Sebagai tanda patriotik kami...

Bukti Nyata Alam Ini Ada Pencipta
Tentu sesiapa saja pernah lihat bagaimana sebuah komputer dibuat dari mula–mula sehingga siap sepenuhnya, atau sebuah kereta, atau sebuah basikal, atau sebuah almari,atau sebuah labu sayung atau sebuah buku tebal, atau satu jilid kertas assignment.

Sebuah basikal sebelum siap sepenuhnya ialah sebuah rangka besi, kemudian dipasang dua “tyre” padanya, kemudian dibelitkan rantai besi pada “paddle”nya supaya tersambung dengan tayar belakang, kemudian dipasangkan brake dan talinya, kemudian di“screw”pada basikal itu lampu di hadapan dan belakang, kemudian digelangkan pada “handle”nya loceng atau tidak digelangkan, sehingga akhirnya jadilah sebuah basikal yang lengkap.

Lihat pula pada labu sayung. Mula-mula disediakan dasarnya, kemudian daripada dasar itu dibentukkan perutnya, kemudian diuli naik menjadi pinggangnya, kemudian dari pinggang dipanjangkan menjadi lehernya, sedikit demi sedikit sehingga kemudian menjadi bibirnya, sehingga terbentuk sebuah labu sayung mentah.

Jika sebuah almari pula pertama sekalinya disediakan rangka kayunya, kemudian pada rangka itu dipasangkan dinding–dinding yang menutup tepi dan belakangnya, kemudian diisi papan rak ke dalamnya sehingga ia kelihatan terpelahang dilihat ketika itu kerana tiada pintu. Kemudian diengselkan padanya pintu – pintu yang memagar bahagian depannya, kemudian pada pintu itu di pasangkan cermin-cermin yang lutcahaya, sehingga siaplah sebuah benda diberi nama almari kayu pintu cermin.

 Atau semudah sebuah jilid buku assignment. Bermula daripada kertas–kertas kosong , kemudian kertas–kertas ditaipkan menjadi penuh kertas itu dengan huruf–huruf, kemudian tepi kertas itu dilubangkan, kemudian kertas itu disusun bertindan -tindan, kemudian ditutup ia dengan “cover” di depan dan belakang, kemudian dipasangkan pada lubang–lubang itu tetulang sehingga terbentuklah ia seperti sebuah buku tebal.

Apakah basikal, labu sayung, almari, dan jilid assignment itu terjadi secara sekelip mata, atau tiba-tiba sahaja terjadi, atau terjadi dengan sendirinya? Tidak… Jawapannya ada yang menjadi pembuatnya.

Dan kalau begitu lihatlah pula pada sebiji benih yang ditanam, kemudian tumbuh pucuknya, kemudian batangnya membesar kemudian tumbuh rantingnya menjadi pokok renek, kemudian ranting–ranting itu ditumbuhi daun-daun, kemudian pohon renek itu membesar kemudian ia berbunga, kemudian ia berbuah.

Juga pada kejadian manusia, daripada sperma dan ovum kemudian membahagi menjadi embrio, kemudian dari embrio itu terbentuk zigot, kemudian tumbuh anggota badannya menjadi fetus, kemudian fetus itu dilahirkan berupa bayi, kemudian bayi itu membesar menjadi kanak–kanak, kemudian membesar sehingga remaja, kemudian menjadi dewasa dan kemudian umur tua dia nyanyuk kemudian meninggal dunia.

Atau pada diri sendiri sekarang ini, pada rambut atau kuku yang mula–mula pendek, kemudian dibiarkan panjang dan dipotong kemudian ia tumbuh semula, kemudian di potong kemudian ia tumbuh lagi dan lagi.

Lihat juga pada rama–rama sebelum ia wujud sebagai seekor rama–rama. Dari telur mulanya lalu menetas menjadi beluncas yang hijau, lalu beluncas itu membesar dengan makan daun–daun di tempat tinggalnya, lalu beluncas itu membalut diri menjadi kepompong, lalu daripada kepompong itu beberapa hari kemudian lahirlah seekor rama- rama yang cantik.

Atau juga pada telur katak yang terapung di air, kemudian dari telur itu lahir berudu yang rupanya seperti anak ikan, kemudian tumbuh kaki dan tangan pada badannya, kemudian ekornya menghilang perlahan–lahan, sehingga ia berupa katak yang boleh mengembungkan dirinya seperti belon.

Apakah pokok, manusia, rambut, kuku, rama-rama dan katak itu terjadi secara sekelip mata, atau tiba-tiba sahaja terjadi, atau terjadi dengan sendirinya? Tidak... jawapannya tentu ada yang membuatnya.

Apa belum cukupkah bukti, bahawa alam ini ada penciptanya? Wallahu a’lam.

Oleh Umar Sadiq - 01.09.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!