TAG 1793:
Tsunami Asia Terbukti Jenayah Perang Terbesar Dalam Sejarah
(Asia Tsunami Proved Biggest War Crime in History)
Sementara media Barat terdesak mencuba alihkan tumpuan khalayak kepada angka meningkat skala Richter kepada 9.3, BBC, HMS Scott serta yang lainnya secara tidak sedar membuktikan secara konklusif yang kejadian ngeri pada 26 Disember 2004 adalah jenayah perang terbesar dirakam sejarah.
Copyright Joe Vialls, , 24 February 2005 - Laman M@RHAEN
Pada jam 00:58 GMT 26 Disember 2004, satu gelombang tajam primer tunggal (tekanan) telah dicipta pada dasar Jurang Sumatera, 155 batu Selatan-Barat Daya Wilayah Aceh Sumatera, Indonesia. Bergerak melalui bumi dan air pada kelajuan 18,000 batu sejam, gelombang ini tiba di Bandar Aceh tiga puluh dua saat kemudiannya, menyebabkan gegaran bumi kecil selama 13 saat, kira-kira sama tempoh dengan gelombang tekanan seismik yang terhasil oleh sebuah bom nuklear besar yang diletupkan di bawah tanah Nevada. Perhatikan gambar foto kanan ‘selepas’ kejadian di Tengah Bandar Aceh, yang terletak betul-betul di atas Garisan Gelinciran Sumatera, masih lagi kekal berdiri. Dalam tempoh senyap 22 minit berikutnya, tidak pun terdapat kecederaan, tiada kemusnahan serta gegaran susulan seismik. Kemudiannya tetiba tanpa sebarang amaran, ombak gergasi telah muncul menghanyutkan apa sahaja termasuk manusia dalam laluannya.
“Kematian serta kemusnahan telah melanda San Francisco. Dikejutkan oleh gegaran pada jam 5:13 pagi semalam, gempa bumi itu berlangsung selama 48 saat, dan diburukkan oleh kebakaran yang merebak merentasi kesemua arah, bandaraya itu menjadi padang jarak padang tekukur. Pada jam enam petang kelmarin api kebakaran menyemarak sehingga mengancam sebahagian bandaraya sedang mulanya ianya tidaklah begitu ketara pada awal kejadian. Bermula dengan tiga penjuru sejak awal pagi, api merebak sepanjang hari, tanpa menyentuh kawasan perniagaan yang memang sudah musnah seluruhnya, api terpadam di sedozen arah ke kawasan penempatan penduduk. Sebaik malam melabuhkan diri api sudah pun menjangkau sehingga bahagian Pantai Utara dan membakar sehingga ke Selatan mencecah bahagian perkapalan berdekatan pantai, memanjat ke kawasan bukit serta menuju ke Jalan Townsend dan Third.

“Gudang-gudang, rumah jualan borong serta pembuatan semuanya hangus terbakar. Ini menjadikan kemusnahan sempurna seluruh kawasan yang dikenali sebagai ‘South of Market Street’. Sejauh manakah api itu mengganas di Selatan dari selat tidak dapat diberitahu kerana bahagian Bandaraya itu masih terputus dari jangkauan akhbar San Francisco. Selepas hari menjadi gelap, ribuan mangsa yang kehilangan rumah bergerak dengan membawa bersama selimut serta barangan bantuan ke Taman Golden Gate serta pantai untuk berlindung.

“Bagi mereka yang berumah di kawasan bukit utara ke Lembah Hayes yang musnah melonggokkan harta benda mereka di jalanraya dan pedati ekspres serta juga automobil mengangkut kesemua barangan itu ke bahagian yang jarang diduduki. Setiap orang di San Francisco bersedia untuk meninggalkan Bandaraya itu kerana mereka amat percaya yang San Francisco akan musnah seluruhnya. Di kawasan pekan hampir semuanya ranap. Tiada bangunan perniagaan yang tersergam berdiri. Bangunan bangsawan runtuh sepenuhnya. Kilang-kilang serta bangunan pihak berkuasa hangus di tapak ianya berdiri sebelum ini.”

Begitulah nukilan muka hadapan akhbar ‘Call Chronicle Examiner’ San Francisco pada pagi 19 April 1906, tentu sahaja akhbar itu terpaksa dicetak menggunakan mesin yang terselamat yang terletak jauh dari Bandaraya itu. Ini ialah gempa bumi sebenar, tuan-tuan dan puan-puan, gempa bumi sebenar. Dan walaupun ia berukuran hanya 7.9 pada skala Richter, gelombang ganasnya yang terhasil oleh gempa bumi itu telah membelasah tanah permukaan seperti seekor ular gergasi, menyebabkan kerosakan bangunan di Portland, Oregon, lebih 530 batu jauhnya dari pusat gegaran di San Francisco. Enam minit kemudiannya berlaku gegaran susulan yang kuat, dan kemudiannya satu lagi gegaran susulan lima minit selepas itu.

San Francisco hancur, para Saintis yang terkejut dari seluruh Amerika berkumpul tidak terdaya melihat kerosakan geologi itu. Tanah telah terpokah sejauh 270 batu sepanjang Banjaran San Andreas, garisan gelinciran utama. Kawasan yang terletak timur dari banjaran itu telah bergerak ke Selatan secara relatif berbanding dengan kawasan Barat banjaran tersebut. Pergerakan terbesar ialah sekitar 21 kaki, 30 batu ke Barat-Laut San Francisco.

Jika tidak kerana beberapa juru gambar amatur di Banda Aceh pada Hari Membuka Kotak Hadiah (Boxing Day) 2004, kita mungkin sahaja akan diperbodohkan untuk mempercayai yang Sumatera seperti mana San Francisco telah dilanda gempa bumi secara alamiah (semula jadi), pertamanya dikayuh oleh NOAA Amerika kononnya pada 8.0 Skala Richter, dan kemudiannya tentu sahaja NOAA menyedari betapa angka 8.0 tidak mencukupi bagi melindungi sabotaj termonuklear itu, lantas mencipta angka ‘berubah’ Skala Richter bagi menjaga masalah perhubungan awam.

NOAA tanpa tangguh telah menaikkan dari 8.5 kepada 8.9, dan kemudiannya dari 9.0 kepada 9.1. akhirnya mereka berjaya menukar bacaan seismik Padang (ditunjukkan buat pertama kali pada muka berikutnya) kepada angka menakjubkan 9.3 Skala Richter, yang dikira mereka mencukupi bagi melindungi kemusnahan kepada paip penyejuk reaktor nuklear India di Chennai Selatan negeri Tamil Nadu. Reaktor itu memang berada dalam kedudukan selamat selama ini kerana Teluk Benggala tidak pernah mengalami tsunami dalam sejarah yang tercatat.

Pelbagai motif yang mungkin bagi jenayah perang dahsyat ini telah disentuh secara ringkas dalam Bahagian Pertama laporan ini, dengan reaktor nuklear Kalpakkam, 80 batu dari Chenna adalah sasaran yang utama. Sekiranya reaktor terbabit merekah terbuka seperti mana Chernobyl, hasilnya begitu dahsyat sekali sehinggakan pakatan baru Russia-China-India yang merupakan satu malapetaka kepada Wall Street, tentu sahaja dapat dilumpuhkan. Bukannya susah pun untuk membayangkan kegembiraan pada muka ahli-ahli Bank Dunia dan juga Tabung Kewangan Antarabangsa IMF, tatkala India merangkak dengan sopan memohon pinjaman yang besar.

Walaupun kemudahan Kalpakkam terselamat dari kerosakan besar, ianya hampir sahaja berlaku dengan kematian 30 Saintis atom serta juruteknik yang terbunuh akibat tsunami di Kompleks Kediaman berhampiran janakuasa itu. Dan sekiranya senjata thermonuklear yang diletakkan dalam Jurang Sumatera itu lebih kuat, Wall Street tentu sahaja berjaya seperti kata pepatah sambil menyelam minum air. Sebuah kompleks kuasa nuklear lebih besar yang dibiayai Russia yang menggunakan air laut bagi penyejukannya sudah hampir siap di Koondakulam, 900 km ke selatan Chennai berhampiran Kanyakumari, penghujung paling Selatan Semenanjung India yang telah dihentam teruk oleh (kejadian buatan unik) tsunami, yang di sesetengah tempat menjangkau setinggi 35 kaki.

Sekarang cuba bayangkan Asia Selatan sekiranya kedua-dua janakuasa itu (1) menjadi kritikal atau (2) retak, atau (3) kombinasi kedua-duanya. Kesemua peralatan nuklear itu berasal dari Russia, negara sama yang (ditimpa kemalangan) memberi kita bencana Chernobyl, kemudiannya menjual misil perkasa ‘Sunburn’ ke China, Iran, Syria serta Venezuela, dan mungkin juga memainkan peranan utama dalam serangan ke atas World Trade Center dalam tahun 2001. Kemungkinan bagi Wall Street amat panjang sekali. Sementara India mengetuk pintu IMF dengan kalutnya memohon pinjaman besar, para khadam setia Wall Street di PBB serta IAEA akan ditugaskan memburuk-burukkan serta mengharamkan teknologi nuklear Russia di seluruh dunia- tentu sahaja termasuk Iran dan Korea Utara. Lantas dalam kedudukan kemuflisan yang disebabkan oleh pencerobohan gila Afghanistan dan Iraq, Wall Street akan kembali bernafas dan gagah, dan ‘Kerajaan Tunggal Dunia’ akan masih boleh dicapai. Horree!

Tentu sahaja, kesemua dakwaan ini adalah konspirasi spekulatif pada tahap ini, namun faktanya hari ini harga minyak sudah menggaru sehingga USD 52 setong, manakala Dollar Amerika menjunam seperti seketul batu terhadap Euro, kedua-duanya tidak akan terjadi sekiranya jenayah perang tsunami berjaya. Secara teorinya, apa yang perlu kita lakukan sekarang bagi memaksa FBI menyiasat dan menghukum pesalah di Wall Street ialah dengan membuktikan secara saintifik betapa tsunami itu BUKAN kejadian secara alamiah, yang mana alasan kenapa laporan ini dibuat.

Bingkai (frame) tunggal yang disedut dari filem ‘kreatif’ BBC yang dianyam dari klip video amatur Banda Aceh memang kelabu, akan tetapi agak baik untuk diguna sebagai bukti. Bingkai gambar itu telah dirakam ‘di luar perkarangan hospital” di Banda Aceh selepas gegaran, jadi kenapa? Perhatikan dengan teliti bagaimana ramai orang yang sedang duduk serta berjalan secara normal dan tidak pun kelihatan ketakutan. Tidak terdapat kerosakan yang nyata kepada sebarang struktur, tidak pun terdapat kaca yang berderai di atas jalan. Para pembaca yang tidak biasa dengan Indonesia wajar menyedari yang gelagat duduk bersantai di tepian jalan adalah tingkahlaku yang diterima masyarakat, yang berlaku sepanjang masa.
Bahaya terbesar kepada pendokong ‘New Word Order’ tanpa ragu ialah kesemua gambar pita video dari Banda Aceh yang menyenakkan itu, yang tidak dapat diterangkan oleh ‘pakar’ media yang dikongkong mereka, kerana tiada siapa yang pasti berapa agaknya jumlah sebenar pita itu. Dalam kata lain, sekiranya mereka cuba menyekat video klip itu, apa akan terjadi sekiranya ‘flyer’ yang tidak diketahui muncul beberapa bulan kemudian dan membakul sampahkan pendapat ‘pakar gempa bumi’ dunia Barat yang tersohor itu?

Seperti yang diramalkan, media telah melakukan usaha terbaik dengan ‘mengadun’ beberapa klip berbeza dalam cubaan untuk mencipta ilusi palsu akan kesan (lalu menjadikan ia insiden sebenar) gempa bumi seperti di San Francisco, atau gempa bumi di lain-lain tempat, seperti gempa bumi berhampiran Pulau Bonin Jepun sekuat 5.5 pada 20 September 2003. Walaupun gegaran gempa bumi asli itu agak kecil, kekuatan 5.5 pada skala Richter menyebabkan terhasil gelombang mengoyak secara mengiring ‘transverse’ ia mampu merobohkan tembok kuil di Tokyo, sejauh 540 kilometer dari pusat gegaran Bonin. Dalam terma asas penyunting BBC “mencampur serta memadankan” beberapa gambar dari klip filem yang berbeza, lalu menyusunnya, malah turut menyiarkan dua klip dari dua kamera berbeza yang merakamkan gegaran yang sama- mengikut giliran. Helah sebegini membuatkan ‘gempa bumi’ itu kelihatan berlangsung selama dua kali tempoh asal yakni 26 saat. Dalam kelancaran kata-kata penyampai BBC, “dan gempa bumi itu berterusan…” walaupun hakikatnya ia tidak pun berlaku.

Bagi pembaca yang memilih untuk memainkan keseluruhan 2.2 minit propaganda BBC dalam muka berikutnya, akan menyedari yang gambar dirakamkan  selepas tsunami mula melanda pantai, telah diputar ke hadapan (ke arah permulaan) bagi filem berikutnya, lalu mencipta ilusi berkembar akan gegaran susulan serta kerosakan harta benda yang disebabkan oleh ‘gempa bumi’, sedangkan hakikatnya tidak pun berlaku gegaran susulan dan tiada kerosakan harta benda sehinggalah D+22.1 minit, masa di mana tsunami yang dipentaskan itu menyapu mereka yang malang dari muka bumi ini.

Hotel Kuala Tripa empat bintang Banda Aceh  telah dirakamkan selama 22.1 minit antara 13 saat gegaran serta kedatangan tsunami. Bangunan itu langsung tidak musnah dengan setiap tingkapnya kekal. Sesetengah penginap telah terjun melalui tingkap terkejut untuk melihat apa yang berlaku, kerana generator hotel yang menggerakkan lif serta telefon tetiba terhenti apabila gegaran melalui bandar itu. Pembaca patut sedar di sini bagaimana denyutan elektromagnetik dari senjata thermonuklear telah merosakkan kesemua peralatan elektrik dan kotak suis dalam tempoh mikrosaat.
Berikutnya ialah masalah bagi meyakinkan dunia betapa dua pelantar tektonik telah berlanggar dan bertembung, lantas mengocak sejumlah besar isi padu air yang perlu dalam menghasilkan ombak gergasi yang mengganas merentasi Lautan Hindi, menyapu bersih apa sahaja yang merintangi perjalanannya. Percayalah, ini adalah tugasan yang mustahil kerana ia tidak mungkin secara geologinya. Satu-satunya garisan lemah yang mampu menghasilkan lonjakan spontan ke atas yang besar (lalu terjadinya perpindahan isi padu air) dikenali sebagai Garisan Gelinciran Bertindih “Divergent Faultline”, seperti yang ditunjukkan oleh peta Rutger berwarna merah. Secara asasnya ini bermakna yang pelantar tektonik ditarik terpisah antara satu sama lain sehingga memungkinkan magma untuk melonjak di celah-celahnya. Kocakan air yang terpindah itu akan mencetuskan tsunami. Gempa bumi gergasi Alaska telah menyebabkan tsunami gergasi yang hampir serupa kerana adanya Garisan Lemah Bertindih seperti yang boleh anda lihat dalam peta..

Garisan Gelinciran Banjaran San Andreas tergolong dalam kelas kedua yang dipanggil Gelinciran Ubah bentuk “Transform Fault”, di mana dua pelantar tektonik bergeser antara satu sama lain yang diwarnakan merah jambu dalam peta itu. Ini telah menyebabkan kerosakan harta benda yang dahsyat dari getaran (seperti dalam gempa bumi San Francisco), akan tetapi tiada perpindahan isi padu air. Ingat, bagi menghasilkan tsunami, atau ombak kecil, isi padu air perlu dipindahkan oleh bahan lain. Ini adalah asas yang digaris oleh Prinsip Archimedes, jadi tak perlulah kita meleret di sini.

Akhirnya kita kembali kepada ‘gempa bumi palsu’ yang terjadi pada 26 Disember 2004, yang didakwa berlaku ke atas garisan lemah kelas ketiga yang dikenali sebagai Garisan Gelinciran Bertumpu ‘Convergent Faultline’ yang diwarnai hitam pada peta, di mana satu pelantar tektonik menyusup masuk dengan perlahan di bawah pelantar yang satu lagi, yangmana dalam kes ini Pelantar Indo-Australia telah menyusup ke arah Timur di bawah Pelantar Eurasion. Akan tetapi dalam kebanyakan kes melibatkan ‘Transform Fault’, pergerakan mengufuk sebegitu tidak menyebabkan perubahan kepada isi padu air yang besar sehingga terbentuk tsunami.


 

Kita perlu keluar dari bahan teknikal ini sepantas mungkin, kerana ia mempunyai kecenderungan untuk menyebabkan pembaca berdengkur tidur. Bosan! Jangan takut, sikit sahaja, kerana kita tidak boleh membuatkan kerajaan dan ‘saintis’ media mereka terlepas tanpa menyentuh kemustahilan yang terbesar itu. Sekali lagi saya berterima kasih kepada Archimedes walau di mana beliau berada kini.

Adalah merupakan satu fakta tatkala kejadian besar sebegini terjadi, berbagai jenis manusia mahukan ‘TERLIBAT’ beraksi, dan tidak selalunya kerana mereka adalah ahli perbankan korup yang cuba berbohong kepada dunia Barat. Akan tetapi persamaan yang terdapat dalam ‘ramai mereka’ ialah keberahian untuk mengesahkan pengumuman rasmi hari itu, yakni gempa bumi semula jadi telah berlaku di dasar bumi pesisir Sumatera yang membunuh  hampir setengah juta manusia ekoran tercetusnya ombak besar tsunami.

Begitu jugalah dengan kes di mana kapal pengukur British “HMS Scott”, yang mendekati Jurang Sumatera selepas kejadian musibah itu, yang diangkut penuh sehingga ke dek senjata dengan para saintis berjanggut yang memakai but getah dan kot. Kesemuanya begitu romantik dan manis, akan tetapi kesemua mereka telah bermula dengan salah, kerana mereka telah pun termakan dengan cerita “gempa bumi”. Dari sepatutnya menyiasat apakah gempa bumi benar-benar terjadi, para budiman itu juga terpedaya dengan penipuan media lantas bermula dengan menyiasat bagaimana  gempa bumi yang tidak dibuktikan itu terjadi.

Ini telah memilukan kakitangan HMS Scott, kerana tidak pun terdapat sebarang bahan bukti, di kawasan yang mereka secara sukarela mengaku tidak pernah membuat kajian pengukuran seismik sebelum ini. Opps! Jadi dari luar para saintis tersebut telah mengaku yang mereka hanya membuat agakan sahaja, atau lebih tepat lagi membenarkan peralatan seismik meneka bagi pihak mereka.

Cerita terbaik yang mampu terhasil ialah apabila Dr Wynn yang berkata: “Sebuah kawasan sebesar sebuah pekan kecil terjatuh dari cerunan jurang serta berkecai. Lapisan bahan-bahan itu telah bergerak sejauh 10 km ke bawah cerunan ke atas hamparan pelantar India dan kekal di situ. Kita tidak tahu dengan pasti sama ada itu disebabkan oleh gempa bumi baru-baru ini akan tetapi ianya kelihatan seperti kejadian baru (masih segar).”

Segar, Dr Wynn, segar? Bagaimana kamu tahu? Rujukan yang mahu dikait dengan petikan itu ialah ‘bandar kecil yang jatuh ke dasar jurang’, adalah penyebab kepada kejadian tsunami gergasi yang membunuh lebih suku juta manusia di Sumatera sahaja. Malangnya Dr Wynn telah terlupa akan Prinsip Archimedes.

Malangnya untuk operasi HMS Scott, Prinsip Archimedes membuktikan yang ‘bandar kecil’ itu tidak mungkin menjadi penyebab tsunami kerana ia sudah pun berada dalam air apabila didakwa telah pecah dan menggelongsor ke dalam dasar jurang yang mempunyai tekanan 10,000 p.s.i. ini bermakna yang jumlah air yang beralih pada dasar jurang dengan segera diisi oleh ruang kosong dari mana ‘bandar kecil’ itu terjatuh dalam jumlah isi padu yang sama. Jadi, mintak mahaf la Dr Wynn, isi padu air itu tidak mencukupi bagi terjadinya tsunami, tidak juga untuk tsunami bersais bayi.

Jika sebarang pembaca ingin membuktikan proses ini secara bebas, ianya amat mudah sekali. Harus diingat akan ukuran Jurang Sumatera yang amat besar itu, teruskan dengan ujian berikut: ambil dua butir batu seberat 4 auns dan letakkan secara berturut-turut pada dasar baldi 2 gelen. Sekarang secara perlahan isikan baldi itu dengan air dan tandakan aras penuh dengan penanda.

Kemudiannya, ambil sebatang jarum kait (yang setaranya) dan dengan cermat kuiskan batu yang di atas sekali sehingga ia jatuh ke tepi dan menghentam dasar baldi. Sekarang perhatikan yang aras atas air pada baldi tidak berubah langsung. Jadi dengan sedihnya, tidak berlaku tsunami dalam ujian ini…

Sekarang kembali kepada kehebatan geofizikal yang mungkin pada satu hari diharap dapat digunakan bagi membantu membuat hayunan tali gantung kepada Wolfowitz et al. Dalam gambar di atas, pelantar tektonik Indo-Australia (biru), dengan perlahan menyusup masuk ke bawah pelantar Tektonik Eurasian (biru muda) pada kadar 60 milimeter setahun.

Sejenak kita mengilap perihal teknikal, “Sumatera terletak pada pesisir benua yang aktif dan merupakan tapak subduksi sejak Zaman Mesozoik Awal. Pada ketika ini, subduksi di bawah pesisir itu menyerong, dan gerakan ini disekat ke orthogonal subduksi kerak Lautan Hindi di Jurang Sumatera anjakan melintang kanan sepanjang Sistem Gelinciran Sumatera ‘Sumatran Fault System’.”

Apa yang kita mesti ingat di sini ialah maklumat kritikal betapa Gelinciran Sumatera sepanjang 1900 km itu termasuk dalam sistem trench-parallel strike-slip fault systems yang sentiasa bergerak bersama dengan zon subduksi bagi menyesuaikan dengan pergerakan pelantar lipatan secara menyerong ‘oblique’. Pada zon subduksi, di mana satu pelantar bergerak di bawah satu pelantar lain, pelantar yang di atas juga terseret ke bawah ke arah kerak bumi sehingga ia mencapai kedalaman di mana suhu yang tinggi meleburkan sebahagian batuan. Magma yang terhasil akan melonjak sepanjang rekahan tegak dan sampai ke permukaan melalui liang gunung berapi di sepanjang garisan lemah.

Dalam bahasa mudah orang biasa, kesemua itu bermaksud yang Jurang Sumatera serta Gelinciran Sumateran yang ditunjukkan dalam gambar di atas saling bekerjasama. Sekiranya salah satu darinya bergerak, yang satu lagi turut berganjak, dan Gelinciran Sumateran terletak betul-betul di bawah jalanraya yang sibuk di Bandar Aceh, yang anehnya langsung tidak bergerak apabila gegaran ‘gempa bumi’ mengganggu bandar itu pada 26 Disember 2004.

Hakikatnya ialah gempa bumi secara alamiah yang cukup besar perlu bagi terjadinya tsunami yang besar memerlukan gegaran hebat di bawah pelantar Eurasia (sekitar 9.3 pada skala Richter), yang boleh melembutkan batuan dan secara automatik memuntahkan magma putih yang amat panas itu keluar dari gunung berapi yang dorman sepanjang pesisir ‘Gelinciran Sumatran’. Ingat, sistem Jurang serta gelinciran adalah saling berhubungan dan bergerak bersama-sama.

Bingkai gambar yang kelabu ini telah dirakamkan di Banda Aceh lebih kurang tiga puluh saat sebelum tsunami mengganas ke dalam bandar itu, yakni 22 minit selepas gegaran tunggal selama 13 saat. Anda boleh lihat orang ramai memaling ke belakang kerana bunyi bising yang menghampiri. Tidak pun terdapat kecederaan, atau kerosakan harta benda atau prasarana. Jadi anda sebagai rakyat awam dunia telah pun didedahkan dengan ilusi televisyen serta akhbar yang terbesar dalam sejarah kemanusiaan, yangmana sebahagian besarnya anda telah menelan bulat-bulat.
Untuk selama berminggu sekarang saya telah melihat rantaian berterusan politikus ‘penting’ yang melawat kawasan yang dihenyak tsunami dalam televisyen serta membuatkan saya terasa sinis meneka yang mana satukah mencari peluang bergambar, yangmana satukah berada di situ bagi menyauk wang tunai bantuan untuk disumbat ke dalam akaun peribadi Swiss Bank mereka, dan yang terpentingnya, siapakah kalangan mereka yang bermegah atas hasil tangan gila menggunakan nuklear.
 
Lebih separuh dari yang maut adalah orang Islam, yangmana pasti membuahkan senyuman pada muka pesalahnya di New York, kerana ini ialah peperangan sehala  berterusan terhadap orang Islam, Hindu mahupun orang biasa Kristian. Saya tidak mewakili sesiapa selain dari diri sendiri serta keluarga terdekat, yang kesemuanya berharap menyampaikan salam takziah kepada seluruh keluarga setengah juta mangsa seluruh dunia, dengan harapan ikhlas yang satu hari nanti kita akan berjaya mengesan serta menghapuskan kesemua penjenayah perang yang bertanggungjawab 
dalam kejahatan yang dahsyat ini.

Terjemahan N-SPAR
http://www.vialls.com/subliminalsuggestion/tsunami2.html - 07.03.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: