Adakah Malaysia Mengikut Model Kamal Ataturk? (Siri Kelima)
Di dalam negara Turki pula, Mustafa Kamal Ataturk mula membina ketokohannya di dalarn angkatan tentera. Pengaruhnya semakin luas dalam jangkamasa 10 tahun beliau mula merancang rampasan kuasa. Pada peringkat awal, Mustafa Kamal Ataturk mengelabui mata umat Islam dengan berpura-pura sembahyang, hidup beragama dan seolah-olah ingin berjihad. Beliau menentang Barat. Tetapi setelah mendapat kepercayaan rakyat, beliau mula melaksanakan perancangan jahatnya.

Perjuangan awalnya didasarkan kepada semangat nasionalisme. Beliau menganggotai parti Watan yang bersifat revolusi dan liberal. Kemudian barulah beliau menyertai “The Young Turks” pada tahun 1908. The Young Turks ditubuhkan dengan bantuan dan biaya Freemason. Midhal Pasha, pengasasnya adalah Yahudi Dunnama. Beliaulah yang mula-mula terpengaruh dengan ajaran Revolusi Perancis. Oleh sebab itulah, slogan perjuangan adalah sama iaitu "Liberty, Equality and Fraternity".  Selain daripada itu pengasas “The Young Turks” juga ialah Talaaf, juga seorang Yahudi. Apabila “The Young Turks” berada di bawah pimpinan seorang lagi Yahudi bernama Ibrahim Taimu, barulah dilancarkan serangan-serangan agresif untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid Il.

Bagi Mustafa Kamal Ataturk pula, beliau aktif secara terang-terangan setelah pengaruhnya makin meluas. Dalam jangkamasa 10 tahun barulah beliau merancang rampasan kuasa. Dalam Perang Dunia I, beliau dikatakan berjaya memimpin angkatan tentera Turki mempertahankan wilayah Turki daripada serangan Eropah (Greece, Itali dan Peranchis). Namun hakikatnya, bukan begitu. Eropah berundur setelah Kamal Ataturk bersetuju dengan syarat syarat mereka. Antara syarat-syarat itu ialah:

1. Menghapuskan Khalifah Usmaniah. Usir khalifah dari Turki dan sita hartanya.
2. Turki mesti menghapuskan semua gerakan Islam, sufi dan sebarang kumpulan yang ada kaitan dengan Islam.
3. Turki mesti memutuskan hubungan dengan negara-negara Islam.
4. Turki mesti mengambil undang-undang Barat (moden) menggantikan perlembagaan Islam.

Tindakan Kamal Ataturk menyetujui perjanjian itu sangat memuaskan hati Barat. Sewaktu Cruzon, Menteri Luar Inggeris membentangkan soal Turki di Dewan Parlimen Inggeris, ramai perwakilan membangkang tindakan Inggeris yang begitu cepat mengiktiraf kemerdekaan Republik Turki yang menurut mereka ada kemungkinan menyatukan semula negara-negara umat Islam untuk menyerang Barat. Lantas Menteri Luar Negeri Inggeris itu menjawab dengan yakin.

"Kita sudah lenyapkan Turki dan selepas ini ia tidak akan muncul lagi, sebab kita telah memusnahkan dua kekuatannya iaitu Islam dan khalifah."

Dengan bantuan media massa yang didalangi oleh Yahudi, penyiaran berita mengenai keburukan Sultan Abdul Hamid bin Abdul Majid (1842-1918) dibesar-besarkan. Ini disebabkan walaupun Sultan Abdul Hamid seorang pemerintah yang lemah tetapi baginda sangat keras dan begitu membenci orang Yahudi. Senjata ampuh untuk mencerai-beraikan Empayar Usmaniyah dari luar dan dari dalam ialah nasionalisme (semangat kebangsaan). Yahudi telah menyemarakkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat Arab yang berada di negara-negara di bawah naungan Empayar Usmaniyah dan pada rakyat Turki sendiri. Dengan semangat nasionalisme itulah institusi kekhalifahan sultan dijatuhkan.

Sultan dicap sebagai pengkhianat bangsa kerana boros, jumud dan anti-kemajuan. Yahudi sedar jika kekhalifahan masih diterima oleh umat Islam, mereka akan bersatu walaupun mereka berasal dari berbagai-bagai bangsa. Kesatuan sejagat ini walaupun telah lemah tetapi mesti dihancurkan terus kerana ketika itu majoriti dunia Islam masih mengakui sultan sebagai khalifah bagi seluruh kaum Muslimin. Lord Balfour pernah menghantar kawat kepada Sharif Hussein dengan katanya:

"Sewaktu Barat telah memutuskan untuk menyokong Arab dalam perjuangannya untuk menghidupkan kembali Empayar Arab dan melenyapkan, segala usaha yang dibuat oleh Turki untuk memecah-belahkan bangsa Arab."

(Bersambung ke Siri Keenam)

Di susun oleh: Umat Prihatin - 27.09.2002
Adakah Malaysia Mengikut Model Kamal Ataturk? (Siri 4)
Adakah Malaysia Mengikut Model Kamal Ataturk? (Siri 3)
Adakah Malaysia Mengikut Model Kamal Ataturk? (Siri 2)
Adakah Malaysia Mengikut Model Kamal Ataturk? (Siri 1)


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!