MENGHARAPKAN CAHAYA KEBENARAAN
Oleh Anak Jati Segamat - Laman M@RHAEN

Kini berbagai bentuk dan sifat kemungkaran sedang mengelilingi dan memagari kaum Muslimin untuk menguji ketahanan iman dan mental mereka. Anehnya puak-puak ini tidak mempertikaikan akidah agama-agama lain yang kelihatan jelas tersasar jauh dari realiti dan mengelirukan. Demi untuk perpaduan dan sifat “TIADA PAKSAAN” untuk se seorang menganut agama kepercayaan mereka, Islam melarang umatnya mempersenda-sendakan cara sembahan mereka. Mengapa puak Kristian dari dulu hingga kini begitu berminat untuk menjahanam dan memurtadkan kaum Muslim, malah kaum Muslim mereka anggap sebagai anti-Christ dan penganut agama lain dianggap sebagai non-Kristian.

Lihat sahajalah peristiwa yang berlaku di antara Jeslina dan JAWI yang masih lagi menjadi tajuk perbualan. Keangkuhan Majlis Peguam dengan IRC-nya. Juga pelbagai bentuk jenayah yang tidak jemu-jemu dipaparkan di dada-dada akhbar. Bukankah semua perkara yang berlaku itu mengakibatkan akidah dan iman yang kurang mantap?

Berkaitan dengan penyembahan berhala, saya pernah berhujah dengan kawan non-Muslim bila beliau menyamakan Kaabah dengan idol. Sukar juga untuk saya meyakinkan beliau. Akhirnya saya berjaya mematahkan hujah beliau dengan mengatakan, “Walau pun diambil sebahagian daripada bahan-bahan binaan dari Kaabah yang ada di Masjidil Haram untuk dibangunkan di tempat lain, ALLAH tetap memerintahkan kaum Muslimin menghadapkan muka mereka ke arah Kaabah yang satu apabila mendirikan solat, sebagai dalil bahawa ALLAH itu satu dan bagi hamba hambaNya yang beriman dengan kitabNya Al-Quran hendaklah bersatu dalam apa-apa situasi sekali pun”. Akhirnya kenalan saya membuat ‘emergency brake’ dalam mempersoalkan perkara tersebut dan kami beralih ke topik lain. Jelaslah bahawa untuk menerangkan kesucian Islam kepada non-Muslim agak rumit, lebih rumit bila kita cuba menerangkan perkara yang serupa kepada orang Muslim sendiri. Mengapa boleh jadi demikian?

Dengan perbuatan licik puak Yahudi kini untuk menghakis akidah dan iman kaum Muslimin, mereka telah berjaya dan terus berjaya dengan menukar corak dari penyembahan berhala ke mengagung-agungkan para artist dan yang seangkatan dengannya. Dalam hal ini saya ingin berkongsi bersama dengan para pembaca satu ungkapan kata dari kitab yang berjudul “Aqidatul Iman” yang di tulis oleh Y.A.B Tuan Guru Dato Seri Haji Hadi Awang: “Zaman pemujaan patung dan berhala, menyembah syaitan dan jin yang dipuja sudah banyak penjelasan untuk memahaminya. Begitu juga tentang Mu’tazilah, Jabariah, Qadariah dan sebagainya sudah cukup untuk dimengertikan. Tetapi ideologi-ideologi moden, teori-teori dan falsafah-falsafahnya yang memuja kebendaan sebagai patung bentuk baru, mengubahkan ’semah’ dengan nama pesta-pesta, sesungguhnya mengelirukan banyak orang yang mengaku Islam.
Tanpa disedari atau memang disedari, telah bertindak ke peringkat melampaui batas-batas iman dan tauhid dan terpelanting ke dalam batas-batas kufur, syirik dan nifaq”.

Kini seolah-olah sudah menjadi satu kewajipan bagi pemerintah yang tidak berteraskan ISLAM dalam pemerintahan untuk mempelbagaikan acara hiburan dengan tujuan untuk melalaikan. Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang pada satu ketika dapat menarik ramai penonton, malah dinanti-nantikan waktu penyiarannya kini sudah menjadi “SALAH SATU RANCANGAN YANG MEMBOSAN DAN MENJEMUKAN”. Mungkinkah tiada roh Islam di dalam slot tersebut akhir-akhir ini? Ini adalah pengamatan saya sendiri bila bertandang ke rumah teman-teman bila rancangan tersebut ke udara yang kerap mengalihkan siaran TV yang menyiarkan slot itu ke saluran lain.

Hilangnya sinar takwa dan iman kini kerana hampir kesemua kaum Muslimin bersifat takut mati dan cinta dunia, segala tuntutan agama sebagaimana yang terkandung di dalam Rukun Islam dilakukan tidak dalam keadaan betul-betul menyerah sebagaimana yang sepatutnya dilakukan di antara seorang hamba dengan KHALIK. Saya berani menyatakan ini kerana ianya jelas kelihatan. Ada sesetengah ibu bapa begitu taat berjemaah di masjid mahu pun di surau-surau, tetapi malang sungguh apabila mereka tidak berjaya mendidik akhlak anak-anak sendiri yang dengan selamba tidak menutup aurat jauh sekali untuk mendirikan solat. Luangkanlah masa dan tinjaulah sekeliling pasti ketemu dengan situasi demikian. Marilah kita fikirkan bersama cara mengatasinya.

Pihak pemerintah kerap mendabik dada dengan keadaan sombong dan angkuh apabila merasmikan pembukaan sesebuah masjid dengan berkata, Malaysia sebuah Negara Islam. Realitinya selepas itu masjid gagal untuk disemarakkan kerana ustaz-ustaz yang rela mengajar dengan jujur yang berani mengatakan yang benar dihalau keluar umpama menghalau anjing kurap. Kalau ada pun ustaz-ustaz yang berani menukar atau pun memotong ayat-ayat Al-Quran sebagaimana yang diarahkan oleh pihak pemerintah. Kerana kepekaan rakyat marhaen yang sudah faham agama akan meninggalkan majlis seumpama itu. Mungkin jin dan iblis pun serupa. Malah iblis pasti akan berkata, “Buat apa aku tunggu dan kacau kerana yang memberi kuliah pun sudah sekelas dengan aku, malah lebih teruk lagi”. Kasihan para jemaah yang masih setia dengan ustaz-ustaz yang seangkatan dengan iblis, malah ada juga daripada kalangan mereka yang lebih iblis dari iblis sendiri.

Begitu juga halnya dengan pembinaan bangunan-bangunan tinggi. Lihat sahaja bangunan Petronas Twin Towers yang berbentuk “H” (Hadiah si tua hangkoi untuk Hasmah) berapa peratus daripada keluasan lantainya yang laku. Ruang kosong dihuni cara percuma oleh para jin. Bertuahnya jin-jin tersebut kerana berpeluang tinggal di ibu kota sebuah Negara Islam (konon). Kalau tidak dimake-up, ianya seolah-olah lesut dan tak bermaya seperti insan kerepot persis nenek kebayan. Alangkah bagus kalau ongkos pembinaan bangun tersebut disalurkan kepada rakyat marhaen yang masih ramai tinggal di dalam pondok-pondok yang boleh diumpamakan sebagai reban ayam dan kandang kambing sahaja. Panorama tempat kediaman yang sedemikian mudah dilihat di mana-mana.

Kerana iman yang lemah juga menjadikan se seorang Muslim hanya mampu menunjukkan kebencian di dalam hati sahaja bila bertemu dengan kemungkaran. Begitu juga halnya kalau diajak berjuang bersama dengan harakah Islam. Apakah mereka masih kurang yakin dengan hadis Rasulullah yang bermaksud: Kamu akan bertempur dengan Jazirah Arab, dan ALLAH akan memberi kemenangan kepada kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Parsi, dan ALLAH akan memberi kemenangan kepada kamu; lalu kamu akan bertempur dengan Rom, dan ALLAH akan memberi kemenangan kepada kamu; lalu kamu akan bertempur dengan Dajjal, dan ALLAH akan memberi kemenangan kepada kamu. Tanpa iman dan takwa juga kalau tidak bersama dengan harakah yang memperjuangkan Islam kemenangan pasti tidak akan diperolehi.

Tidakkah segala gejala mungkar yang sedang mengelilingi dan memagari kaum Muslimin kini angkara perbuatan serta hasutan Dajjal. Mengapa kaum Muslimin masih dalam keadaan tidur. Mungkinkah akan terjaga bila air sudah mencecah paras hidung. Bukankah tiada guna lagi penyesalan jauh sekali untuk diterima taubat bila nyawa sudah sampai di kerongkong. Insaflah wahai kaum Muslimin sekelian.

Perkuatkanlah tekad dan azam kita dengan mengeluarkan air mata sedih bila melihat segala kemungkaran dan dengan segala system pemerintahan yang ada semasa masih berpeluang. Menangis hingga keluar air mata darah sekali pun akan menjadi sia-sia apa bila ianya terus berlaku tanpa dapat dikawal. Tanyalah rakyat Terengganu yang beriman, secara jujur pasti mereka akan mengatakan “SATU PENYESALAN DAN BEGITU SEDIH” setelah Terengganu dapat ditawan dengan pertolongan Dajjal. Apatah lagi setelah melihat kecelaruan corak pemerintahan yang dilaksanakan oleh Deris Jusuh (Hitler Kontot).

Yakinlah bahawa langit tidak selalunya cerah buat para pendokong Dajjal. Kalau berhajat untuk berubah marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kita dengan kerap melakukan solat taubah nasuha dan mengkada’ segala amalan fardu yang kerap kita abaikan dan peteri mati di dalam hati kita untuk sama-sama berjihad dengan harakah yang terus beriltizam untuk menegakkan pemerintahan secara Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini. Kerana CAHAYA KEBENARAN YANG DI HARAPKAN bersifat suci dalam debu.

Untuk meneguhkan iman cuba amalkan berwirid yang kerap dilakukan oleh tiga orang insan yang begitu suci dan satu makhluk ghaib (jin).

Maksud ayat-ayat yang diwiridkan:

i. Tiada Tuhan melainkan (ALLAH) Maha suci Engkau, sesungguhnya kami daripada orang-orang yang zalim. 10 kali (wirid Nabi Yunus).
ii. Dan Allah Maha Berkuasa terhadap segala urusanNya. 10 kali (wirid raja jin-Ashib ibni Bholiah)
iii. Ya (ALLAH) yang hidup kekal abadi, Ya (ALLAH) yang sentiasa berdiri sendiri (tidak memerlukan kepada yang lain).Ya. Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu, Tuhan yang Maha Esa, tidak ada Tuhan melainkan Kau. 10 kali. (wirid Saidina Ali).
iv. Ya Allah yang empunya Kebesaran dan Kemuliaan. 33 kali. (wirid Imam Al-Ghazali.

Cuba hayati terjemahan doa Imam Al-Ghazali:

Ya Tuhan bahawasanya aku memohon kepada Mu tentang nikmat itu “sempurna”nya. Dan tentang perlindungan itu lanjutnya. Dan tentang rahmat itu sifatnya yang meliputi. Dan tentang kesihatan itu hasil bekasnya. Dan tentang kehidupan yang senangnya. Dan tentang umur yang sebahagia-bahagianya. Dan tentang pemberian yang paling luas kebajikannya. Dan tentang limpah kurnia yang sesedap-sedapnya. Dan tentang taufik yang sekarib-karibnya.

Ya, Tuhan berada apalah kiranya Engkau di pihak kami jangan di pihak lawan kami. Ya, Tuhan tutuplah ajal kami dengan kebahagiaan. Dan buktikanlah pengharapan kami dengan tambah-bertambah. Dan sertakanlah pagi dan petang kami dengan kesihatan. Dan jadikanlah pulang dan kembali kami kepada rahmat Mu. Dan tumpahkanlah dulang maaf Mu kepada dosa-dosa kami. Dan berilah kami kemurahan dengan memperbaiki aib-aib kami. Dan jadikanlah “TAQWA” menjadi bekal kami. Dan letakkanlah kegiatan kami dalam urusan agama Mu. Dan tawakal serta pergantungan kami kepada Mu.

Ya, Tuhan teguhkanlah pendirian kami di jalan istiqamah. Dan lindungilah kami di dunia ini daripada kejadian-kejadian yang menimbulkan penyesalan di hari kiamat. Dan kurangkan daripada kami keberatan tanggungan. Dan berilah kami kehidupan seperti kehidupan orang baik-baik. Dan peliharalah kami, dan jauhkanlah daripada kami kejahatan orang-orang yang jahat. Dan lepaskanlah diri kami, dan diri bapa, ibu dan saudara mara kami daripada neraka.

Dengan Rahmat Mu Ya, Tuhan Yang Berkuasa, Yang Pemberi Ampun. Ya, Tuhan yang Pemurah, yang suka menutupi aib. Ya, Tuhan Yang Maha Mengetahui, Yang Perkasa. Dengan Rahmat Mu Hai Yang Sepengasih-pengasihNya di antara segala yang pengasih. Ya, Tuhan yang adaNya dahulu dari segala yang dahulu. Ya, Tuhan yang bersifat kemudian sekali dari segala yang kemudian. Ya, Tuhan yang mempunyai kekuatan yang sangat teguh. Ya. Tuhan Pengasih segala orang miskin. Ya, Tuhan yang sepengasih-pengasihNya di antara segala yang pengasih. AMIN AMIN AMIN YA RABUL’ALAMIN.

Maaf kerana tidak dapat menulis teks wirid dan doa dalam tulisan jawi, kerana PC saya yang tua ini tidak memiliki kemudahan tersebut. Kalau berminat terpaksalah para pembaca meminta bantuan di ustaz-ustaz yang tidak menyelewengkan ilmunya. Harap Maaf.

ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR.

ANAK JATI SEGAMAT - 03.03.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: