Sebagai tanda patriotik kami...

Siri Ketiga: Antara Kejujuran dan Cerdik
Kehidupan bermakna kebebasan, juga bererti kemerdekaan daripada penaklukan orang lain ke atas diri sendiri. Namun burung yang terbang tinggi takkan boleh lepas bebas daripada bumbung langit. Akar yang menyelinap merayap dalam tanah di bumi yang sebelah sini takkan mampu tembus ke bumi yang
sebelah sana. Tiada yang mampu lepas daripada dunia yang memenjara di sini.

Mampukah pilihan terbaik dibuat, apabila diri sendiri terbebas dalam sangkar dunia, saat orang ramai tertanya–tanya: antara KEJUJURAN dan CERDIK yang mana lebih berharga?

Kebolehan mencipta virus komputer dianggap cerdik tetapi apa guna jika penularannya memusnahkan jutaan sistem komputer. Begitu juga sesuatu “illegally downloading” daripada internet (contohnya, lagu dan filem yang disiar rompak) yang cepat, mudah dan jimat tetapi putihlah mata pengeluar dan
penerbit asal bila produk mereka menjadi barang percuma.

Wahai sahabat ke manakah kamu ingin pergi?? Apabila kejujuran dan cerdik tidak lagi berjalan sekali… Aku kembali kepada jalan yang satu ini… Jalan hidayah penyuluhnya cahaya Ilahi.

Tanyalah sama ada kita boleh berubah, apabila kita melihat pada pengurus projek yang menerima rasuah.

Pengurus itu menerima wang rasuah RM500,000. Tentu yang diharapkan daripada perbuatan itu ialah kekayaan berupa wang yang banyak dan kesenangan hidup. Namun dia lupa yang memberi rezeki berupa harta kekayaan ialah Tuhan, yang melapangkan, memberi kesenangan hidup juga Tuhan. Tetapi Tuhan yang memberi kekayaan dan kesenangan itu tidak mengizinkan perbuatan rasuah. Habis, bagaimana boleh dia mendapatkan kekayaan dan kesenangan dengan cara begitu? Dia tidak akan dapat melainkan duit RM500,000 yang tidak berkat. Hatinya tidak akan tenang dan hartanya akan habis hilang. Segala masa, tenaga dan fikirannya jadi sia–sia.

Begitulah BODOHnya orang yang berbuat dosa, dan ruginya manusia yang melakukan kejahatan. Jika begitu cerdiklah orang yang mengumpulkan pahala, dan beruntunglah mukmin yang berbuat kebaikan.

Dan hari ini jika ada yang bertanya: Antara kejujuran dan cerdik yang mana hendak didahulukan? Penulis menjawab: Tinggalkanlah segala dosa dan kejahatan, nescaya kejujuran dan cerdik akan berjalan seiringan.

p/s: Sabda Rasululah s.a.w.: "Bahawa orang yang berhijrah itu adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah." Wallahu a'lam.

Oleh Umar Sadiq - 03.09.2003 (suntingan M@RHAEN)


Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!