Adakah Malaysia Mengikut Model Kamal Ataturk? (Siri Kedua)
PREAMBLE

KETIKA kebangkitan Islam sedang rancak melanda dunia sekarang, kita tidak boleh mengabaikan perkara-perkarA yang mungkin menghalangnya. Kita tidak ingin kebangkitan înî tersekat atau dilambat-lambatkan. Justeru itu sejarah Kamal Ataturk perlu disingkap dengan minda yang jelas supaya salinan falsafah, ideologi dan inspirasi perjuangannya tidak menghalang kemaraan Islam yang bermula dari Timur ini sepertimana yang pernah berlaku di Turki pada tahun 1920-an. Ini penting kerana kesan buruk ideologi Kamal Ataturk tidak boleh diselindungi dengan menampilkan "kebaïkan kebaîkannya" semata. Bagi pejuang-pejuang Islam khususnya, mereka mesti kenal siapa sebenarnya musuh Islam ini kerana Sayidina Umar Ibnul Khattab pernah berkata:
 
"Aku khuatir mereka yang dibesarkan dan dididik dalam Islam tetapi tidak mempunyai ilmu tentang cara hidup (tipu daya) orang-orang musyrik (jahiliah)  akan meruntuhkan Islam itu sendiri."

Kamal Ataturk diketengahkan sebagai penyelamat negara Turki dan cengkaman Kesultanan Usmaniah. Beliau dijulang sebagai wira bangsa yang kononnya jaguh pembanteras ulama-ulama beku yang 'allergic' dengan kemodenan dan pembangunan. Apakah Kamal Ataturk benar-benar seorang wira yang boleh dibanggakan? Apakah ideologinya? Apakah kesan yang'ditinggalkannya terhadap rakyat Turki khususnya dan Dunia Islam amnya? Persoalan-persolan ini mesti dijawab untuk menghapuskan segala kekeliruan yang berselindung di sebalik fakta sejarah. Membongkar rahsia kejahatan musuh dan penderhakaannya terhadap Allah S.W.T. supaya umat terselamat daripada tipu daya mereka adalah satu kewajipan. Dalam AI-Quran, Allah S.W.T. telah membongkar tipu daya penentang kebenaran dan rahsia hati mereka secara terang terangan. Kisah penzaliman Firaun, Namrud dan penderhakaan Abu Lahab misalnya, dipaparkan oleh Allah S.W.T. untuk iktibar sepanjang zaman.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Dan ketika Kami (Allah)  bebaskan kamu dari kaum Firaun mereka menimpakan kepadamu penderitaan yang pahit, mereka sembelih anak-anak 1elakimu dan dibiarkannya hidup anak-anak perempuanmu, dan di dalam hal itu ada ujian besar dari Tuhanmu." (AI-Baqarah: 49)

"Binasalah kiranya kedua tangan Abu Lahab dan benar dia telah binasa. Kekayaannya dan usahanya tidak berguna kepadanya. Nanti dia akan masuk ke dalam api yang menyala." (AI-Lahab: 1-3)

"Dan mereka (Namrud dan pengikut-pengikutnya) hendak memperdayakannya (Nabi Ibrahim), tetapi mereka Kami jadikan orang-orang yang menderita kerugian."

Setelah penzalim-penzalim itu tiada lagi, telah muncul 'Firaun, Namrud dan Abu Lahab" baru yang kerjanya hanya menentang kebenaran sepanjang masa. Sifat derhaka dan kezaliman mereka rupanya terus hidup sepanjang zaman dan salah seorang pewarisnya ialah Kamal Ataturk.

Justeru itu kejahatan-kejahatan Kamal Ataturk ini sangat perlu diketahui oleh umat Islam. Perjuangannya adalah lanjutan tipu daya Yahudi untuk menghancurkan Islam dan umat Islam itu sendiri. Allah S.W.T. menjelaskan di dalam firmanNya yang bermaksud:

"Tidak sekali-kali redha Yahudi dan Nasrani itu terhadap kamu (umat Islam) hingga kamu mengikut cara hidup mereka." (AI-Baqarah: 120)

Yahudi, atas platform ilmiah dan keintelektualan, telah sekian lama menipu umat Islam dengan mengelabui hakikat seseorang tokoh. Tokoh yang baik dikatakan jahat, manakala yang jahat dikatakan baik. Kalau adapun yang memaparkannya secara jujur, ia hanya disorot melalui fakta-fakta sejarah yang kaku, bukan dari sudut falsafah yang hidup. Begitulah juga halnya dengan Kamal Ataturk ini. Musuh telah mernutar-belitkan fikiran umat Islam hingga beliau diletakkan sebagai suri teladan yang kononnya membawa arus kemodenan. Sedangkan pada hakikatnya Kamal Ataturk tidak boleh diterima langsung sebagai pejuang bangsa apatah lagi sebagai pejuang agama. Beliau adalah pemusnah dan bukannya penyelamat.

Kamal Ataturk memusuhi agama walaupun di awal perjuangannya beliau berpura-pura cenderung kepada Islam. Setelah bertaring, Kamal Ataturk telah berusaha sedaya upaya menolak Islam sebagai agama yang mempunyai sistem hidup yang lengkap. Beliau menganggap Islam sebagai agarna yang berkait dengan kepercayaan semata-mata. Dunia dan akhirat dipisahkan. Sufi dan teknologi dianggap bertentangan. AI-Quran dipandang tidak berdaya mentafsirkan sains, falsafah, ekonomi dan pentadbiran.

Dunia Islam jarang dilberitahu bahawa Kamal Ataturk adalah ejen Yahudi yang berasal daripada titisan darah Yahudi sendiri. Beliau memang diprogramkan sejak lama untuk menghancurkan Islam. Lahimya daripada keturunan yang tidak menentu. Asal-usul keturunannya yang kotor itulah yang melatari perjuangannya yang penuh dengan keganasan dan kezaliman. Sikap Kamal Ataturk yang menentang Islam bukan sahaja meletakkan dirinya di tahap orang fasiq tetapi tindak-tanduknya sudah bersifat munafiq. Apa yang diwajibkan oleh Allah S.W'.T., seperti penutupan aurat, dihalangnya. Apa yang dilarang oleh Allah S.W.T. seperti judi, arak dan pergaulan bebas digalakkan. Kononnya ingin maju, moden dan membangun. Sesungguhnya ideologi Kamal Ataturk tidak mempedulikan langsung nilai-nilai aqidah, syariat dan akhlak Islamiah.

Kita tidak boleh terus dikelirukan oleh ideologi Kamal Ataturk. Dan sebarang percubaan meneruskan kesinambungan Kamalism itu mesti dibanteras. Kemungkarannya mesti didedahkan supaya dapat dicegah daripada terus berleluasa. Maka atas dasar itulah rencana  ini ditulis agar umat Islam tidak ditipu oleh musuh yang sama sebanyak dua kali. Cukuplah sekali, justeru yang sekali itupun sudahterlalu pedih akibatnya.

Moga-moga ya Allah, terselamatlah umat ini daripada tipu daya musuh-musuh Islam. Musuh yang bertopengkan agama yang kadangkala berselindung di sebalik slogan kemajuan dan pembangunan untuk menentang kebenaran.

(Akan bersambung ke Siri Ketiga.....)

- Umat Prihatin - 24.09.2002


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!