TAG 1847:
Plot London Semakin Ketara
Seperti Mana Juga Propagandanya

(London plot thickens, as does propaganda)
Oleh: Larry Chin - Online Journal Associate Editor  - Laman M@RHAEN
18 Julai, 2005—seperti mana juga dengan kes berikutan 9/11 dan semua peristiwa “keganasan” pasca 9/11, lagenda propaganda rasmi sedang dibina bagi menghalalkan apa jua keserakahan Anglo-Amerika yang pastinya akan menyusul.

Dalam pada itu, senarai persoalan yang tidak terjawab, kepelikan serta kecelaruan terus bercambah, seiringan dengan cerita kelentungan yang bersimpang siur dengan dramatik serta agitasi anti-Islam. Satu lagi kelentungan kerajaan dan media berskala besar sedang berlangsung.

Dua pemerhatian terkini oleh Xymphora tentang "Lahirnya Cerita rasmi Pengeboman London" (13 Julai) dan  "Banyak lagi tentang Pengeboman London" (15 Julai) menyediakan bahan analisis tentang keganjilan yang semakin bertambah. William Bowles dan Edward Teague menyoal, “Apakah "The 7/7 London Papers" ialah satu lagi tapak yang memberi aliran masa kejadian yang mendedahkan masalah dengan cerita rasmi kerajaan. Pengkaji bebas amat menggemari perihal ini bukannya media arus perdana, adalah satu-satunya kumpulan yang membuat penyiasatan penting ini.

Sudah pun menjadi pengetahuan betapa pihak berkuasa London dikatakan telah menerima amaran awal akan serangan pengganas—dari Israel. Begitu juga dengan Benjamin Netanyahu. Stratfor mengesahkan bukti akan pengetahuan awal dalam laporan ini: "Israel telah memberi amaran kepada UK akan kemungkinan serangan” (7 Julai). Penganalisisan oleh Bowles/Teague telah menimbulkan kecurigaan dalam banyak aspek akan timbulnya lagenda empat pengebom—versi hari ini akan “19 perampas” dalam peristiwa 9/11.

London sudah pun memainkan rentak yang terlalu mirip kepada Byzantine pembikinan propaganda keganasan 9/11 seperti yang diterangkan oleh Chaim Kupferberg. Seperti mana yang Bowles and Teague telah menulis, "tanpa keempat-empat lelaki itu bagi menceritakan kisah di pihak mereka, kesemuanya menjadi terlalu mudah untuk direka fakta bagi menyesuaikan dengan teori bagi menyempurnakan objektif ideologi yang lebih besar bagi negara untuk menyatakan yang mereka adalah “fanatik.”

Persamaan dengan 9/11 (dan Bali, Madrid serta lain-lainnya) adalah terlalu menjolok mata untuk tidak dipedulikan. Pengkaji dan aktivis Jeff Strahl menyatakan:

“Media dengan patuhnya mengikut sahaja apa yang dimuntahkan oleh kerajaan AS dan British, serta membaca segala skrip yang disuap berkaitan pengeboman London, walaupun butirannya diubah-ubah saban hari; tidak pun mereka berhenti seketika dengan longgokan cerita yang tidak masuk akal. Dan ini semua termasuklah media “progresif: sama ada The Nation ataupun Pacifica Radio, laksana seekor anjing tergedik ekor untuk membuktikan ketaatan betapa mereka tidak menyokong ‘pengganas’. Baca atau dengarlah semahunya, anda akan dapati tiada langsung rujukan kepada banyak persoalan yang timbul tentang kenyataan rasmi kerajaan. Ini amat mirip kepada bagaimana peristiwa 9/11 ditangani. Sekiranya rakyat tidak serius menekan media, propaganda mutakhirin ini akan menjadi ‘fakta’ seperti mana yang terjadi dalam 9/11, di mana butiran penting terus tidak diperiksa dan terkubur, di mana cerita rasmi kerajaan berterusan diterima di segenap peringkat politik.

“Kenapa dan bagaimana mantan PM Israel Benjamin Netanyahu memperolehi amaran untuk menjauhi tempat yang sepatutnya ia menyampaikan ucapan, yang terletak di atas salah satu kawasan yang meletup? Bagaimana ‘pengebom berani mati’ berhadapan dengan dakwaan awal polis tentang peralatan bom jangka? Kenapa mereka yang ‘disyaki’ meninggalkan kereta yang penuh dengan bahan letupan di lot pakir berbayar Luton, 30 jauhnya dari London? (Apakah mereka menjangkakan seseorang akan menjumpai kereta dan menggunakan bahan letupan itu sebaik-baiknya?) Apa pula ceritanya tentang latihan anti keganasan yang dirancang masa yang sama dengan pengeboman terjadi? Bagaimana mantan ketua Mossad Efraim Halevi, menulis dalam Jerusalem Post pada 7 Julai, pada hari serangan, yang ia tahu bom itu meledak secara serentak, (sedangkan polis London tidak pun mengulas demikian selama berhari-hari)? Dan bagaimana boleh ia mendakwa yang letupan itu ‘hampir sempurna’? kenapa agaknya ‘orang yang disyaki’ membawa bersama kad kredit dalam misi berani mati?

“Pihak berkuasa kini berkata yang bahan letupan yang telah digunakan itu bukannya gred tentera, tetapi buatan sendiri. Kelihatannya mereka kesukaran dalam menerangkan bagaimana penjahat itu memperolehi bahan gred tentera. Boston Herald melaporkan kelmarin yang salah seorang penjahat bukan sekadar membawa Kartu Pengenalannya, bahkan juga dokumen seorang yang lain. Bagaimana mungkin dokumen itu terselamat dari letupan yang telah pun menghancurkan tubuh badan mereka kepada ketulan kecil? Ini samalah dengan keajaiban pasport 9/11 yang muncul di celah runtuhan. “Orang yang dikatakan sebagai perancang telah ditahan di Mesir hari ini, namun ia telah menafikan sebarang perkaitan. Tidak cukup dengan kereta yang penuh bahan letupan, ia telah meninggalkan rumahnya yang penuh dengan bahan letupan, untuk seseorang lain jumpa dan menggunakannya. Mirip 9/11 sekali lagi, yakni kereta yang ditinggalkan di lapangan terbang dengan Al Quran serta manual penerbangan pesawat 767 dalam bahasa Arab.”

Peristiwa London juga memenuhi corak 9/11 dalam beberapa cara. Tidak langsung disebut akan hakikat betapa 1) “keganasan Islam”, termasuk Al Qaeda adalah ciptaan perisikan tentera Anglo-Amerika, 2) kesemua kumpulan itu terus menjadi alat penting akan polisi Anglo-Amerika- secara langsung mahupun tidak telah dipandu dan dikuasai oleh CIA, MI6 serta agensi perisikan sekutu seperti ISI Pakistan.

Menurut laporan baru, sesetengah dari empat pengebom itu telah dilatih di Pakistan—namun tidak ada pun langsung dalam media tentang jenis latihan itu. Pakistan dan ISI kekal menjadi gajah dalam ruang tamu pasca 9/11.

Tatkala Bush dan Blair bergaya di depan kamera, sebagai satu-satunya pengaut untung kengerian itu, kesan buruk terhadap orang Islam kembali terbakar. Liputan Majalah Time (18 Julai) adalah begitu tipikal sekali. Menjenguk beberapa artikel mengenai London, Time dengan pantas melonggokkan tanggungjawab kepada “jihadis”, “Jihadisma”, “Bin Ladenism” ,“sekelompok jihadis” serta “pengganas “Al Qaeda, memetik pelbagai teori konspirasi dari para Pegawai serta “pakar keselamatan” yang terdesak untuk mengaitkan pengeboman itu dengan “fanatik Al Qaeda”. Kesemua itu dilakukan sebelum sebarang bukti fakta diperolehi untuk menyokong pelbagai kesimpulan tadi.

Apa yang lebih menjolok mata, akan tetapi bukan itu tujuannya, ialah tulisan Michael Elliot dalam Tajuk Utama Time yang berbunyi:

“Menurut satu laporan sulit yang dikeluarkan sehari selepas pengeboman oleh sebuah firma keselamatan swasta London, Aegis Defense Services Ltd, yang sering dibaca oleh Pegawai Pentagon, pasukan itu mungkin empat hingga lima anggota…Laporan Aegis mengatakan yang adalah mungkin bahan letupan itu telah “dibina oleh seorang pembuat bom yang berpengalaman, mungkin datang ke UK bagi tujuan khusus tersebut.”

Aegis dan Ketuanya Tim Spicer terlibat dengan intimnya dalam operasi Pentagon di Iraq. Spicer juga telah dikaitkan dengan pembunuhan di Ireland Utara dalam tahun 1990an. Aegis juga dikaitkan dengan penajaan akan kudita yang dibatalkan di  negara Barat Afrika Equatorial Guinea, yang menyebabkan tertangkapnya Sir Mark Thatcher, anak lelaki kepada mantan PM British Margaret Thatcher.

Bagaimana Aegis telah membuat kesimpulan betapa pembuat bom itu adalah orang asing sedangkan bukti sedemikian tidak pun wujud? Apakah peranan firma keselamatan British ini dalam membantu perancangan “perang menentang keganasan” Washington-London, dan apakah laporan sulit yang “telah dilihat dan dibaca oleh pegawai Pentagon?”

Britain dan “Keganasan”

Keganasan British menyorot sehingga ke era Empayar British dahulu, dan sejak tahun 1970an, termasuklah penciptaan serta menggerakkan kumpulan “keganasan Islam” di seluruh dunia, bersama-sama dengan AS dan rakan perisikan yang disokong AS yang memainkan permainan yang sama. Hubungan ini kekal sehingga ke hari ini.

Ianya adalah soal fakta yang terakam, yang didedahkan oleh Michel Chossudovsky  Perang dan Globalisasi (War and Globalisation) serta lainnya, yang tentera Mujahidin dan "Jihad Islamic" dari Timur Tengah dan Asia Tengah telah diambil dan dilatih  oleh M16 British serta Pasukan Khas British SAS, bagi bertempur bersama-sama anggota KLA, menyokong usaha peperangan NATO.

Dalam buku Crossing The Rubicon, Mike Ruppert menyatakan:

“Great Britain—salah satu dari teraju utama menyokong KLA di Kososvo—juga mengekalkan hubungan sulit dengan Osama dan Al Qaeda yang berkhidmat untuk kepentingannya. Dalam tahun 1996, perisikan luar Britain MI6, telah membiaya serta bekerjasama dengan al Qaeda dalam plot untuk membunuh serta menjatuhkan Muammar Ghadaffi Libya. Butiran lengkap hubungan itu timbul setelah pegawai perisikan dalaman Britain MI5, David Shayler mendedahkan kepada awam dengan dokumen yang memperincikan hubungan Britain dan Osama.

“Dalam bulan November 2002—dalam kegemparan 9/11—tatkala perbicaraan Shayler (agen MI5) telah membawa kes itu perhatian masyarakat, kerajaan British telah melakukan pendekatan Akta Keselamatan Negara bagi menyembunyikan maklumat yang memalukan itu. Usaha kerajaan sehingga ke tahap mengeluarkan notis “D” oleh PM Tony Blair yang menghendaki cerita yang disiarkan sebelum ini ditarik balik dan dikeluarkan dari tapak web awam…

“Urusan Britain dengan Osama bin Laden sehingga kepada membenarkan lelaki itu melawat negara mereka sedangkan ketika itu beliau adalah orang yang dikehendaki. Sebagaimana dinyatakan dalam tahun 1998, ‘penerbitan internet Peranchis Indigo telah melaporkan yang Osama telah menjadi tetamu Perisikan British pada 1996, dan pemegang harta beliau baru-baru ini telah berpaling tadah ke Arab Saudi apabila faksi berbeza telah mengalih pakatan bagi kempen baru di Timur Tengah.”

Musuh Yang Sebenar

Tiada apa yang berubah sejak 9/11. selagi Bush-Blair-Sharon menjadi nakhoda perjalanan peristiwa, tidak akan ada perubahan. Di mana tidak ada hubung-kait kepada “Al Qaeda” atau “fanatic Islam” sebenarnya wujud, dalam cara untuk menghalalkan “peperangan menentang keganasan” ia akan diada-adakan. Kebenaran hakiki dalam persekitaran pasca 9/11, dengan meminjam kata-kata Alberto Gonzales yang korup ialah “ide yang menarik” dalam zaman jenayah serta kelentungan kerajaan begitu terbuka dan berleluasa. Terdapat perbahasan tentang kemungkinan yang London mempunyai elemen keganasan “sebenar”, “makan diri” atau “pembalasan”  (lihat "The Global Battlefield: We Are Standing On It"), atau mungkin juga campuran dari "dibuat untuk berlaku" dan “dibenarkan terjadi”.

Lima tahun berterusan “Perang menentang keganasan” telah melepasi tahap yang boleh berpatah kembali, ianya telah meninggalkan garisan antara keganasan yang diada-adakan (didalangi agensi perisikan) dan keganasan “sebenar” (tindak balas kepada provokasi dan polisi) sungguh kabur. Apa pun, perbincangan ini ialah akademik.
.
“Penyebab asal” akan keganasan moden ialah geostrategi jenayah Washington, London serta Tel Aviv. Orde Baru Dunia mengalu-alukan kekacauan dan kemelut- tanpa mempedulikan pengkhususan atau sebarang jenis peristiwa. Faktanya itu yang amat dipentingkan, kerana perang ini akan berterusan menghenyak kemanusiaan.

Pandangan yang dinyatakan di sini ialah milik penulis dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Jurnal Online.
Email editor@onlinejournal.com

Copyright © 1998-2005 Online Journal™. All rights reserved.

http://www.onlinejournal.com/Commentary/071805Chin/071805chin.html

Terjemahan N-SPAR  - 03.08.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.