Isu Jais Robohkan Surau Jubli Perak
Dr. Shafie Abu Bakar (ADUN Kajang) 'mengakui' surau Jubli Perak di Bandar Baru Bangi yang telah dirobohkan itu adalah "kubu PAS" tetapi, sebenarnya markas PAS terletak di sekitar seksyen satu, bersebelahan dengan sekolah rendah dan Maybank di sana. Di situlah mereka selalu bermesyuarat dan melakukan aktiviti politik. Kebiasaannya, hanya tetamu lelaki sahaja, perempuan tak ada yang masuk campur kecuali kalau ada majlis keramaian yang memerlukan bantuan dari kaum wanita.

Tuduhan mengatakan kebanyakan surau dijadikan markas PAS itu, serasanya tidak tepat. Jika tidak bersama untuk melakukan solat Jumaat jadi tidaklah pula dapat mendengar khutbah yang dikatakan berunsurkan politik. Tetapi, menurut jemaah yang tidak menyokong mana-mana parti berkata, kebiasaannya imam tidak menyentuh mana-mana politik, beliau cuma menyuruh umat Islam bersatu dan bertindak membanteras kezaliman dan kejadian-kejadian yang mungkar. Imam juga sering mengulas membentuk negara Islam, memerlukan ketabahan dan keinsafan dalam diri. Umat Islam perlu memahami etika Islam yang sebenar dan Allah menjanjikan syurga bagi orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah.

Imam juga ada menyebut tempat-tempat maksiat yang harus kita lihat kesan dan gejala pada umat Islam, dan tanggungjawab kita untuk menghalang daripada terus berleluasa. Itulah yang dikhabarkan dari teman yang mengikuti khutbah Jumaat. Masalahnya ini bukan soal politik, soalnya ialah ... meruntuhkan rumah amal ibadat tanpa waran.

Adakah surau ini juga terlibat? mana buktinya? adakah itu juga satu unsur fitnah yang sengaja dipanaskan lagi? Nampak sangat dangkal sungguh alasan itu. Kenapa tak tangkap para pemfitnah tersebut? Kenapa perlu dirobohkan? Dan kenapa media massa tidak membawa perkara ini di depan mata rakyat akan cerita yang sebenarnya? Kelirukah mereka?

Tindakan merobohkan surau itu tidak mempunyai sebarang waran. It's against the law. Lebih kesal lagi, mereka yang sedang berjemaah telah dihalau laksana umat Islam cuba beribadah di negara Israel. Semua barangan hasil dari bantuan orang ramai dirampas dan dimusnahkan. Anda ingin berkata padan muka! Mereka yang menanggung hati membara. Mereka yang memangkah umNO kini semakin sakit hati bila pemimpin yang jadi contoh kini memalitkan cili ke mata mereka. Mereka masih terkilan dengan cara mereka memusnahkan surau tersebut. Bukan kerana umNO dan PAS. Geram juga penilaian manusia yang tak mengerti apa-apa tapi berlagak tahu segala. Peristiwa merobohkan surau tersebut boleh didapati di http://www.geocities.com/kopiahp/index.htm

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah (untuk sembahyang dan menyebut nama Allah di dalamnya), dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar. (Surah Al Baqarah:114)

Ceritanya Surau Jubli Perak di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, yang dirobohkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan dijadikan Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Kemas.

"Jais akan tetap berpegang dengan keputusan bahawa surau itu tidak boleh lagi digunakan untuk beribadah kerana kerajaan telahpun mendirikan sebuah masjid yang canggih bernilai jutaan ringgit di Bandar Baru Bangi," kata Fakrul yang bercakap bagi pihak Pengarah Jais, Datuk Mansur Ramli.

Bagaimanapun, penduduk di flat Jubli Perak mendakwa kedudukan masjid tersebut terlalu jauh, sekitar lima kilometer dari kediaman mereka. Oleh itu, mereka menyifatkan alasan pihak itu tidak munasabah sama sekali.

Apabila ditanya apakah keperluan menyediakan Tabika Kemas, dibawa naungan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, itu lebih mendesak berbanding dengan sebuah surau, Fakrul berkata bahawa beliau tidak dapat menjawabnya kerana perkara itu di luar bidang kuasa pengarah Jais.

"Sebagai pihak berkuasa agama, kami hanya menjalankan tugas sebagaimana yang dimahukan oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang telah memutuskan bahawa surau tersebut tidak perlu lagi beroperasi di situ," katanya.

Fakrul menegaskan bahawa setelah keputusan dibuat, adalah menjadi kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah bagi sesiapa sahaja yang terus beribadat di tempat yang tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat mengerjakan ibadah solat fardhu atau Jumaat di bekas surau itu.

"Pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk merobohkan khemah yang didirikan untuk bersolat Jumaat atau menahan mereka yang terlibat pada masa akan datang," tegasnya.

Sambil mengakui bahawa politik PAS merupakan "faktor sumbangan" yang membawa kepada tindakan meroboh surau itu, Fakrul mengulangi bahawa matlamat asal pihak berkuasa agama negeri ialah supaya penduduk di situ mengerjakan ibadat di Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi.

"Sekiranya mereka tidak pergi ke situ, siapa lagi yang akan mengerjakan ibadah solat fardhu di masjid yang bernilai kira-kira RM3 juta itu," katanya. Walaupun beliau sendiri mengakui masjid yang dimaksudkan itu terletak agak jauh dari kediaman 7,000 penduduk itu, Fakrul berkata, "apalah salahnya kalau berusaha lebih sedikit" untuk pergi ke masjid baru. Daripada tinjauan, mendapati beratus-ratus pelajar di situ menghadapi kesukaran untuk mengerjakan solat Jumaat kerana ketiadaan pengangkutan untuk ke Masjid Hasanah.

"Keengganan mereka untuk bersolat di Masjid Hasanah juga menunjukkan mereka tidak bersyukur dengan apa yang diberikan oleh kerajaan sebagai memenuhi permintaan mereka sendiri supaya dibina sebuah masjid di Bandar Baru Bangi," katanya lagi.

Menurut Fakrul lagi, Jais sentiasa memantau khutbah yang disampaikan di surau terbabit dan mendapati ianya boleh menimbulkan rasa kurang senang kepada mereka yang tidak mahu unsur-unsur politik dijadikan agenda ketika beribadat.

Kalau surau tu disalah-gunakan, tangkap orang itu, bukannya robohkan masjid. Kalau gunakan kaedah macam itu, ada orang mengumpat kat bangunan Menara Petronas, kenapa tak robohkan. Lain kali bagi la alasan yang boleh dipakai.

Senang cerita, mereka macam tentera bergajah Abrahah Laknatullah la. Tak senang hati tengok surau dimakmurkan orang PAS. Oleh sebab ahli umNO tak dapat dikerah pergi ke surau, tiada jalan lain, robohkan surau.

Ahli Jawatankuasa dan jemaah surau tersebut mengengkari perintah Jais supaya tidak lagi mengerjakan solat Jumaat di tapak surau yang telah dirobohkan itu. Malahan, mereka mengengkari perintah itu, yang disifatkan sebagai "tragedi" terhadap agama Islam, dengan mengerjakan solat fardhu Asar sejurus selepas pihak berkuasa merobohkan surau itu Isnin lalu.Pengerusi surau berkenaan, Samion Musiron, berkata 7,000 penghuni yang mendiami 13 flat lima tingkat di situ, tiada pilihan melainkan mengengkari perintah Jais kerana adalah menjadi kewajipan bagi penganut Islam mengerjakan solat lima waktu serta solat Jumaat.

Sementara itu peguam Khairuddin Osman dan imam Nasron Duki yang ditahan polis kerana mempertikaikan tindakan pihak berkuasa berhubung isu itu akan dihadap ke mahkamah pada 13 Mei.

Inilah contoh satu tindakan yang memalukan dari sebuah kerajaan yang mengaku ISLAM yang sepatutnya kita perbanyakkan SURAU & MASJID walaupun TERWUJUD MASJID & SURAU baru. Jika ada UNSUR-UNSUR PEMBANGKANG di dalamnya, pendekatan yang terbaik ialah dengan menukar pengurusannya bukan dengan merobohkannya Ibarat MARHKAN NYAMUK KELAMBU DIBAKAR. Memang tindakan yang amat bodoh oleh kerajaan negeri Selangor!

Jelas nampaknya, masjid yang ada pun bukan lagi tempat beribadat dan sudah bertukar menjadi tempat orang memalukan Islam. Jadi, kesimpulannya, orang umNO haruslah bersabar dan mengambil langkah positif supaya tidak ada lagi tempat ibadat yang ditukar menjadi sarang orang-orang yang memalukan Islam menyampaikan dakyah mereka. Mereka seharusnya berdoa dan berharap benarlah bahawa doa orang teraniaya dimakbulkan tuhan kerana mereka sebenarnya telah dianiaya.....

Memang benar di dalam surau itu tidak semua orang menyokong PAS. Ada juga antaranya yang memangkah umNO sejak tarikh dia layak memangkah. Kalau si ketua yang berceramah untuk mengumpat, mengeji, menghina dan politik, kenapa perlu meruntuhkan surau tersebut? Lebih malang, seakan menganggap sekelian yang bijak pandai di sana seperti dungu, merobohkan surau tanpa sebarang waran. Apa makna semua ini?

Malaysia terkenal dengan sikap tolak ansur, kenapa tak buat sebarang meeting bersama penduduk bagi bertoleransi dalam hal meruntuhkan surau tersebut. Bukankah meeting berkenaan air bersama Singapura diatur berkali kali...mengapa di bahagian sendiri bertindak kejam begini? Sila datang ke Bangi, lihat bagaimana bersepah setiap dinding yang dibina oleh tangan mereka yang cintakan agama. Yang ayahnya mahukan anak beliau kuat iman di dada, bercita-cita anak kasihkan agama.

Lihat bagaimana karpet-karpet, sejadah yang terus disentap dari lantai yang ada. Koyak-rabak, cermin tingkap hancur berkecai, lebih berkecai jantung penduduk di sini menyaksikan kejadian. Lihat semua kemusnahan ini, barangan yang ada hasil dari titik peluh penghuni Bandar Baru Bangi dirampas, dimusnahkan. Mereka bekerja sengkang mata, bersedekah sedikit-sedikit untuk membeli perkakasan dalam surau tersebut bagi kemudahan orang ramai. Tidakkah mereka tahu berapa ramai yang menggunakan surau tersebut?

Penduduk di sekitar kawasan tersebut berjumlah kira-kira 7000 orang. Surau tersebut berdekatan dengan tiga buah sekolah serta dikelilingi oleh penempatan pekerja-pekerja kilang. Kesudian pihak istana dan Majlis Agama Islam membenarkan solat fardhu dan solat Jumaat diadakan di surau tersebut beberapa tahun yang lalu telah memudahkan umat Islam di sini untuk melaksanakan tanggungjawab ibadah solat. Sekiranya surau tersebut ditutup, maka pelajar-pelajar Muslim dari sekolah berdekatan, pekerja-pekerja kilang dan penduduk terpaksa pergi ke Masjid Jamie sejauh 5 km, atau Surau AnNur sejauh 3 km, atau masjid UKM sejauh 4 km. Sudah tentu ia akan menyusahkan orang Islam di sekitar kawasan berkenaan.

Umum tentu maklum, Bandar Baru Bangi adalah tempat yang maju, yang ramai penghuni, yang penuh kecintaan dengan Islam. Tak hairanlah sebuah tempat industri menempatkan beberapa ribu penduduk. Maka berpuluhan surau dan masjid didirikan, namun, ketika solat Jumaat khususnya, masih lagi penuh hingga keluar kawasan. Dengan itu, tidakkah sedih hati melihat tempat ibadah ini dirobohkan seperti merobohkan rumah setinggan?

Apa masalahnya kalau dah 'kubu' PAS?...Itukah alasan yang munasabah untuk bertindak merobohkan tempat ibadat? Kafir laknatullah pun tak terfikir nak buat macam itu kat rumah ibadat mereka...Adakah yang diajar di surau itu sesat?
Begitu banyak ajaran sesat yang telah difatwakan oleh Majlis Fatwa tak pun  diselesaikan tiba-tiba surau itu pulak yang jadi mangsa...Jangan pulak nanti diungkitkan semula kalau orang asyik menyamakan PAS dengan Islam kerana tindakan umNO seringkali menjadikan Islam sebagai mangsa seolah-olah menjadikan agama sebagai musuhnya... PAS punya pengaruh di SAR...'hapuskan' SAR, PAS ada nama 'Islam', hapuskan perkataan Islam...PAS buat draft hudud, buang Islam letak PAS jadikan 'hudud PAS'....Logo Petronas & MPSJ ada kaler hijau suruh dibuangkan...Apa sahaja yang ada kaitan dengan PAS jadi masalah kat kita... kebudak-budakan betul... Sangat memalukan!!!

Nampaknya umNO sememangnya ada penyakit paranoid. Sebab itulah takut tak tentu fasal. Semua dirasakan berbahaya pada dia. Maka tak hairanlah setiap tindakan dia berasaskan kepada "dipercayai", "mungkin", "mana tahu", "boleh jadi" dan sebagainya. Kalau boleh lampu isyarat di jalanraya yang berwarna hijau pun mereka nak tukar jadi warna biru atau pun rumput di atas tanah nak tukar warna biru. Biasalah bila hati penuh dengan bisikan syaitan. Semua yang baik dilihatnya berbahaya. SAR berbahaya. Surau berbahaya. Kuliah agama berbahaya. Mahasiswa berbahaya. Pensyarah berbahaya. Ulama berbahaya. Warna hijau berbahaya. Sebab tu ada ISA yang tak mampu nak buktikan kesalahan orang, tetapi bersandar pada penyakit paranoid umNO semata-mata. Semuanya berlandas pada agak-agakan.

Kita marah bila tahu penganut Hindu robohkan masjid Babri yang 'terbiar' tetapi malangnya kita sendiri yang merobohkan surau yang berfungsi sebagai tempat tersebarnya rahmat Allah...tak tahulah apa nak kata dengan kita sekarang nih...itulah sebabnya tempat bagi orang munafik ialah neraka yang paling bawah...semoga Allah mengampuni dosa kita semua....Ya Allah janganlah engkau sesatkan aku setelah aku diberi petunjuk...Amin

Mereka sanggup meruntuhkan rumah Allah kerana takut hilang kuasa! Ingatlah mereka-mereka yang berkenaan bahawa perbuatan kamu merobohkan surau/masjid akan mendapat balasan daripada Allah! Cuba kalau keling Hindu yang bukak kuil kat tepi simpang atau bawah pokok. Sikit punya diplomasi. Sikit punya sopan santun. Alasan dia, nak jaga keharmonian kaum. Itulah umNO. Beruk di hutan disusukan, anak bangsa sendiri mati ditendang. Macam inikah kononnya nak bela bangsa? Macam inikah nak bela agama? Islam ajar berlemah-lembut sesama saudara seagama, bertegas dengan orang kafir. umNO ajar...berlemah gemalai dengan kafir, berkeras dan biadap dengan saudara seagama sendiri.

Mereka tidak berani memecahkan kuil Hindu walaupun kuil tidak mendapat permit. Inilah nasib orang Islam.

Kubu umNO adalah serata tempat maksiat di Malaysia ini. Kubu mereka mendatangkan hasil ekonomi yang akan memajukan negara. Sebab itu tempat maksiat disuburkan. Bila negara maju, baru rakyat kaya. Bila kaya baru kuat. Bila dah kuat baru Amerika takut. Bila Amerika takut baru boleh laksanakan Islam...Begitulah 'falsampah' Umno.

Mereka sebenarnya bergembira melihat kita bersedih. Itulah yang mereka mahukan. Mereka tak mahu kita menentang mereka. Mereka akan kata kita tak ikut Islam sebenar. Mereka juga akan kata kita ajar anak-anak kita benci pemimpin mereka. Mereka tak sedar, perbuatan merekalah yang menyebabkan pemimpin mereka dibenci!

Sekarang semua orang dah tahu siapa yang sebenarnya menggunakan agama untuk politik..selama ni asyik tuduh pihak sinun jer..sekarang dah terserlah..

Walhal soal surau bukanlah soal PAS semata-mata tetapi soal umat ISLAM. Kalau dah surau tu diroboh, PAS ka umNO kaa kena la komplen. Ini belum apa-apa dah tuduh orang PAS asyik cari keburukan orang lain. Yang umNO/BN asyik korek dan kutuk 24 jam dalam tv, media, radio tu boleh la pulak. Asal umNO je semua baik, asal PAS je semua buruk.
- aku punya
karkunku@yahoo.com  - 21.02.2003 (suntingan M@RHAEN)
Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
Click Here!