Sah Umno menentang hukum Hudud & Qisas!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita telah mendengar Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu tidak mempunyai sebarang kuasa perundangan untuk memperkenalkan atau meluluskan apa-apa undang-undang jenayah, dakwa seorang peguam terkemuka, Zaid Ibrahim. Oleh itu, Zaid yang juga ketua Umno bahagian Kota Baru berkata Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Negeri Terengganu dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 adalah tidak sah dan tidak ada kuatkuasanya.

Ini semua alasan Umno/BN untuk menentang perundangan Islam di negara ini.

Memang sah Umno tidak suka undang-undang Islam dijalankan di dalam negara ini. Dari kenyataan salah seorang dari Barua Umno ini maka secara tidak langsung dia mahu mengekalkan undang-undang penjajah yang sudah lapuk itu. Kununnya bila undang-undang Hudud dan Qisas dijalankan di Kelantan dan Terengganu dia berkata "Saya kira kebebasan asasi yang saya sendiri nikmati sebagai rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan dan sebagai pemastautin negeri Kelantan, telah terancam oleh sebab cadangan perundangan tersebut.

Apa maksud dia terancam??? Adakah dia sedar bahawa undang-undang tersebut dibuat secara teliti oleh pakar-pakar yang mahir dalam bidang perundangan Islam tersebut bukannya dibuat oleh ulama-ulama Pas sahaja tetapi telah dibuat dengan kerjasama dari pakar-pakar luar negeri. Sepatutnya sebagai seorang Islam dia menyokong perundangan tersebut tapi sebaliknya dia pula sibuk nak menyaman kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu.

Apa sudah jadi dengan barua Umno ini??? Kalau kita sebagai seorang Islam sepatutnya patuh dengan hukum Islam walaupun kita tidak suka dengan cara orang lain yang memerintah disebabkan ideologi yang berlainan.

Kita berharap beliau menarik balik saman tersebut kerana ini hanya akan memalukan umat Islam kerana sekiranya perkara ini diambil tindakan oleh orang bukan Islam kita tidak hairan tapi bila orang Islam sendiri yang menentang perundangan Islam yang kununnya mengancam kebebasan beliau, kita sungguh terharu dan sedih mengapa orang Islam sendiri yang sanggup memusnahkan harapan orang Islam lain yang hendak menegakkan hukum Islam.

Sedarlah wahai orang Umno walaupun kita mempunyai berlainan idelogi tapi kita masih bersaudara dalam Islam tapi kalau Umno masih mahu menentang Islam tunggulah saatnya nanti kemusnahan parti Umno.

Semoga saudara sedar bahawa tugas kita sebagai Islam adalah untuk menyelamatkan umat Islam dari dijajah oleh fahaman sekular. Sepatutnya Malaysia yang sudah diikhtiraf oleh PM sebagai negara Islam mestilah menjalankan perundangan Islam sepenuhnya tapi malang sekali ada juga insan yang kununnya ahli pengasas dan presiden pertama bagi Persatuan Peguam-peguam Islam Malaysia dan Persatuan Pengguna Kelantan menjadi orang yang pertama menyaman perundangan Islam yang dijalankan oleh Kelantan dan Terengganu.

Diharap semua pihak yang prihatin dengan kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu harap bersabar kerana kebenaran dan keikhlasan pasti akan terbalas jua. Yang benar pasti beroleh kejayaan dan yang batil pasti akan menemui kehancuran. Sekian harap maklum.

Membangun bersama Islam.

Rakyat Malaysia Prihatin - 27.10.2002

 

FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!