Asli Tetapi Berbahaya: Adakah Susu Boleh Meragut Nyawa?
(Pure But Deadly - Is Milk Potentially Fatal?) Oleh Leslie Dungan - 19 Jun 2000
Adakah sesiapa yang mempunyai pendapat dan pengalaman yang relevan kepada pendekatan Prof Plant? Saintis British Jane Plant yang percaya pemakanan bebas bahan tenusu membantu beliau sembuh dari kanser buah dada, beritahu Katie Donovan.

 
Jika tertarik untuk membaham krim bun, beritahu diri anda bahawa lemak yang berbahaya itu akan menyebabkan sumbatan kepada pembuluh darah anda. Pilihlah yoghurt rendah lemak dengan susu skim dalam teh anda berterima kasih kepada atas penjagaan diri yang sebegitu. Fikirkanlah. Menurut satu buku baru tentang kanser buah dada (yang telah membunuh lebih 600 wanita di Ireland setiap tahun), bahan tenusu, sama ada rendah lemak atau penuh krim patut dielakkan sesiapa sahaja dengan kadar segera. (ia juga berkait dengan kanser prostat bagi lelaki, jadi ianya bermaksud untuk semua orang)

Prof Jane Plant CBE, penulis buku ‘Your Life in Your Hands’ telah didapati mengidap kanser buah dada 13 tahun lalu. Ketika itu ia berusia 42 tahun seorang geokomia yang berjaya (kini beliau adalah Ketua Saintis di British Geological Survey) dan menjalani kehidupan yang sihat menurut katanya. Tiada sejarah pengidap kanser buah dada dalam keluarganya. Beliau mengetahui yang ‘hanya 5-10 peratus kanser buah dada adalah akibat perwarisan genetik dan penyakit itu mungkin tidak selalu menyerang walau ke atas mereka yang membawa gen sebegitu.” Dalam kekeliruan dan ketakutan, beliau kembali kepada latihan Saintifik mencuba bagi mencari jalan bagaimana ia mendapat penyakit itu dan cara terbaik merawat dirinya.

Beliau mengamalkan pemakanan diet Bristol, menjalani mastektomi, menjalani radioterapi, ovarinya telah diradiasikan (menjadikan ia menopaus dan menghapuskan hormon oestrogen), beliau bertanya soalan dan menjalankan  banyak kajian. Semuanya sia-sia.

Tatkala kali kelima kanser itu membiak (merebak sehingga ke nodus limfa), beliau telah diberi terapi kimia dan tiga bulan untuk hidup. Beliau mendapat satu kebengkakan tumor sebesar telur di sebelah leher kanan.

Dalam perbincangan serius dengan suaminya yang juga seorang Saintis tentang kenapa di Barat seorang dari setiap 10 orang mendapat kanser buah dada (1 dalam 14 di Ireland), sementara di China hanya seorang wanita dari 10,000, pasangan itu mendapat jawapan yang mudah. Orang China tidak memakan bahan tenusu.

Plant menghentikan segala bahan tenusu dari pemakanan hariannya. Enam minggu kemudian, barah itu menghilang.
 
Apabila saya menemuinya ia kelihatan seperti remaja walau sudah berumur 50an, meminum the mint dan memakan sandwic tuna (tanpa keju dan mayonnaise). Beliau terus mengamalkan pemakanan tanpa bahan tenusu dan terus kekal tanpa kanser.

Meninggalkan terus bahan tenusu dalam dietnya adalah sebahagian dari rejimen sihat yang diamalkannya sepanjang mengidap penyakit itu termasuk mengambil tambahan folic acid dan zink, minum air yang dituras dan tidak pernah mengambil makanan yang dibungkus dalam plastik (phthalates, kimia karsinogenik yang bahaya, bocor dari plastik lembut ke dalam makanan)

Di sebalik usaha terbaiknya itu, hanya setelah beliau meninggalkan terus bahan tenusu yang barah itu menghilang. 63 wanita lain yang mengidap kanser buah dada dan mendapat nasihatnya turut sembuh setelah meninggalkan pemakanan bahan tenusu.

Jadi bagaimana, tanya saya yang bahan tenusu—yang amat digemari oleh orang Ireland dan British, begitu juga warga Amerika yang diet mereka meliputi 40 peratus bahan tenusu—mempunyai kesan yang membunuh? “susu dicipta sebagai makanan sempurna kepada anak kecil haiwan. Mereka tidak boleh makan makanan biasa lantas bergantung kepada susu bagi perkembangan dan pembezaan sel berjalan. Tetapi susu mengandungi kimia—faktor pertumbuhan seperti insulin ‘insulin-like growth factor’, atau IGF-1—yang mana remaja perempuan memilikinya bagi membantu perkembangan buah dada mereka. Sebatian kimia ini—yang dijadikan untuk merangsang pertumbuhan sel—boleh menghantar isyarat yang salah kepada tisu buah dada wanita dewasa.”

Beliau memetik kajian yang dibuat di Kanada dan AS dalam tahun 1998 yang telah menemui yang wanita pre-menopaus dengan kepekatan tinggi IGF-1 dalam darah mereka mempunyai risiko yang jauh tinggi dalam membentuk barah buah dada (kajian yang sama mendapati hubungkait antara IGF-1 dan barah prostat pada lelaki). Ubat yang bernama Tamoxifen yang digunakan ke atas perempuan dengan barah buah dada dikatakan berfungsi dengan cara menurunkan paras peredaran IGF-1.

“Lebih 70 peratus populasi dunia tidak berupaya menghadamkan gula susu, laktosa,” perhati beliau. “Intolerans kepada laktosa mungkin merupakan sistem amaran awal semula jadi yang: mungkin alam semula jadi cuba memberitahu kita yang makanan diambil itu salah.” Homegenisasi jelas hanya membolehkan kimia yang merangsang barah lebih cepat memasuki aliran darah.

Plant telah melakukan kerja rujukan: “Kajian epidemiologi telah menunjukkan hubungan positif antara penggunaan bahan tenusu dan risiko barah buah dada merujuk dua dekad. Kajian telah menunjukkan peningkatan risiko barah buah dada di kalangan wanita yang menggunakan susu dan/atau keju.”

Artikel penuh dan asal boleh didapati daripada link di bawah:
http://www.alkalizeforhealth.net/Lnotmilk6.htm
http://members.tripod.co.uk/AllThingsChildren/MilkCancer.htm
Terjemahan H-SPAR (suntingan M@RHAEN) - 19.03.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!