TAG 1846:
Mantan Agen British MI5 Berkata ‘Banyak Persamaan’ 
Antara Pengeboman London Dan 9/11

(Former British MI5 Agent Says 'Many Similarities' Between London Bombings And 9/11)
Oleh: Greg Szymanski – Arctic Beacon July 29, 2005    - Laman M@RHAEN
David Shayler,mantan agen perisikan British, berkata yang ia merasakan kedua-dua pengeboman London dan 9/11 adalah kemungkinan dipentaskan oleh kerajaan. Tambahan lagi, beliau mendakwa manusia bebas dunia kini sedang dalam keadaan perang dengan musuh dalaman dan samada demokrasi boleh bertahan atau pemerintahan fascis serta undang-undang tentera akan mengambil alih.

Dipenjarakan dalam tahun 2002 kerana mendedahkan kisah pembayaran yang dibuat oleh MI6 British kepada sebuah kumpulan pengganas Islam bagi membunuh Muammar Ghadaffi Libya, David Shayler minggu ini telah bercakap secara terbuka dari rumahnya di pantai Selatan England tentang apa yang beliau rasakan tentang pengeboman London dan 9/11 adalah peristiwa yang dipentaskan oleh kerajaan. Beliau mendakwa rakyat merdeka dunia ini sedang berperang dengan musuh dalaman dan apakah demokrasi akan bertahan atau fascis serta undang-undang tentera akan mengambilalih.

Mantan agen perisikan British ini telah dipenjarakan dalam tahun 2002 kerana mengaitkan kerajaan British dengan pembayaran kepada kumpulan militan Islam $160,000 dalam cubaan bunuh yang gagal ke atas Kolonel Muammar Ghaddafi Libya, minggu ini telah berkata yang pengeboman London bebaru ini mempunyai kesemua petanda bagi kerja orang dalam sepertimana 9/11.

“Ianya amat mengagumkan bagaimana banyak aspek dalam dua peristiwa itu begitu mirip sekali,” kata David Shayler, mantan agen MI5 dan pendedah rahsia dalam percakapan telefon minggu ini dari rumahnya di Timur Bonn di Pantai Selatan England.

Shayler yang merupakan duri dalam daging di pihak kerajaan British Tony Blair sejak dia telah mendedahkan dalam tahun 1997 tentang pengamalan rasuah yang berleluasa dalam kedua-dua cabang perisikan British, MI5 (domestik) dan MI6 (luar negara), berkata yang ia baru sahaja melihat butiran tentang serangan 7/7, namun apa yang disiarkan melalui akhbar dan laporan kerajaan menunjukkan corak serupa yang amat jelas kepada apa yang beliau panggil “jenis pengeliruan maklumat serupa seperti yang dimuntahkan selepas 9/11.”

“Pertamanya, kita diberitahu tentang latihan olok-olok yang sama seperti 9/11. Kemudiannya, mereka mengeluarkan bahan bukti yang mencurigakan yang kununnya ditinggalkan oleh pengebom sepantas itu juga gambar pengenalan mereka yang disyaki sama sepertimana dibuat pihak berkuasa AS selepas peristiwa 9/11,” kata beliau.

Shayler menambah betapa yang lebih mencurigakan ialah firma keselamatan swasta yang bertanggungjawab dalam latihan olok-olok sebelum kejadian 7/7 mempunyai hubungan dengan mantan Datuk Bandar New York Rudy Giuliani. Tambahan lagi, beliau juga menerima maklumat yang mengatakan salah satu nama yang dikatakan pengebom berani mati, yang gambarnya telah disiarkan oleh akhbar London, didapati masih hidup dan sihat walafiat di Pakistan.

“Sepertimana juga di Amerika Syarikat, kami di England turut dihujani dengan apa yang dilihat sebagai pengeliruanan maklumat dalam akhbar,” kata Shayler. “Jelas, salah seorang yang dikatakan sebagai pengebom berani mati telah didapati masih hidup sama seperti enam atau tujuh dari 19 perampas pesawat Arab yang juga didapati masih hidup selepas peristiwa 9/11.”

Apabila ditanya tentang sentimen di Britain terhadap Presiden Bush dan sokongan PM Tony Blair akan perang anti keganasan AS selepas pengeboman London yang meragut lebih 50 nyawa itu, beliau berkata:

“Untuk lebih bersopan, memang terdapat kebencian yang meluap terhadap Bush di segenap pelusuk London. Ramai rakyat Britain merasakan, sebagaimana saya sendiri, yang ia telah mendorong kita ke dalam peperangan ini dan ia sebenarnya bertanggungjawab menjadikan England tempat yang lebih berbahaya untuk tinggal berbanding dengan sebelum peperangan haram di Iraq.

“Dan selepas terdedahnya Memo Downing Street yang dengan jelas menjadi bahan bukti tahap tinggi dari ketua MI6 yang Bush dan Blair telah berbohong tentang ancaman SPM di Iraq, saya fikir kebanyakan rakyat British sudah meluat tetapi dalam masa yang sama bimbang akan apa yang bakal terjadi selepas ini.

“Rakyat British memang berharap benar untuk menyingkirkan Blair, tidak sepertimana Amerika, kami tidak mempunyai kaedah politik untuk melakukannya. Pun begitu, kebanyakan orang di sini merasakan yang Tony Blair sebenarnya bertindak seperti Wakil Tuan kepada Amerika berbanding sebagai PM England.

Selain dari mempercayai yang pengeboman London adalah kerja orang dalam, Shayler juga percaya yang 9/11 adalah kejadian yang dipentaskan, mengatakan yang penutupan bahan bukti kukuh serta akuan bersumpah saksi yang bercanggah dengan jalan cerita rasmi adalah resepi utama yang mendorong beliau untuk mempercayai yang kerajaan AS telah menyebabkan 9/11 dalam usaha untuk mencipta iklim ketakutan dan peperangan di seluruh dunia.

“Adalah merupakan satu jenayah untuk menghalang keadilan dan itu lah yang telah dibuat pihak berkuasa Amerika apabila mereka membenarkan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan FEMA bagi mengangkut kesemua bahan keluli dari WTC, dan menghantarnya ke China,” kata Shayler. “Jadi menutup bahan bukti sebegini menunjukkan yang pehak berkuasa sedang menyembunyikan sesuatu yang lebih besar, sesuatu yang perlu dijawab.

“Lebih banyak saya menelek 9/11, lebih yakin saya betapa ianya adalah satu peristiwa yang dipentaskan. Saya amat yakin yang kerajaan AS telah memanipulasikan kejadian itu- biarkan ia terjadi- bagi mencipta pemicuan bagi pencerobohan Afghanistan, pencerobohan Iraq dan sudah tentu apa yang sedang cuba mereka lakukan kini ialah pencerobohan yang pasti ke atas Iran dan Syria.”

Shayler berkata pemintasan FBI, kegagalan protokol pertahanan serta aktiviti yang mencurigakan oleh sejumlah pegawai dalam pelbagai agensi kerajaan pada hari-hari, minggu serta bulan-bulan menjelang 9/11 juga secara terus menuding ianya sebagai kerja orang dalam.

Selain dari gelagat aneh kerajaan serta penutupan bukti, beliau juga mencadangkan yang 9/11 juga kemungkinannya disengajakan berlaku, dari pandangan para strategis perisikan sebagai cubaan kudita yang besar untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan Amerika dan mengenakan undang-undang tentera yang keras.

“Anda perlu ingat betapa terdapat senjata yang dijumpai dalam pesawat yang tidak berlepas dalam 9/11. Kini orang telah membuat anggapan yang ianya mungkin digunakan untuk menyerang Rumah Putih atau Capitol Hill. Bagi saya ia kelihatan seperti satu cubaan bagi menghancurkan kerajaan Amerika dan mengisytiharkan darurat, hakikatnya satu kudita, kudita yang berdarah."

Membuat perbandingan antara bahan letupan yang digunakan dalam pengeboman IRA yang pernah ia siasat semasa bekerja dalam pemberontakan rakyat Ireland, beliau berkata yang ianya jelas mustahil bagi bahan api jet, sebagaimana kerajaan Amerika berpegang boleh meruntuhkan Menara Kembar.

Beliau telah membandingkan WTC dan pengeboman IRA di hadapan Bangunan Baltic Exchange di Bishopgate, dengan mengatakan seribu tan bahan letupan buatan sendiri telah digunakan tanpa meruntuhkan bangunan yang jauh lebih kecil itu.

”Jadi anda memberitahu saya yang Pusat dagangan Dunia itu runtuh disebabkan bahan api jet? Ianya sangat-sangat mencurigakan jika pun tidak mustahil,” kata Shayler. “Dan kemudian Tanya diri anda tentang apa yang menimpa bangunan no. 7. bagi saya ianya kelihatan seperti letupan terkawal.”

berkaitan dengan gambaran perisikan yang lebih besar dan juga keadaan dunia dengan meningkatnya keganasan yang kini meletus di London dan Mesir, Shayler melakarkan garis pertempuran yang dihadapi rakyat Amerika dan Britain.

“Biar jangan ada keraguan betapa rakyat dunia yang bebas kini sedang terlibat dalam peperangan,” kata Shayler, mencadangkan bagaimana pun musuh itu adalah dalaman di kalangan kita dan bukannya sekadar pengganas Islam radikal. “dalam masa beberapa tahun ke depan, kita akan melihat manusia dari dunia bebas akan bangun menentang kelompok fascis, yang kini sedang mewujudkan pentas bagi peperangan sejagat, atau kita akan melihat berakhirnya demokrasi sebagaimana kita tahu yang undang-undang tentera adalah hasil akhirnya.”

Shayler bermasalah dengan Kerajaan Britain dalam tahun 1997 selepas ia secara sukarela meninggalkan MI5 dan mendedahkan rahsia, didakwa mengambil dokumen sensitif serta menuduh dua agen MI6, David Watson serta Richard Bartlitt telah merancang pembunuhan Muammar Ghadaffi Libya dalam tahun 1996.

Beliau juga menuduh MI5 telah gagal dalam memberi amaran atau bertindak dalam serangan pengganas ke atas Kedutaan Israel dalam tahun 1994.
 
Selepas meninggalkan Britain, beliau telah ditangkap di Perancis, terperosk selama empat bulan di penjara Perancis dan ditahan tanpa sebarang pertuduhan. Sebaik dibebaskan beliau telah memenangi ekstradisi di mahkamah Perancis, namun secara sukarela mengambil keputusan kembali ke England pada tahun 2000.

Sebaik kembali, beliau telah dituduh melanggar Akta Rahsia Rasmi Kerajaan yang ketat itu, sebagai satu arahan menutup mulut yang dengan berkesannya termasuk liputan media di sekitar kes beliau.

“Saya telah dinafikan hak membela diri atau menunjukkan fakta kenapa saya bertindak demi kepentingan negara,” kata Shayler, yang telah didapati bersalah pada November 2002 dan dihukum enam bulan penjara, namun hanya menjalani tujuh minggu sahaja dari hukuman tersebut dan tujuh minggu tahanan dalam rumah.

Shayler, yang telah menyertai MI5 dalam tahun 1991 apabila tidak dapat mencari pekerjaan sebagai wartawan, berkata yang ia bukanlah calon unggulan untuk kerja itu, tidak pernah terfikir ia akan diambil bekerja selepas menyahut iklan yang menyembunyikan perihalan tugasan kerja tersebut.

“Sebelum itu saya adalah seorang wartawan dan datang dari latar belakang yang tidak sesuai bagi kerja sebegitu,” kata Shayler. “Saya benar-benar tidak tahu jenis kerja itu sehinggalah ke pusingan terakhir temuduga dan saya amat terkejut apabila diambil bekerja.

“Saya kekal dengan MI5 sehinggalah saya melihat kepada pembohongan serta penyelewengan. Apa yang saya mahu ialah memberitahu segala-gala yang benar, tidak lebih dari itu.”

Sejak beliau dibebaskan dari penjara, Shayler begitu sebok dengan lengkungan syarahan dan telah mengeluarkan buku dengan pengarang Annie Machon bertajuk “Perisik, Pembohongan dan Pendedah Rahsia.” “Spies, Lies and Whistle Blowers.”

Buku itu mengisahkan tentang pemberhentian nya dari MI5, apa yang terjadi selepas ia mendedahkan rahsia, kehidupan dalam pelarian di Eropah serta penangkapan dan pemenjaraan beliau.

http://www.arcticbeacon.com/articles/article/1518131/30339.htm

For more informative articles, go to www.arcticbeacon. com.
Last updated 30/07/2005

Terjemahan N-SPAR  - 01.08.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.