Faux pas Najib Razak
Oleh Roslan SMS - Laman M@RHAEN
Malam tadi dalam Buletin Utama TV3 apabila para pemberita bertanyakan TPM Najib Tun Razak, adakah benar para pegawai BPR telah berkunjung ke MITI untuk menyiasat dan mengambil maklumat berkenaan kes AP sebagaimana dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan, Najib secara bersahaja menafikan, dan beliau berkata:
I dont think so.
Hari ini mukasurat dua akhbar THE STAR memaparkan tajuk:
Ministry confirmas ACA investigation
Menurut akhbar tersebut Timbalan Menteri MITI Mah Siew Keong mengesahkan bahawa kementerian tersebut telah dikunjungi oleh para pegawai Badan Pencegah Rasuah yang datang bertanyakan hal-hal tertentu.

Menurut akhbar itu lagi adalah difahamkan para pegawai BPR telah berkunjung ke MITI di Jalan Duta dan telah merampas beberapa dokumen berkaitan dengan isu pengeluaran AP ini.

Adakah Najib benar-benar tak tahu, tidak dimaklumkan ataupun sengaja pura-pura tak tahu? Risau juga kalau seorang yang berstatus pemangku PM tidak tahu-menahu darihal apa yang sedang berlaku dalam negara sendiri!

(FAUX PAS adalah istilah Perancis yang bermaksud an action or remark that cause embarrassment because it is not socially correct. Maksudnya satu tindakan atau kenyataan yang mengaibkan sedangkan ianya tidak tepat atau tidak benar).

SILA KUNJUNGI BLOG ROSLAN SMS dihttp://n32.blogspot.com/

Diperpanjangkan oleh Roslan sms - 07.08.2005 (Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.