Siri Kelapan: Kriteria Sayang Seorang Manusia...
Tentu kamu pernah mempunyai kawan karib atau bersahabat baik atau berteman istimewa. Sesetia mana teman itu terhadap kamu, kamu tak pernah tahu, sesayang mana sahabat kamu itu terhadap kamu jika dia seorang lelaki kamu tak dapat tahu. Apakah tandanya? Mana buktinya?

Sama ada dia selalu menelefon kamu kerana katanya rindu pada suara kamu atau ingin bertanyakan khabarmu, Tuhanmu lebih menyayangimu kerana Dia mendengar suara kamu setiap saat dan sentiasa mengetahui tentang dirimu setiap waktu.

Sama ada dia selalu menelefonmu setiap minggu atau lebih kerap lagi  untuk mendengar suaramu, Tuhanmu lebih sayangkan kamu kerana Dia mendengar suara kamu setiap saat..

Sama ada dia selalu mendengar luahan hatimu atau mendengar masalahmu, Tuhanmu lebih sayangkan kamu kerana Dia senantiasa mendengar keluh kesahmu setiap masa, mengambil berat setiap apa yang terdetik di hatimu, sebelum kamu nak beritahu lagi Dia dah tahu..

Sama ada dia selalu memandang kepadamu ketika dalam kedai makan atau selalu memerhatikanmu di tempat lain, Tuhanmu lebih sayangkanmu kerana Dia melihatmu setiap masa.

Sama ada dia sering berada di sisimu setiap kali keluar bersama atau ketika di rumahmu, Tuhanmu setiap saat dan ketika, tak pernah berjauhan daripadamu 24/7..

Sama ada dia sudah mengenalimu sejak dari kecil atau baru mengenalimu, Tuhanmu mengenalimu awal-awal lagi sejak sebelum kamu lahir lagi..

Sama ada dia pernah belanja kamu makan–minum atau selalu membawa kamu melancong atau menolong kerja-kerja harian kamu…

Kamu  hidup dengan izin Tuhan, kudrat kamu dan dia kurniaan Tuhan, jumpa dia pun dengan izin Tuhan.

wallahu a’lam.

Oleh Umar Sadiq - 17.09.2003 (suntingan M@RHAEN)


Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!