Re: Kenapa Marah-marah ni Dollah?
Oleh Sorayanii

Sebagai tanda patriotik kami...

Petikan:
Kenapa Marah-Marah ni Dollah? Oleh Dr Nologareng

“Dua hari lepas akhbar menyiarkan berita tentang betapa marahnya bakal PM si Abdullah Badawi apabila menyedari akan berlakunya penyeludupan beras yang sungguh merugikan ekonomi negara. Dengan penuh keegoan, Abdullah mula membebel dan mengugut untuk menggunakan ISA sebagai jalan penyelesaian bagi masalah penyeludupan itu. Masalah ini timbul apabila BERNAS yang telah mengambil-alih pengurusan beras negara dari LPN dalam tahun 1994 mengadu kerugian akibat penyeludupan beras serta jalan mudah untuk menghalalkan langkahnya memberhentikan 3,192 orang pekerjanya dengan penutupan beberapa buah gudang simpanan berasnya.

Akhbar telah melaporkan berlaku penyeludupan hampir 350,000 tan beras dari negara jiran yang memberi keuntungan lumayan kepada penyeludup sehingga RM105 juta. Manakala BERNAS mendakwa mengalami kerugian terkumpul sehingga RM27 juta daripada penyeludupan itu. Penyeludupan dikatakan dilakukan secara besar-besaran seolah-olah ianya operasi perniagaan yang sah.

Kita rakyat kecil tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan negara kita? Kakitangan yang berkaitan pencegahan itu memang mencukupi, bahkan setengahnya mengatakan sudah terlebih jumlahnya. Negara kita punya Unit Pencegah Penyeludupan UPP, PGA, Polis, Kastam dan Imigresen. Itu belum masuk dengan jumlah SB dan perisik tentera serta kaki repot dalam Umno dan BTN!! Kesemuanya bersenjata api siap dengan peralatan dan pengangkutan terkini. Kenapa agaknya masih berlaku penyeludupan dan terbolos oleh penjenayah amatur begitu? Jawapannya adalah rasuah!! Penggunaan ISA tidak akan menghentikan kegiatan penyeludupan. “



RE: Kenapa Marah-marah ni Dollah?
Assalamu’alaikum Salam Sejahtera dan Salam Reformasi

Nak sambung tulisan Dr Nologareng ………………

PakLah mengamuk pula….kali ini beliau nak membanteras penyeludupan beras yang ber maharajalela… mereka dilabel pengkhianat negara!!! “ISA”!!! ungkapan terakhir dan merupakan hadiah bagi pennyeludup yang tertangkap.

Keruh air di lautan ….. Bilis yang ditangkap jerung menggelupur  kepeningan…

Kesian PakLah….. bangkai gajah hanya ditutup dengan seluar dalamnya…. makin hari dua duanya makin membusuk   makin terbuka pekung….disiarkan berita didada akhbar Bernas kerugian RM27 juta akibat dari penyeludupan…..wow…  wow.. banyak nyeee.!!!

Itu berita arus Perdana!!! Berita atas pentas ada spotlight  boleh fokus sana sini tetapi berita dalaman yang tidak disiarkan bagaimana? Berita belakang pentas yang samar-samar, makin ke belakang makin gelap, tangan-tangan pun mula merayap dan menggagau  “Hak Milik Orang”

Rasuah dan penyelewengan kewangan bagaimana? tidakkah mereka juga pengkhianat negara? Penyeludupan beras dengan kapal dan kontena siapa dalangnya? Membabitkan orang besar dan Dato’-Dato’ profesional termasuk menjual “invoice” Bernas untuk masuk dengan kapal menghasilkan beras segera negara malahan kekayaan segera kepada yang bertuah. Hak ciptanya terpelihara termasuk “immunity”

Dengan limpahan beras “import halal dan haram” ini, ia telah mengakibatkan pengurangan hasil pendapatan petani disebabkan oleh potongan rendah, walaupun petani-petani telah menghasilkan kualiti padi terbaik

Kedatangan AFTA yang “diundang” akan menggugat hasil pendapatan para petani. Survival Bernas akan terancam dengan kehadirannya, di mana beras yang di import dari negara Asean; seperti  Myanmar Thailand Vietnam dan Kampuchea telah menghasilkan beras yang sememangnya bermutu tinggi. Harganya RM250.00 per ton berbanding dengan Beras tempatan berkualiti setara bernilai RM550.00 per ton. Perbezaan angka ini merupakan faktor utama merangsang pada penyeludup “bilis”. Daripada sudut ekonomi fakta ini juga akan merubah dan mencanak indeks kemiskinan para petani tempatan

Mendung kemiskinan para petani berarak lagi…… datangnya Era Globalisasi 2008 merundung malang, subsidi dihapuskan maka tempanglah ia tanpa sokongan mungkin rebah umpama pohon padi diputar taufan

Padahnya telah menimpa diri apabila LPN telah menswastakan kepada Bernas,siapa pemilik saham terbanyak dalam Bernas?  Ramai yang mengetahui, Shahidan Kassim dan proksi adalah ketua yang menguasai Bernas. Kerajaan telah mengamanahkan Bernas untuk mengawal harga padi dan beras untuk memulihara kepentingan petani yang terdiri majoritinya Melayu… tetapi hampa harapan Melayu, 10 taukeh Cina termasuk taukeh beras berjenama Jasmine juga memain peranan sebagai orang tengah… stok padi dalam genggaman… harga beras di hujung telunjuk mereka!!!! Para petani tidak akan melupai sejarah hitam ini dan akan menuntut bela ke atas penyelewengan dan pengkhianatan yang berlaku.

Yayasan Islam Perlis proksi Shahidan Kassim merupakan penyumbang utama saham Bernas, dahulunya kaya, berkat pemikiran dan usaha DS Anwar Ibrahim memperkasa tabung kewangan Islam sekarang sudah jatuh miskin angkara Shahidan Kassim yang tamak kuasa dan kekayaan Yayasan Islam yang terpedaya dengan janji manis Shahidan….. hanya mampu berdiam diri dan menyendiri bagaikan beruk terkejutkan dek halalintar hinggakan projek Sekolah Agama Yayasan Islam di Abi Tok Hashim masih belum boleh digunakan lagi. Nak salah siapa kerana membiarkan diceroboh dan dirogol kewangannya Shahidan kini sedang berkompromi mengharapkan  bailout akan berlaku seperti mana formula TS Tajudin Ramli @ MAS Scandal sudah pun menjadi kenyataan. Orang yang akan menjadi mangsa Shahidan kelak ialah Syed Mokhtar AlBukhary pemilik AlBukhary Group Alor Setar merangkap CEO Port Tanjung Pelepas Corp.,  beliau dihidangkan harga semasa saham Bernas RM2.00 (lebih kurang) dan dipujuk dan dirayu agar membeli harga tinggi iaitu RM 8.00 (lebih kurang)

Kalau tinggi gunung Everest, tinggi lagilah harapan Shahidan  Kassim. Itulah hajatnya untuk menduduki kerusi Menteri Besar Perlis dia rayu  kepada Mahathir dan PakLah agar diberi sepenggal lagi untuk pemulihan dan membaiki labu yang telah robek!!!!

Sekian serba ringkas sekadar maklumat

Wassalam

Sorayanii.Com
Indera Kayangan Perlis
25 Ogos 2003
DJ2@RMP: terima kasih….  atas keperihatinan anda….. (suntingan M@RHAEN 26.08.2003)


Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
Click Here!