Sebagai tanda patriotik kami...

Siri Keempat: Tuhanku Memang Samseng...
Samseng
dari sudut bahasanya adalah sebuah diksi Cina yang dipinjam lalu diterima-pakai dalam bahasa Melayu sebagai memperkayakan lagi istilah–istilah bahasa Melayu. Kita boleh merujuk Kamus Dewan terbitan DBP yang mengiyakan pernyataan ini. Sejauh manakah istilah samseng ini difahami oleh kita sehingga kita beriya–iya benar membahaskannya sehingga hampir putus urat leher dan pening–pening kepala. Mari saya bawakan anda sejarah bagaimana perkataan samseng ini telah diguna-pakai dengan meluas dalam kehidupan masyarakat Cina.

Pada zaman dahulu, kegiatan kongsi gelap amat meluas dan bertebaran dalam masyarakat Cina. Sejak di negeri China lagi, sehingga di bawa ke Tanah Melayu, kegiatan kongsi gelap amat berleluasa tetapi kegiatan ini ketika itu adalah sebuah kegiatan yang diterima oleh masyarakat. Kongsi gelap bermaksud sebuah kegiatan yang dikepalai oleh seorang “samseng” sebagai ketua dan “taiko–taiko” sebagai pengikutnya. Biasanya sebuah kongsi gelap akan memegang sebuah kawasan untuk dijaganya. Selain itu, kegiatan kongsi gelap juga adalah sebagai sebuah kegiatan “perniagaan perkhidmatan” yang perkhidmatannya biasanya dibayar dengan harga yang mahal.

Bagaimana sebuah kongsi gelap berfungsi ialah ia ditadbir oleh seorang kepala yang dipanggil “samseng”. “Samseng” ini sangat berpengaruh dan dia berfungsi sebagai penggerak, master-mind dan perancang utama dalam sesebuah kongsi gelap. Bagaimana untuk menjadi seorang “samseng” bukanlah mudah. Kriteria seorang “samseng” mestilah berkarisma, berkebolehan memimpin, berani, bijak membuat keputusan, handal berlawan senjata dan lain–lain ciri yang perlu bagi seorang ketua yang gah. Kehandalan dan kegagahan si “samseng” ini amat perlu bagi menggerakkan kongsi gelapnya.

Bagi seorang ketua kongsi gelap, pengikut–pengikutnya digelar “taiko–taiko”. Taiko–taiko ini berfungsi pula sebagai pengikut setia yang rela melakukan apa sahaja termasuk membunuh, merompak, mencuri, merampas harta, berlawan dan lain-lain seperti yang diarahkan oleh ketuanya iaitu kepala “samseng”. Samseng dan taiko-taikonya ini akan mendapat habuan biasanya dibayar oleh “pelanggan” yang mengupahnya atau mereka memperoleh harta sendiri dengan mencuri dan sebagainya.

Begitu gagah dan handalnya sebuah kongsi gelap yang diketuai oleh “samseng” dan juga taiko–taiko sebagai pengikutnya sehingga masyarakat memuliakan mereka dan kongsi gelap–kongsi gelap ini diberikan taraf yang tinggi dalam masyarakat dahulu. Dalam Sejarah, Raja–Raja Melayu sendiri pernah meminta bantuan kongsi gelap dalam menyelesaikan masalah negeri. Jika anda tidak percaya rujuklah lembaran sejarah.

Sebagai contoh yang dekat untuk masa sekarang, seorang samseng yang terkenal ialah Samseng Botak Chin. “Beliau” tidak dipanggil Taiko Botak Chin kerana “jawatan yang dipegangnya” ialah ketua kongsi gelap. Sebab itu “beliau” digelar Samseng Botak Chin.

Seorang samseng pula dikatakan bersifat handal, gagah, sombong dan takbur dan yang serupa dengannya. Perkataan atau sifat inilah iaitu handal, gagah ini diterjemahkan sebagai al-Jabbar dan al–Mutakabbir oleh seorang pendakwah ulung di Malaysia yang akhirnya menjadi kontroversi. Memanglah jika diterjemahkan secara terus samseng kepada al–Jabbar dan al–Mutakabbir nampak macam lain dalam masyarakat yang kurang faham akan bahasa. Tetapi analogi mudahnya, jika kamu handal ada yang lebih handal daripada kamu; jika kamu gagah ada yang lebih gagah daripada kamu; jika kamu “samseng”, ada pula yang lebih “samseng” daripada kamu: merujuk kepada samseng yang saya maksudkan tadi.

Bagi seorang ahli bahasa yang faham akan makna sebenar akan diksi samseng ini, sudah tentu tiada masalah apabila seseorang pendakwah yang berdakwah kepada masyarakat, masyarakat Cina khususnya, menterjemahkan al-Jabbar dan al-Mutakabbir sebagai “samseng”. Samseng di sini adalah sifat mulia yang akhirnya di”blacklist”kan sebagai sifat buruk oleh kamus akibat keporak–perandaan institusi kongsi gelap.

Janganlah orang Melayu hendak memandang rendah kepada masyarakat Cina pula dalam kes ini. Mereka juga tidak ketinggalan daripada kes yang serupa iaitu sebuah struktur yang sama dengan kongsi gelap yang wujud iaitu sebuah organisasi yang dikepalai oleh “Pendekar Jagoan” sebagai ketuanya dan pengikut–pengikutnya pula disebut “juak–juak pendekar”. Samalah seperti kongsi gelap, mereka juga membunuh, menyerang kampung–kampung, membakar, merompak dan mencuri, membawa lari anak–anak gadis untuk dijadikan gundik–gundik.

Pendek kata amatlah tinggi akan ilmu tok–tok guru kita sehingga begitu teliti dalam memahami susur galur kehidupan masyarakat yang hendak didakwahkan, serta mahir pula dalam menterjemahkan bahasa–bahasa sehingga pula memahami asal usul serta sejarah–sejarah lama masyarakat yang hendak di dakwahkannya. Pendek kata lagi amatlah bengong pula pemimpin–pemimpin yang memfitnah serta bertempik sorak membelitkan fakta sehingga perkara sepatutnya menjadi mudah, menjadi isu yang memakan masa lebih bertahun-tahun.

Begitulah luahan seorang pendakwah tumpang seperti saya yang asyik memerhatikan perkembangan perkara ini sejak daripada dahulu. Diharap saya telah menjalankan tugas dengan menyampaikan ilmu yang ada daripada saya dan terpulanglah kepada anda untuk meneliti kebenarannya. Percayalah kerana ia memang benar. Bagi sesetengah anda, Tuhan tidak boleh samseng, tetapi tanyalah Mendiang Botak Chin di pusaranya sekarang, dia akan jawab...

KESIMPULAN :
1.HARGAILAH ULAMA KITA..
2. UMNO MEMANG JAHIL DARI KEPALA HINGGALAH KEPADA JUAK–JUAKNYA..
3. MEDIA PUTARBELIT NO 1.

Oleh Umar Sadiq - 04.09.2003 (suntingan M@RHAEN)


Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!