Adakah Malaysia Mengikut Model Kamal Ataturk? (Siri Ketiga)
ASAL-USUL KAMAL ATATURK

KAMAL ATATURK, tokoh yang paling merbahaya pemikiran dan ideologinya terhadap Islam "dikatakan" lahir pada tahun 1881. Tidak ada seorang ahli sejarah pun yang tahu bilakah tarikh sebenar kelahirannya. Walaupun beliau seorang tokoh yang diagung-agungkan Barat, maklumat-maklumat mengenai kelahirannya masih dan terus kabur sehingga ke hari ini.

Segala-gala mengenai kelahirannya, hari, bulan dan tahun tidak dapat dipastikan. Tidak ada sebarang dokumen rasmi mengenai tarikh lahirnya ditemui. Begitu juga yang tidak rasmi, sungguhpun sudah menjadi tradisi orangorang Turki pada hujung abad ke-19 mencatatkan tarikh kelahiran anak mereka dalam sebuah naskhah Al-Quran keluarga. Mungkin keluarga Kamal Ataturk tidak ada Al-Quran itu sepertimana tradisi orang Islam Turki yang lain. Ini juga menunjukkan betapa Kamal Ataturk lahir dari sebuah keluarga yang sudah meninggalkan amalan?amalan tradisi Islam dalam masyarakat Turki.

Ini sesuatu yang misteri. Pelik bukan? Seorang tokoh ternama tetapi butir-butir kelahirannya diselubungi kekaburan.

Kamal Ataturk sendiri tidak tahu bila tarikh lahir sebenarnya. Apabila beliau telah menjadi Presiden Republik Turki, ketika beliau diminta untuk memberitahu. tarikh lahirnya untuk dimuatkan dalam sebuah buku ensaiklopedia negara asing, beliau memilih tarikh 19 Mei, iaitu hari beliau mendarat di Samsun, bandar di pantai Laut Hitam dekat Anatolia, tempat di mana beliau mula melancarkan perjuangan pembebasan Turki.

Satu perkara lagi yang aneh tentang Kamal Ataturk sejak kecil ialah wajahnya. Raut wajahi, bentuk tubuh dan yang paling menonjol bentuk pipi dan rambutnya yang perang berlainan sekali dengan kebanyakan orang Turki. Oleh sebab itu ada pengkaji yang beranggapan Kamal Ataturk berasal daripada keturunan Caucassian atau orang berambut perang melalui keperangan rambutnya dan juga tinggi tulang pipinya.

Apabila meningkat dewasa, perbezaan dari segi paras rupanya makin ketara dan membayangkan beliau adalah hasil daripada perkahwinan campur. Sedangkan secara rasminya tidaklah begitu. Ini menguatkan lagi hujah yang mengatakan Kamal Ataturk adalah anak luar nikah yang memang diprogramkan oleh Yahudi untuk menghancurkan Islam. Besar kemungkinan "ayah gelap" Kamal Ataturk adalah Yahudi Dunnama.

Zubeyde, ibu kepada Kamal Ataturk, tidak menyukai anaknya itu (Kamal) sejak kecil lagi. Secara psikologi memang selalu terjadi begitu iaitu apabila seseorang ibu itu tidak pasti siapa bapa anaknya yang sebenar. Tidak pasti apa perasaan sebenar Zubeyde terhadap anaknya, tetapi satu perkara yang pasti, dia tidak menyusukan anaknya sendiri. Dia hanya mengupah seorang ibu susu berkulit hitam. untuk menyusukan anaknya itu.

Zubeyde juga sering berpisah lama dengan suaminya. Banyak maklumat menunjukkan bahawa ibunya bersikap acuh tidak acuh (tidak sayang) terhadap Kamal dan membiarkannya ketandusan kasih sayang. Hal ini sangat memberi kesan kepada perasaan Kamal Ataturk. Hingga dewasa beliau pernah mengeluh:

"Manusia tidak menentukan samaada dia dilahirkan atau tidak. Pada saat kelahirannya dia benar-benar diserahkan pada alamn dan makhluk-makhluk lain selainnya. Dia perlukan perlindungan, makanan, penjagaan dan ditolong untuk membesar.."

Sejak kecil, Kamal Ataturk mempunyai karektor yang ganas. Beliau pernah cuba menembak suami ibunya, Ragip, ketika ibunya berkahwin lain selepas kematian ayahnya. Perkahwinan ibunya itu telah membuatkan jiwa keanakannya (umurnya waktu itu sekitar 12 tahun) memberontak. Kebencian pada ibu dan bapa tirinya mendorong beliau lari dari rumah dan tinggal bersama orang lain yang mempunyai pertalian keluarga hingga beliau masuk ke kolej tentera dan lulus. Selepas itu, Kamal Ataturk jarang menjenguk ibunya walaupun sekali-sekala pulang ke tempat asalnya. Pendekata, Kamal Ataturk membesar sebagai seorang remaja yang memendam rasa. Sentiasa ada di hatinya rasa tidak senang dan sangkaan-sangkaan buruk terhadap ibunya.

Hal?hal inilah yang menyebabkan diri Kamal Ataturk bangkit di atas runtuhan segala kesedihannya itu dan menjadi seorang yang ujub (bangga diri). Bila dewasa, Kamal Ataturk dikenali sebagai orang yang sering berbangga dengan rupa parasnya dan cerewet tentang pakaian. Sikap bangganya terserlah dengan jelas dengan tabiatnya yang sering mengangkat?angkat keningnya dan suka menunjuk-nunjuk.

Mungkin kerana itu juga, Kamal Ataturk menyimpan dendam kepada ibunya. Setelah beliau menjadi permimpin Turki, sewaktu berucap di kubur pada hari pengkebumian ibunya, beliau tidak langsung membayangkan rasa terharu dan perasaan sedih atas kehilangan ibunya, sebaliknya beliau hanya bercakap tentang hal?hal kenegaraan.

Suami rasmi Zubeyde, Ali Riza pula adalah seorang yang kuat minum arak. Dia seorang anggota tentera yang selalu meninggalkan isterinya. Akibat ketagihan arak, pada tiga tahun terakhir menjelang kematiannya, Ali Riza diserang penyakit intestinal tuberculosis. Dialah yang pertama membentuk jiwa sekular dalam diri Kamal Ataturk. Sejak Kamal Ataturk kecil lagi, dia sudah bercitacita supaya anaknya dididik cara Barat dan merapersiapkan anaknya untuk membaratkan negara Turki.

Kamal dilahirkan di bandar Salonika, Turki. Kota ini memang tempat tumpuan Yahudi yang datang dari Greek sejak lama. Salonika juga adalah bandar yang dipenuhi oleh Freemason Lodges. Lebih separuh daripada 70,000 penduduk Salonika terdiri daripada Yahudi Dunnama (golongan Yahudi yang pura-pura masuk Islam tetapi mengekalkan keyahudian) semasa Ataturk dilahirkan. Mereka memeluk Islam hanya untuk mengelabui mata masyarakat bagi memudahkan mereka menghancurkan Islam dari dalam.

Perancangan jahat Yahudi Dunnama ini dimulakan pada tahun 1683 apabila mereka berpura-pura masuk Islam secara beramai-ramai. Generasi mereka inilah yang terus menyembunyikan kekafiran dan menzahirkan Islam. Hakikatnya mereka ini orang munafiq. Oleh kerana Kamal Ataturk sendiri berasal daripada Yahudi Dunnama, beliau sangat pro?Yahudi. Sikap pro-Yahudinya jelas bila pada tahun 1930?an beliau telah membenarkan pelarian Yahudi dari Jerman (saki?baki penghapusan oleh Hilter) masuk ke Turki secara beramai?ramai).

Jelaslah sekarang bahawa asal-usul Kamal ialah Yahudi daripada keturunan yang samar. Oleh sebab itu Kamal Ataturk sendiri tidak mengambil nama ayah rasminya (Ali Basya) sebagai namanya. Beliau membuang percatan Arab (Islam) "Mustafa" di awal namanya, dan di hujungnya ia memakai nama gelarannya Ataturk (bererti bapa orang-orang Turki) menggantikan Ali Riza sebagai marga keluarganya.

Kamal Ataturk seorang anak yang nakal dan degil. Sejak kecil lagi beliau membenci dan sering menentang guru-guru agama di sekolahnya. Beliau memang tidak berminat dengan didikan agama. Sebaliknya beliau lebih gemar dengan cara-cara Barat dan selepas kematian ayahnya, beliau pernah belajar di gereja kristian. Pengaruh ini sangat besar kesannya bila Kamal Ataturk sudah dewasa.

Ketika berumur 12 tahun, beliau berpindah ke sekolah tentera dan dilatih sebagai seorang kadet. Kemahirannya yang menonjol ialah di bidang matematik dan ketenteraan. Kamal Ataturk tamat pengajian pada tahun 1905 dengan menyandang pangkat kapten. Di bidang ketenteraanlah beliau mula membina dirinya untuk diterima sebagai pernimpin masyarakat.

Kamal Ataturk sejak mula lagi mempunyai tabiat dan peribadi yang buruk. Oleh kerana rupa parasnya yang segak dan berbeza dengan kebanyakan orang Turki, Kamal Ataturk sering berbangga dan memikat perempuan. Sejak di bangku sekolah, beliau sering mengunjungi kedai-kedai minuman. Beliau juga gila perempuan dan kerap ditemui di rumah?rurnah pelacuran. Hampir-hampir dia gagal dalam pelajarannya kerana tabiat seksnya yang liar. Mengenai ini, Riza Nur seorang kawan rapatnya mengulas:

"Our respected leader has one habit. He loves woman. He has to change them rapidly. He must be the cheif court taster." (Pemimpin yang kita hormati ini mempunyai satu tabiat. Dia sukakan perempuan. Dia kena kerap kali bertukar perempuan. Dia sudah tentu seorang ahli asmara yang hebat).

"..frequanting the brothels." (... sering mengunjungi rumah pelacuran).

Kamal Ataturk juga sangat terkenal dengan ketagihan arak. Sejak muda lagi, beliau sudah menjadi kaki botol, Walaupun sudah terbukti arak telah merosakkan kesihatannya, tetapi beliau terus berdegil dan meneruskan tabiat buruknya itu.

Kamal Ataturk juga mempunya satu lagi kegemaran yang buruk iaitu kaki judi. Selalu beliau bermain poker terus-menerus sejak malam hinggalah ke pagi hari. Kamal Ataturk suka kepada parti-parti bebas yang dipenuhi oleh permainan biliard (satu permainan yang sangat disukainya), arak dan wanita. Bukan itu sahaja, malah beliau juga banyak mengadakan hubungan sulit sepanjang hidupnya. Di dalam buku Ataturk: A Biography of Mustafa Kemal, the Father of Modern Turkey, Lord Kinross menulis:

"His reputed affair with a diplomat’s wife, the seduction of an innocent nurse..." (Hubungannya dengan isteri seorang diplomat, pencabulan seorang jururawat yang tidak berdosa ... ).

“ ... formed a liaison with Corinne..." (... menjalin hubungan dengan Corinne...)

Lebih hina lagi, Kamal Atatur adalah seorang biseksual. Selain sukakan perempuan, beliau gemar kepada hubungan sesama lelaki terutamanya dengan budak-budak lelaki dan tidak akan melepaskan peluang itu jika timbul keinginannya. Di kemuncak kekuasaannya, dia begitu berpengaruh hingga dapat mengambil pelajar sekolah sebagai "anak angkat' dan bebas menjalinkan hubungan kekasih-ayah, guru dengan pelajar-pelajar lelaki dan perempuan belasan tahun.

Anehnya, Karnal Ataturk yang mendakwa dirinya sebagai pejuang pembebasan wanita itu tidak pernah kekal dengan seorang perempuan. Beliau mempunyai ramai perempuan simpanan dan tidak suka terikat dengan seorang wanita melalui ikatan perkahwinan. Dalarn surat?surat cintanya dia berbangga bercerita tentang hubungannya dengan pelbagai wanita dari berbagai-bagai bangsa.

Kamal Ataturk pernàh berkahwin dengan seorang wanita bernama Latifa, tetapi kemudian menceraikannya kerana isterinya itu cuba mengongkong tabiatnya yang kaki perempuan. Isterinya seorang yang kuat cemburu, kuat membebel dan sering memalukannya di khalayak ramai dengan kata-kata sindiran yang kesat. Selepas satu kejadian seumpama itu, Kamal Ataturk menceraikannya. Tetapi selepas itu mereka merujuk semula. Kemudian disatu majlis lain, Latifa memalukan rakan-rakan Kamal dengan mendedahkan keburukan setiap seorang daripada mereka yang hadir. Ekoran dari itu, Kamal Ataturk tidak dapat menahan kemarahannya lalu menceraikan isterinya sekali lagi dan sejak itu Kamal Ataturk tidak pernah berkahwin lagi.

Perkahwinan Kamal Ataturk itupun kerana terpaksa justeru beliau ingin menonjolkan imej seorang wanita contoh yang berani mendedahan aurat, bergaul bebas di depan rakyatnya. Sewaktu berkahwin dahulu, Kamal Ataturk menyakitkan hati kaum Muslimin dengan berkahwin secara Barat tetapi ironisnya, sewaktu menceraikan isterinya, dia merujuk kepada hukum Islam yang memberi kuasa talak kepada suami. Kamal Ataturk merasa kesal kerana perkahwinan itu juga menyebabkan Fikriah, seorang perempuan simpanan kesayangannya membunuh diri.

Sebagai seorang pemimpin, Kamal Ataturk memperlihatkan segala keegoannya. Apabila dia berjaya menghancurkan institusi kesultanan dan ulama di Turki di puncak kekuasaannya, Kamal Ataturk merasa bebas untuk melakukan apa sahaja kepada Turki tanpa mendapat tentangan. la suka dipuji dan tidak mahu dikongkong oleh sesiapa.

Kemuncak keegoannya, beliau seolah?olah mahu meniru Firaun yang mengaku diri sebagai tuhan. Pernah dia bertanya secara menyindir kepada askar-askarnya:

"Siapa tuhan dan di mana dia tinggal?"

Bagi mernuaskan hatinya, seorang askarnya telah menjawab: "Kamal Ataturk adalah tuhan."

Akhirnya, seperti Namrud dan Firaun yang mengaku tuhan, Kamal Ataturk juga mengalami nasib yang sama... terhina di dunia, terhina di akhirat.

Di susun oleh: Umat Prihatin - 25.09.2002


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!