PM dengan sandiwara terkini!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada (22/06/2002) semasa perhimpunan Umno seperti yang diketahui umum,PM meletak jawatannya sebagai presiden & pengurusi Umno/BN. Maka ruih rendahlah ahli Umno kerana terkejut dengan pengumuman tersebut. Ahli Umno macam anak ayam kehilangan ibu bila mendengar PM hendak meletak jawatan. PM pernah mengatakan yang beliau telah puas merayu,memujuk,menangis,berdoa dan akhir sekali meletak jawatan tapi ahli Umno masih lagi mahu bersama beliau. Ahli Umno merasa suatu kehilangan yang besar sekiranya PM meletak jawatan,maka huru-hara serta akan hilang pedoman lah ahli Umno seandainya PM mereka benar-benar meletak jawatan. Tetapi percayakah kita semua yang PM ini betul-betul hendak meletak jawatan atau sekadar hendak menguji ketaatan ahli Umno terhadap beliau??? Bagi kita bila mendengar pengumuman tersebut seolah-olah satu lagi sandiwara terkini PM untuk membuat satu kejutan agar semua ahli Umno khasnya serta rakyat umum amnya masih lagi memerlukan beliau sebagi PM Malaysia.

Bagi kita semua ini suatu sandiwara PM agar ahli Umno memujuk beliau supaya jangan meletak jawatan sebagai Presiden Umno. Maka dengan itu beliau akan mengatakan bahawa beliau masih diperlukan lagi sebagai pemimpin Umno seumur hidup. Ini lah sikap sebenar ahli Umno mereka tidak mempuyai keyakinan diri untuk berdikari dan memimpin seandainya PM sudah tiada lagi. Ditakdirkan Allah mencabut nyawa PM ketika ini apakah ahli Umno akan merayu pada tuhan agar biarkan saja PM memimpin mereka sehingga hari kiamat??? Nampak dan jelas sekali ahli Umno memang ketandusan pemimpin pelapis yang baik untuk memimpin mereka. Mereka mencuriga diantara satu sama lain sebab itu lah ahli Umno dan MT mereka menangis-nangis serta merayu agar PM jangan meletak jawatan. Mereka takut berlaku perebutan kuasa sesama mereka seandainya PM benar-benar meletak jawatan.

Sepatutnya ahli Umno biarkan saja PM meletak jawatan kerana keadaan beliau yang agar uzur serta sudah lanjut usia yang sepatutnya beliau berehat dan beribadat daripada terus memimpin negara ini. Kalau benar-benar ahli Umno sayang dengan PM mereka sepatutnya bagilah beliau peluang untuk merehat serta beribadat kepada Allah sebelum Allah mencabut nyawa beliau. Kita sungguh kesal semakin lama beliau memimpin makin semakin kuat pula beliau mencarut seperti kata beliau, Tuhan beliau pengasih dan penyayang, tapi Tuhan Pas samseng!!! Bila masa pula Pas ada kata tuhan Pas samseng??? Ini menunjukan kata-kata orang tua yang sudah nyayuk. Tidak pernah pun kita mendengar pemimpin Pas kata tuhan mereka samseng.

Kata-kata PM yang mengatakan pemimpin Pas songsang dan menyesatkan pengikut mereka adalah keterlaluan maka patut sangat beliau meletak jawatan ketika ini juga. Kita rasa lebih baik beliau meletak jawatan sebagai PM Malaysia dan jangan peduli lagi dengan rayuan ahli Umno yang terlalu bergantung harap dengan beliau. Kita mengalu-alulkan perletakan jawatan PM tersebut agar Malaysia dapat dipimpin oleh orang yang muda,bijaksana serta dapat memberi kesejahteraan kepada rakyat Malaysia.  Harap semua rakyat Malaysia mesti bersedia untuk menghadapi perubahan serta dapat berdikari tanpa bergantung sangat dengan Umno/BN dan PM.PM sendiri berkata jangan bergantung sangat dengan kerajaan dan PM bagi ahli Umno.

Mungkin ini tanda-tanda akan berlaku lagi satu perkara yang tidak disangka-sangka selepas ini nanti. Jangan kita terkejut apakah yang akan berlaku selepas ini. Kita berharap semua pemimpin penmbangkang serta rakyat Malaysia umumnya bersedia untuk menghadapi suatu kemungkinan yang besar dimana kita semua akan dapat harungi bersama untuk kesejahteraan rakyat negara kita Malaysia. Jangan kita lalai dengan sandiwara Umno/BN ini. Kita hendaklah bersedia bila-bila masa untuk berjuang membebaskan diri kita dari cengkaman Umno/BN selama ini.

Harap perkara tersebut diatas menjadikan kita berwaspada dengan lakonan seterusnya oleh PM serta kunco-kunco mereka kerana sekarang ramai orang Melayu/Bumiputera sudah tidak yakin lagi dengan Umno/BN untuk menjaga kebajikan mereka. Hampir semua hak-hak kaum bumiputera telah lesap satu demi satu dikikis oleh Umno/BN. Sebab itulah mereka sekarang takut dan tidak bersedia dengan perletakan jawatan PM mereka. Tentu kita masih ingat lagi bila waktu pilihanraya Umno/BN merayu,memujuk agar rakyat menyokong mereka, kununya Umno/BN lah yang satu-satunya yang dapat memberi pembangunan dan kebajikan serta rakyat sentiasa memerlukan pertolongan,bantuan serta bergantung harap dengan mereka. Tapi bila sudah menang lain pula kata mereka yang rakyat jangan terlalu berharap dengan bantuan kerajaan Umno/BN. Rakyat hendaklah berdikari tapi bila mereka memerlukan sokongan rakyat lain pula kata Umno/BN, rakyat jangan  bergantung harap dengan mereka. Jadi kita serulah agar rakyat Malaysia bersedia untuk berubah jangan lagi memberi sokongan kepada Umno/BN kerana mereka ini tidak pernah berterima kasih dengan rakyat yang memberi sokongan pada mereka.

Oleh itu harap rakyat Malaysia mestilah berdikari mulai dari sekarang dan bersedia untuk mendapat pemimpin yang berjiwa rakyat serta perihatin dengan masalah rakyat. Sekian harap maklum. Semoga pandangan kita ini mendapat perhatian yang sewajar dari semua pihak.

Membangun bersama Islam.

Rakyat Malaysia Prihatin - 23.06.2002


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!