Adakah Malaysia Mengikut Model Kamal Ataturk? (Siri Pertama)
Sejarah telah merakamkan kebejatan seorang manusia bernama MUSTAFA KAMAL ATTARTURK (Lahir: 1881) yang telah dengan penuh licik dan berencana MENGHANCURKAN KALIFAH ISLAMIAH (1924) yang berpusat di TURKI, sekaligus menghancurkan SISTEM ISLAM dengan memperkenalkan “agama” baru iaitu “SEKULARISME” yang sehingga sekarang dianuti sepenuhnya oleh pemerintahan TURKI. Ini adalah satu kejayaan pakatan KUFFAR-YAHUDI dan NASRANI -- dalam penerusan PEPERANGAN SALIBIYYAH ke atas Ummat Islam.

Model (Kamalisme) dan ‘modus operandi’ yang diasaskan oleh Attarturk untuk menghancurkan kekuatan Islam banyak ditiru oleh negara-negara Islam dengan ‘modifikasi’ untuk kesesuaian setempat. Justeru itu, ummat Islam seharusnya / perlu mengenali pengasas KAMALISME ini dan bagaimana gerak kerjanya dilaksanakan sehingga berjaya melumpuhkan kekuatan Islam tersebut agar kita boleh menghindarinya. Kata Saidina Umar Al-Khattab R.A. (lebih-kurang)... ”Sesiapa yang tidak mengenali Jahilliah, dia akan ditipu Jahilliah @ hendaklah kamu mengenali Jahilliah, supaya kamu  terhidar dari tipu-dayanya”.....

Akan disiarkan beberapa siri  berhubung perlaksanaan/penerapan sistem KAMALISME/SEKULARISME di TURKI untuk kita mengambil iktibar:

Oleh: Umat Prihatin



SIRI 1:

Kerajaan Kamal Ataturk adalah kerajaan yang zalim. Tanda-tanda dasar dan pelaksanaannya, antaranya ialah:

1 . Tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai dasar perlembagaan dalam pemerintahan negara.

2. Golongan pemerintah (atasan) dan konco-konconya hinggalah ke menteri-menteri dan wakil-wakil rakyatnya, adalah perompak-perompak terhormat yang mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka kaya-raya hasil menyertai politik.

3. Kebanyakan siaran radio dan televisyen serta isi kandungan majalah, 95% adalah maksiat. Memang ada yang baiknya tetapi cuma sekadar 5% sahaja.

4. Terdapat binaan tugu-tugu dan patung-patung dalam negara, yang mana tugu-tugu dan patung-patung tersebut dibesar-besarkan.

5. Muzik-muzik haram, tari-menari, bergaul bebas, panggung-panggung wayang lucah, mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan lain-lain lagi dibenarkan berleluasa.

6. Waktu-waktu sembahyang, masjid kosong. Majoriti manusia berkeliaran di luar masjid dengan segala bentuk urusan duniawi.

7. Peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan.

8. Banyak projek yang sia-sia atau membazir, dengan menggunakan wang berjuta-juta seperti membesarkan tempat-tempat peleseran yang digunakan untuk orang-orang besar sahaja.

9. Polis dan tentera yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan tetapi merekalah yang banyak membuat rakyat berasa tidak aman.

10. Para pemimpin apabila ditegur, mereka melenting dan marah-marah. Maka merekapun berdendam.

(Akan bersambung ke siri 2.....)

- Umat Prihatin - 20.09.2002


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!