-up pun mengapa harus berita ini digembar-gemburkan..?? Apakah mahu apabila Eric Chia dibebaskan esok dalam perbicaraan yang dirancang. rakyat tidak mampu berkata apa?? Jadi apa bezanya?? Eric Chia akan terus bebas seperti biasa sementara menunggu perbicaraan. Mungkin sampai Eric Chia mati baru kes ini akan selesai!! ini juga bermakna dengan menahan Eric Chia di hospital, tidak seminit pun Eric Chia dibawa ke sel Balai Polis ataupun ke Bukit Aman untuk disoal-siasat.. hairan juga. Soal-siasat Eric Chia pun tak ada. Itulah keistimewaan yang dinikmati Eric Chia setelah merompak wang rakyat!! macam juga layanan kerajaan kepada Jackie Chan pembunuh atau Kongsi Gelap paling kejam dalam Malaysia... Kerajaan Islam Hadari yang dipimpin PAKLAH lebih sanggup menahan pelajar belasan tahun yang menuntut Ilmu Agama di Pakistan daripada menahan pembunuh dan perompak berbillion Ringgit wang rakyat!!!
 
Kedua: Peguam Negara Abdul Gani Patail dalam sidang telefon sewaktu siaran berita Buletin Utama. Gani berkata.. kami sedang merangka draf pertuduhan! baru merangka ketika Eric Chia ditahan..?? Patutlah sewaktu Kes Nazri Tan Sri Aziz, Gani Patail hanya mengambil masa 24 jam untuk mengatakan Kes Nazri tiada asas pendakwaan. Memang hairan, belum pun BPR selesai menyiasat. di waktu tengah hangat BPR dan Nazri bertengkar. Gani Patail terus mengatakan tiada asas pendakwaan!! macam mana ni..?? Patutlah dahulu tarikh pertuduhan terhadap saudara Anwar Ibrahim dibuat pada tarikh Apartment Villa itu sendiri belum siap!! bagaimana kejadian liwat boleh berlaku di situ!!!
 
Ketiga:  Di awal berita Buletin Utama TV3. Tv3 menyiarkan sedutan rakaman temuramah Wartawan untuk mendapatkan reaksi daripada Perdana Menteri si Paklah 'pak sandiwara' berkenaan penangkapan Eric Chia.  lagi hairan. Kenyataan Akhbar berkenaan penangkapan Eric Chia dikeluarkan pada waktu petang. Dia 'Eric Chia' ditangkap pada jam hampir pukul 4. macam mana Paklah boleh disoal lebih awal? Pandainya Penerbit Rancangan temuramah tersebut meramalkan Eric Chia ditangkap, untuk pengetahuan, Temuramah itu dirakamkan khas sempena 100 hari Paklah memerintah sebagai PM paling kuat menipu dalam dunia pada waktu pagi hari ini  ....
 
Jadi saya berharap, jangan ada di kalangan pemimpin Pembangkang masuk perangkap dalam Sandiwara terbaru Paklah!!! Paklah..oii... Paklah... agaknya macam mana dia Kow Tim dengan Eric Chia.... Eric Chia pun dah umur 70 tahun... agaknya sampai mati kes ini takkan selesai. Itupun tak tahulah esok Eric Chia akan dihadapkan di depan hakim mana..??? Agustin Paul lagi ke... macam kes bunuh Balwant Singh yang dibebaskan dengan ikat jamin atas kesihatan. Tungguu.... Kalau Eric Chia ditangkap sementara menunggu keputusan kes, saya ucapkan sekalung Tahniah kepada Paklah. Kalau dibebaskan, tahniah kepada Paklah kerana pandai BerSandiwara!!!
 
Tulisan ini ditulis ketika TV3 sedang menyiarkan berita penangkapan Eric Chia!!

Lawan Tetap Lawan!!

Kiriman Reformis Muda - 09.02.2004 (disiarkan tanpa semakan/suntingan)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN