Sebagai tanda patriotik kami...

Patriotik Orang Malaysia
Saya ingin berkongsi pendapat dengan pembaca sekelian mengenai patriotiknya orang Malaysia. Ada menteri menyebut tidak patriotik mereka
yang tidak mengibarkan bendera negara kita Malaysia. Saya adalah seorang yang sangat cinta kepada negara ini, maka saya sangat suka untuk mengibarkan bendera negara kita. Apakah dengan mengibarkan bendera sahaja sudah menandakan patriotik kita? Banyak perkara lain yang mengaitkan kita dengan patriotik: berjuang untuk keamanan negara, berjuang untuk keadilan negara, mempertingkatkan taraf hidup dan pendidikan diri dan rakyat keseluruhan tanpa mengira fahaman politik dan agama, meningkatkan tabungan dalam negara untuk kekukuhan ekonomi negara, meningkatkan taraf kesihatan rakyat dan mengizinkan rakyat memilih cara rawatan mengikut kemampuan masing-masing, sebagai contoh.

Di sini saya ingin mengajukan satu persoalan. Apakah masih ada patriotik dalam diri seseorang, sama ada dia rakyat biasa atau pemimpin, dalam keadaan
negara mengalami ekonomi yang tidak kukuh ini, seseorang itu menabung atau menyimpan wang ringgit yang berbillion itu di luar negara?

Kalau orang ini adalah patriotik, maka ia akan menyimpan wangnya dalam negara. Dengan itu aliran wang dalam negara akan bertambah. Dan, pendapatan rakyat akan bertambah dan tidak akan takut untuk berbelanja, semestinya dalam negara. Jadi, seseorang, termasuk pemimpin, yang menyimpan wang yang banyak (billion RM) di luar negara adalah tidak patriotik kepada negara sendiri. Jadi, bagi Pemimpin untuk menunjukkan mereka itu patriotik mestilah mengisytiharkan berapa simpanan mereka di dalam negara dan berapa di luar negara. Dan semestinyalah majoriti simpanan/asetnya hendaklah berada di dalam negara, barulah boleh disebut bahawa orang/pemimpin itu adalah patriotik kepada Negara sendiri.

Jika pemimpin tidak dapat menunjukkan patriotiknya kepada negara sendiri, bagaimana hendak di harapkan rakyat akan menunjukkan patriotiknya pula.

Kiriman Siglap 5 - 20.08.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!