Siri MMMM 16
Dr. Mahathir Yang Sudah Dirobotkan - Bhgn 4
Oleh Marhaintua

Pengaruh Triad Membayangi Mahathir

Masyarakat Cina di Malaysia ini secara purata adalah satu masyarakat yang mampu menyelami budaya Melayu dan mampu serasi dengan tatasusila orang Melayu. Kalau adapun pengecualiannya bilangan dan jumlah mereka itu adalah segelintir sahaja. Jumlah dan kumpulan yang dianggap segelintir inilah yang mampu merobotkan Mahathir sehingga mampu mempengaruhi beliau untuk kepuasan tembolok mereka.

Apakah jenis Cina yang sudah merobotkan Mahathir? Cuba kita perhatikan dengan teliti. Siapakah penasihat perihal Cina yang Mahathir lantik untuk memberi nasihat kepadanya? Beliau ialah seorang professional Cina (Mattheus Chang) yang tidak pandai berbahasa Mandarin. Yang lebih penting sekali beliau adalah anggota Freemason. Siapakah Cina kayaraya yang diberikan keistimewaan besar di negara ini sehinggakan Mahathir sanggup memberikan keistimewaan yang melampaui batasan dan melebihi keistimewaan yang diberikannya kepada bangsa Melayu? Lihatkan nama mereka semua bermula dengan nama Kristian. Abdullah Ang adalah satu pengecualian dalam hal ini kerana diapun ada nama Kristian yang disoroknya.

Saya telah banyak menulis akan hal ini dan diharapkan orang Melayu dalam UMNO khasnya, dan orang Cina seluruh Malaysia amnya sedar bahawa Mahathir memilih Cina yang istimewa untuk membantu mereka sehingga layak diberikan gelaran super-bumiputra -- Vincent Tan, Danny Tan, Francis Yeoh, Eric Chia dan banyak lagi Cina yang rapat dengan anak-anak Mahathir serta ahli keluarga Dr. Siti Hasmah. Satu ketika dulu ramai orang UMNO yang tidak percaya kisah betapa Mahathir mempunyai sekumpulan pedagang Cina yang merupakan kumpulan ‘super-bumiputra’ istimewa. Apabila nama mereka terdedah barulah orang Melayu percaya. Tetapi pada tahap itu, nasi sudah menjadi bubur kerana Mahathir diketahui memang sudah lama intim dengan peniaga Cina, seperti yang ditulis oleh Tunku Abdul Rahman Putra dalam bukunya: 13 Mei – Sebelum dan Selepasnya: (muka surat 198) .......... "Saya telah ditanya, kalau Dr. Mahathir menang dalam pilihanraya, mungkinkah dia juga mengkritik saya, seperti yang terkandung dalam suratnya yang tersebar itu?

"Ini satu soalan yang susah hendak saya jawab kerana saya tahu dari dulu bahawa dia adalah bersama-sama di dalam kumpulan yang sebelah lagi di dalam UMNO iaitu puak yang menggelarkan diri mereka ‘pelampau-pelampau’ atau ‘bijak pandai’.

"Tetapi saya yakin bahawa kiranya Dr. Mahathir menumpukan masa yang lebih kepada kerja-kerja parti dan tidak menghabiskan masanya di dalam perniagaan membuat rumah di Kedah bersama-sama dengan syarikat yang bernama Federal Construction Company – sebuah syarikat yang dipunyai oleh orang-orang Cina – dan dalam perniagaan-perniagaan yang lain, maka kemungkinannya untuk menang dalam pilihanraya itu adalah lebih besar.

"Menurut maklumat yang diterima, beliaulah yang telah mengambil peranan yang penting untuk menolong mendapatkan kelulusan Kerajaan supaya tidak kurang daripada 238 lot tanah simpanan Melayu dikeluarkan dari simpanan itu bagi maksud projek perumahan yang tersebut."

Alangkah hebat Mahathir dengan peranan memimpin orang Melayu melalui UMNO dan Barisan Nasional (BN) di mana dia mempunyai tiga agenda besarnya (i) berpura-pura menjadi pemimpin Melayu untuk menegakkan ketuanan Melayu, (ii) berpura-pura mengajak rakyat Malaysia seluruhnya agar mematuhi perlembagaan Malaysia di mana keistimewaan Melayu itu dihormati (iii) Bersekongkolan secara banyak muslihatnya dengan segelintir orang Cina untuk mengikis harta negara ini untuk menyumbat tembolok dirinya dan para kroninya.

Hampir semua dalil mengenai peranan Mahathir dalam mencapai cita-cita di atas telah saya tulis. Begitu juga dengan penulis-penulis lain seperti Spirit of Truth, Harun Rashid, Anil Neto, Kim Quek, dan M.G. G. Pillai yang menulis dalam Bahasa Inggeris, dan ada terjemahannya dalam Bahasa Melayu. Kita juga diberi maklumat dan penerangan yang lebih jelas oleh beberapa penulis prolifik seperti Amin Sapiro, Dr. Nologareng, Ali Allah Ditta, Dr. AQ dan ramai lagi yang menulis dengan segala keikhlasan hati. Kebanyakan penulis ini menulis tanpa sebarang bayaran kerana adanya kesedaran betapa perlunya masyarakat bangsa mesti diingatkan.

Kesan siri ini, saya menerima beberapa emel yang terkejut menyedari betapa Raja Penyangak sudah diresapi oleh pertubuhan haram sejagat dan sekaligus mempalitkan UMNO dan masa depan orang Melayu. Ada yang terkejut bagaimanakah Mahathir sanggup merelakan rakan kongsi Vincent Tan menjadi Setiausaha Kerja UMNO.

Sebenarnya kalau diteliti dengan cermat, kita akan dapati bukan sahaja UMNO dan masyarakat Melayu yang telah dibayangi oleh pertubuhan seperti itu, keseluruhan negara ini sudah dibayangi oleh mereka kerana Mahathir yang merelakannya.

Kita tidak mahu membincangkan perkara ini secara mendalam, kerana di luar bidang penulisan ini. Cukuplah kalau saya katakan selama 21 tahun Mahathir mencengkam kuasa di negara ini dia tidak pernah ikhlas memimpin orang Melayu. Dia menggunakan orang Melayu dan UMNO sebagai alat untuk menjadi seorang pemimpin negara. Saya menggelarkannya Raja Penyangak kerana dia berjaya menukarkan taraf sebuah negara yang berperlembagaan di bawah naungan Majlis Raja-Raja menjadi sebuah Republik yang diterajuinya. Inilah kesan kepintaran Mahathir dengan hanya beberapa konco-konco setia yang menukar status negara ini daripada bertuankan kepada Raja-raja Melayu kepada bertuankan UMNO yang kemudiannya bertuankan Mahathir bin Mohammed Iscander Kutty.

Konsep Malaysia sebagai sebuah republik itu telah dilakukannya sebaik sahaja dia mencanangkan ‘Malaysia Boleh’ kerana itulah kunci-kata yang telah menjahanamkan semua institusi kerajaan yang begitu tinggi martabatnya satu ketika dulu. Semua itu diperibadikannya sehingga badan kehakiman negara boleh menjadi satu institusi yang berada di celah ketiak Mahathir sahaja. Contoh yang terbaik ialah cara Mahkamah Persekutuan menolak kes rayuan Anwar Ibrahim. Seperti yang disebut oleh Anwar ketika memalukan mereka, tidak ada badan kehakiman yang boleh menyorok di sebalik kebenaran untuk selama-lamanya. Memang, setiap pelajar hukum undang-undang tahu dan akan sedar betapa sistem penghakiman negara ini sudah terhumban ke dalam mangkuk tandas sahaja. Bayangkan mereka yang duduk di meja panjang penghakiman itu adalah orang terpelajar yang bergelar Datuk, Tan Sri dan juga Tun. Mereka mempunyai pengetahuan yang tinggi bahawasanya Allah Maha Esa. Tetapi dalam banyak hal kita hairan siapakah pencipta mereka agaknya, sehingga sanggup menghumban asas pendidikan hukum perundangan mereka semata-mata mengikut kerenah Raja Penyangak.

Minda Melayu Yang Sudah Dirobotkan

Apa yang dilakukan oleh mahkamah Persekutuan terhadap kes rayuan Anwar adalah contoh jijik betapa Mahathir telah berjaya merampas kebebasan mereka untuk berfikir dan bertindak secara bebas dan adil. Mungkin, hakim yang bukan berdarah Melayu boleh mudah disogok oleh Mahathir kerana dia bertuhankan berhala. Tetapi, ada dua orang hakim beragama Islam lagi dalam panel hakim yang mendengar rayuan Anwar. Apakah mereka tidak takut kepada ajaran Islam?

Kita boleh menulis satu senarai panjang yang seiras kisah di atas untuk melihat betapa orang Melayu sudah lama dirobotkan oleh Mahathir yang dibantu oleh Triad dan pertubuhan samseng antarabangsa. Untuk memudahkan fahaman putar-belit ini cuba kita ambil tiga contoh sahaja di sini:

a) Penanaman Padi di Kedah

Kalau kita lihat penanaman padi di Kedah, kita diberitahu bahawa pendapatan purata ialah 2.8 kilo seekar setahun. Penanam padi yang paling ramai di Kedah ialah orang Melayu. Kini, Dato’ Affendi Norwawi berjanji mahu mengubah sistem penanaman padi mengikut konsep Australia yang mengeluarkan hasil hampir lima kali ganda.

Saya telah banyak kali buat komen akan hal ini dan mengajak orang Melayu cari kaedah Jepun yang mampu mencapai tahap itu sejak kita mula-mula menoleh ke timur lagi. Alhamdulillah, Effendi Norwawi akan mengadakan sesuatu akan hal ini, dengan meniru kaedah yang diamalkan di Australia.

Soalnya sekarang kenapakah selama ini petani Melayu dibiarkan begitu, sedangkan kerajaan Sanusi Junid pernah memperuntukkan hampir 30 juta untuk membina Muzium Padi di Gunung Keriang? Kenapa pula projek itu terbengkalai sehinggakan kerajaan yang ada terpaksa membelanjakan sekitar RM19.7 juta untuk meneruskan projek itu? kalau sudah terbengkalai kenapa diselamatkan lagi dengan mengeluar belanja lagi, sedangkan hutang kerajaan Kedah kepada kerajaan pusat sudah melebihi satu billion ringgit?

Saya selalu pergi ke Kedah untuk menziarahi sanak saudara dan kerap bertanyakan kepada mereka beberapa soalan yang membuatkan mereka malu sakan. Saya pernah tanya: Kalau majoriti penanam padi di Kedah adalah orang Melayu, kenapakah kilang padi dipunyai oleh orang bukan Melayu? Kenapakah ada satu kompleks persekolahan Mandarin yang tersergam indah di tengah-tengah bendang dengan biaya tuanpunya kilang padi? Kenapa tidak ada kompleks Tahfiz di tengah-tengah bendang yang dibiayai oleh tuanpunya kilang padi Melayu?

Kenapakah BERNAS menyibuk membeli projek roti Gardenia yang dipunyai oleh Ben Foods Singapura daripada saudara mara isteri Mirzan Mahathir dan tidak membina kilang padi di seluruh negara? Kenapakah petani Melayu terpaksa bergantung kepada ihsan syarikat swasta untuk menenggala sawah dan menuai padi dengan harga yang tinggi sedangkan BERNAS boleh membuat projek seperti ini?

Kegiatan BERNAS yang mendapat modal daripada pasaran saham BSKL tidak ditumpukan kepada pelaburan meningkatkan penanam padi yang memberikan hasil yang tinggi. Tetapi, sejak kebelakangan ini kita lihat ada usaha BERNAS memajukan pelbagai beras import yang tinggi harganya lengkap dengan iklan yang mewah dan menyeluruh seluruh negara. Pada waktu yang sama kegiatan membanteras penyeludupan beras Siam oleh Tentera Semut (orang kampung Melayu yang bergiat cergas sejak puluhan tahun menyeludup beras daripada Siam) di kawasan sempadan dengan Siam telah diperhebatkan sehingga punca pendapatan orang Melayu di kawasan itu sudah terjejas.

Dengan sekatan itu, ramai orang kampung hilang punca pencarian hidup sehingga ramai yang bertukar haluan menyeludup dadah. Soalnya sekarang, kenapakah kerajaan beria-ia menyekat penyeludupan beras itu yang dilakukan oleh orang Melayu sedangkan mereka lakukan itu untuk menyara hidup mereka.

Lagipun itu kerja yang dilakukan turun temurun dan tidak merosakkan kehidupan sesiapa kecuali pegawai tinggi BERNAS dan beberapa kerat pemimpin UMNO seperti Shahidan Kassim yang mempunyai kepentingan untuk menjual beras import secara besar-besaran. Orang Melayu di wilayah sempadan itu melakukan pengangkutan beras Siam sebagai punca hidup kerana tidak ada ruang pekerjaan lain yang menjamin mereka dapat menetap di perkampungan mereka. Kalau ada projek lain yang menjamin sara hidup yang serupa, sudah tentu mereka tidak melakukan penyeludupan beras itu.

Kalau mereka mahu dibanteras agar tidak menyeludup beras kenapa tidak diwujudkan satu bentuk kerja yang menarik perhatian mereka dan menjamin sara hidup yang lebih lumayan? Lihat apa yang terjadi sekarang kepada kelompok ini! Apabila mereka disekat menyeludup beras Siam, mereka beralih kepada najis dadah yang membawa padah yang lebih besar bencananya.

Satu ketika dulu saya pernah mencadangkan agar alat membajak sawah dan penuai padi difaraidkan oleh Baitulmal kepada beberapa kumpulan Sekolah Pengajian Pertanian di beberapa universiti dan maktab di seluruh negara. Kemudian, mesin-mesin itu ditempatkan di beberapa tempat sawah padi di seluruh negara untuk membuat kerja penuaian padi dengan harga yang sederhana dan lebih rendah daripada harga yang sedang dikenakan kepada penanam padi.

Dengan cara itu masyarakat Melayu yang menyeludup beras dulu boleh dikumpulkan menjadi satu kumpulan yang mengusahakan pembangunan sawah padi kawasan sawah yang tidak terdaya diusahakan oleh tuanpunya bendang. Kawasan sawah yang terbiar boleh diperolehi di merata tempat di negara ini – di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor malahan di Perak dan Kedah juga.

Sepatutnya Kedah (dan Selangor, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan) mampu menjadi pengeluar daging lembu dan kambing terbesar di negara ini. Sekaligus negara tidak perlu mengimport daging daripada negara luar. Jerami padi apabila diubahsuai dengan campuran ammonia boleh menjadi makanan yang paling berkhasiat kepada ternakan. Makanan ini boleh diselang-seli dengan daun pelepah kelapa sawit.

Penggunaan jentera canggih untuk memajukan kawasan sawah dapat menjadikan bendang tapak penanaman padi, jagung dan kawasan ternakan untuk daging segar.

Kalau kita pergi ke Belanda, Belgium dan Peranchis kita dapat melihat kawasan pertanian yang luas berhektar saujana mata memandang. Semua tanaman itu diusahakan hanya enam bulan dalam setahun kerana negara yang mempunyai empat musim. Tetapi hasil ternakan mereka mampu menguasai hampir separuh keperluan susu tepung, keju dan mentega dunia, sehinggakan mereka mempunyai simpanan yang mereka gelarkan ‘the butter and cheese mountain’ kerana mereka mahu mengawal harga pasaran keluaran mereka.

Tetapi, Belgium hanya sebesar Pahang walaupun jumlah penduduknya berkali ganda ramainya daripada jumlah penduduk di Pahang. Para petani di negara barat mampu menjadi masyarakat yang berpendapatan tinggi kerana sistem pertanian mereka yang canggih dan mereka diberikan tunjuk ajar teknik moden.

Di Malaysia para penanam padi adalah senasib dengan para petani dan nelayan yang lain yang SENGAJA dirobotkan agar menjadi satu masyarakat yang serba mengharapkan subsidi. Mereka dijadikan masyarakat yang menagih simpati agar mereka terus terpaut kepada UMNO untuk menentukan para pemimpin UMNO yang musibat itu terus berkuasa.

Baru-baru ini ada satu propaganda di mana generasi kedua dan ketiga FELDA menafikan mereka telah dianak-tirikan oleh kerajaan. Sayang, apa yang mereka tidak sedar propaganda RTM terlupa memadamkan gambar rumah-rumah peneroka ladang yang masih menghuni rumah kayu yang dibina pada tahun 1970-an dulu. Bagaimanakah mereka boleh sanggup menyokong Mahathir dengan menafikan mereka terpinggir sedangkan ibu bapa dan nenek moyang mereka masih menghuni rumah yang disediakan oleh pentadbiran Tun Razak dulu? Bagaimanakah mereka sanggup memuji UMNO yang membelakangkan kehidupan mereka?

Sikap segelintir jurucakap generasi kedua dan ketiga FELDA memuji-muja Mahathir dan UMNO adalah sesuatu yang kita faham kerana desakan tembolok mereka. Inilah kumpulan yang termakan pujukan orang tertentu yang mengatakan mereka mesti bersyukur kepada UMNO yang memberikan prasarana untuk memajukan perkampungan mereka.

Sebenarnya golongan semacam ini terlupa bahawa adalah satu kemestian kepada setiap parti politik yang memerintah untuk menyediakan segala kemudahan untuk rakyat hidup selesa.

Kalau kerajaan betul-betul ikhlas memimpin orang Melayu, penanam padi dan para peneroka ladang sawit dan getah di Kedah seharusnya menjadi satu masyarakat yang kaya raya sekarang ini. Kalau padi dapat diusahakan dengan konsep pengeluaran 10 tan seekar setahun, bererti pendapat penanam padi naik lima kali ganda secara langsungnya. Kemudian, kalau diusahakan penternakan lembu dan kambing di pinggiran sawah, daging yang diusahakan sudah mencukupi untuk keperluan negara. Apabila dilakukan pula selingan tanaman jagung untuk kegunaan makanan ayam dan ternakan, bererti kos penternakan ayam menurun hampir lima puluh peratus dan Malaysia boleh menjadi pengeksport ayam yang berkualiti di dunia ini.

Di samping itu kalau ikan dalam sangkar dapat diusahakan dan diproses untuk menjadi bahan makanan seperti bebola ikan, burger ikan dan sebagainya, bahan makanan itu boleh dieksport kerana pasarannya. Soalnya sekarang, kenapakah perkara ini semua tidak diusahakan oleh kerajaan pimpinan Mahathir? Jawapannya ada di hujung penulisan ini.

Kenapakah perkara ini tidak menjadi?

Hal ini tidak menjadi kerana pasukan kongsi haram antarabangsa sudah lama mengawal industri penanaman padi dan ternakan haiwan untuk dagingnya. Kumpulan Triad di Siam mengawal agihan bahan makanan seperti jagung, dedak ayam dan bahan yang lain. Mereka juga mengawal kemasukan haiwan ternakan daripada Burma secara haram yang menggunakan laluan di Changlun, dalam daerah Kubang Pasu. Projek ini memang satu projek purba yang sudah lama bertahan sebelum negara merdeka lagi. Kita harus ingat Triad Cina adalah kumpulan yang paling hebat di rantau ini sehinggakan kumpulan Yakuza sudah mengaku kalah kepada mereka.

Apabila mereka mengawal semua ini, bererti mereka juga boleh menentukan harga pasaran beras walaupun BERNAS secara rasminya adalah badan monopoli kegiatan ini. Tetapi, keupayaan pengilang padi mengawal projek mengisar padi dan pengagihan beras, bererti mereka boleh mendalangi kegiatan BERNAS dalam hal-ehwal pengimportan beras daripada Siam, Vietnam, Indonesia dan Burma - baik secara import yang sah ataupun secara haram. Itu sebabnya kerajaan sudah terjebak oleh pengaruh kumpulan ini sehingga sanggup meningkatkan rondaan polis dan tentera di kawasan sempadan Malaysia-Thai semata-mata mahu menyekat orang Melayu menyeludup beras. Kesannya siapa yang rugi? Rakyat Malaysia secara keseluruhannya terpaksa membeli beras dengan harga yang dikawal dan ditentukan oleh BERNAS.

Oleh kerana muslihat mahukan petani dan pesawah Melayu terus berada di takuk lama, sebarang usaha untuk memajukan ekonomi mereka secara pemeliharaan haiwan ternakan, ikan semusim ataupun siput jenis ‘escargo’, sengaja dipengap oleh pihak pertanian kerajaan kerana ia akan menjejaskan aktiviti kumpulan Triad yang sudah lama menguasai industri pertanian negara. Itu juga sebabnya sehingga hari ini pengedaran gula di negara ini masih berada di tangan Kuok Brothers.

Perkara semacam ini tidak menjadi perhatian Pemuda UMNO kerana mereka tidak berani mempertikaikannya. Yang lebih mereka ghairah ialah cara membalun lesen kerajaan yang masih ada pada tangan individu Melayu. Contoh terbaik ialah khidmat teksi di KLIA.

b) Kilang Sembelihan Ternakan di Paya Pahlawan

Beberapa hari lalu ada berita sebuah syarikat Melayu yang kerugian besar kerana permit membawa masuk lembu daripada Burma secara sah telah dibatalkan kerana adanya penyakit mulut dan kuku (Foot and Mouth Disease). Saya tidak terkejut dengan berita itu kerana saya banyak menulis mengenai kilang sembelih daging yang terbesar di dunia selepas kilang di Arab Saudi. Itulah yang digembar-gemburkan oleh Sanusi Junid. Saya juga pernah melawat kilang ini dulu dan hairan kenapa hanya ada kemudahan menyembelih lembu dan tidak ada kemudahan penyembelihan kambing (pernah saya tulis mengenai ketiadaan ‘A’ Frame untuk sembelih kambing).

Seperti yang saya beritahu beberapa tahun dulu, penyediaan kilang sembelih Paya Pahlawan adalah satu ‘scam’ oleh beberapa individu tertentu yang rapat dengan Mahathir. Tujuan utama rumah sembelih itu ialah untuk menyembelih lembu yang dibawa khas daripada Australia yang diberi makan jereja (lebihan) nanas yang dikeluarkan oleh FIMA di Johor. Dari sana lembu itu diangkut untuk disembelih dan dagingnya dijual di Langkawi sebagai daging bertaraf premium. Demikianlah yang saya tulis dua tahun dulu. Sekarang kita buktikan apakah salah tulisan itu?

Kalau kerajaan Kedah peka dengan rintihan masyarakat tani dan tulisan mengenai taraf dan kualiti pertanian Kedah, sudah tentu rumah sembelihan Paya Pahlawan tidak memerlukan lembu daripada negara jiran lagi, ataupun daripada Australia. Kalau betul kerajaan Kedah mahukan lembu yang mempunyai daging yang manis laksana sirap nanas, kenapa tidak diusahakan ternakan lembu terus di Langkawi yang hidup dengan jereja nanas yang dihantar ke pulau itu? Kemudian adakan pula projek ternakan lembu dengan bahan makanan yang sama di kawasan Pendang?

Jawapan kepada soalan ini terletak kepada monopoli lesen import daging beku daripada India yang dipegang oleh Sanusi Junid bersama beberapa ketua pengarah yang sudah pencen di Jabatan Haiwan dan Pertanian. Inilah kumpulan musibat yang menyogok daging lembu hukum mati di India yang dihantar ke negara ini untuk dimakan oleh orang Melayu.

Satu ketika dulu saya ada menulis dan menceritakan betapa lembu-lembu peliharaan kaum India yang sudah hangkoi dan berkeliaran di kota dan bandar India ditangkap oleh kerajaan dan diserahkan kepada kaum Islam di sana. Orang kampung yang mendapat lembu jenis ini menyembelihnya dan menggantungnya di tepi jalan menunggu lori khas (kepunyaan Kumpulan Hussin Allana) untuk mengangkutnya. Dari jauh daging yang tergantung itu kelihatan hitam kerana dihurung langau. Apabila tiba di kilang ia terpaksa dimasukkan dalam takungan ataupun kolam besar yang mengandungi kapur untuk membunuh ulat dan cacing langau yang sudah bertelur di situ. Itulah daging yang dipotong-potong kemudiannya dan dibekukan untuk dieksport ke Malaysia.

Setelah terdedahnya penulisan itu Muhiyuddin Yassin ada melawat projek daging di India di mana kerbau orang kampung dilelong setiap minggu untuk disembelih dan dijadikan daging beku. Sayang, Muhiyuddin tidak dibawa melawat ke perkampungan di mana daging lembu kepupusan yang dibekalkan untuk Malaysia.

Demikianlah kisahnya kalau kerajaan yang memerintah menipu rakyatnya kerana ada persekongkolan pihak atasan untuk menjadi kaya raya dengan keperitan rakyat jelata. Apakah Sanusi Junid senang lenang sekarang ini? Oleh sebab tidak ada kesungguhan menyediakan bekalan daging yang bermutu tinggi pada kadar harga yang dapat diterima oleh rakyat jelata, makanya ada dua kelas daging yang biasa disajikan kepada rakyat. Daging beku India (daging Hindustan) dan daging segar yang disembelih (daging segar). Harganya jauh berbeza kerana harga kemasukan bahan yang berbeza. Tetapi, harga daging lembu pupus daripada India sebenarnya adalah rendah, malahan lebih rendah daripada kos penghantarannya.

Salah satu penyelewengan yang amat ketara dalam bekalan daging di Malaysia ketika Sanusi Junid sungguh berkuasa ialah lencongan projek ternakan untuk daging. Sanusi tidak menggalakkan ataupun mempergiatkan ternakan kambing, lembu dan kerbau. Dia cuba menumpukan fokus kepada peliharaan arnab. Dia tahu orang Melayu tidak berapa minat dengan arnab kerana secara turun temurun arnab menjadi binatang belaan di rumah-rumah. Lagipun daging arnab dianggap hanyir seperti daging itik.

Kenapakah Sanusi tidak tingkatkan ternakan lembu dan kambing sedangkan bahan makanannya bersepah di merata rancangan tanah sawit? Jawapannya ialah kerana dia tidak mahu menjejaskan perniagaannya yang mendapat lesen emas kerajaan.

Sekarang kita dapat kisah pengharaman lembu daripada Burma kerana penyakit kuku dan mulut. Jika demikian kerajaan harus memberi maklumat yang jelas kerana pada kebiasaannya kalau lembu dan kerbau di Siam (Thailand dan Burma dijangkiti penyakit itu lembu dan ternakan kaki-empat di negara inipun terjejas sama).

Yang amat pelik sekali kita tidak pernah terbaca kisah lembu dan kerbau di India yang terkena penyakit yang sama. Tetapi kalau kita ikuti berita di internet penyakit begitu memang amat lumrah di India setiap bulan. Begitu juga dengan jangkitan penyakit ayam yang sungguh menular di Amerika Syarikat sekarang ini. McDonald Jepun sudahpun menggantung penjualan Ayam McNuggets kerana wabak penyakit ayam di beberapa tempat di Amerika. Di Malaysia kita tidak dengar tindakan Mc Donald mengenai perihal yang sama, sedangkan kita tahu bekalan McNugget ada yang diimport daripada Amerika juga. Itulah ayam ‘chicken-nugget’ rangkaian makanan segera francais Amerika di rantau ini. Majalah Utusan Konsumer ada menyebutnya, dan meminta kerajaan Malaysia menyekat kemasukan bekalan bahan makanan yang mengandungi ayam daripada Amerika. Sehingga kini, belum ada berita tindakan kerajaan ke arah itu.

Kenapa Kumpulan Triad Membayangi Mahathir

Kita sebutkan betapa Triad Cina adalah satu pasukan yang amat digeruni di merata dunia. Sehinggakan Yakuza sudah mengaku kalah di negara mereka sendiri kerana kumpulan Triad mampu mengawal segala bisnes haram di Jepun untuk menjadikan Yakuza kumpulan ganas yang kedua. Kerana itu Yakuza menumpukan minat terhadap politik Jepun agar orang-orang tertentu yang berkuasa silih berganti.

Triad Cina naik perkasa kerana banyak belajar daripada kumpulan haram yang lain seperti Yakuza, Mafia (Itali) Mafia (Russia) al-Madelin (Colombia) dan beberapa kumpulan lain yang tidak perlu kita sebutkan di sini.

Kalau kita perhatikan sejarah Triad di Malaysia mereka bermula melalui kongsi pertubuhan kaum sejak zaman perlombongan bijih dulu. Kemudian ia meresap ke ladang getah dan kelapa sebelum menjalar ke ladang kelapa sawit. Di zaman perlombongan kegiatan mereka tertumpu kepada beberapa aspek perdagangan (a) pelacuran, (b) perjudian termasuk empat nombor dan bilik mahjong, (c) pinjaman ceti haram ataupun lebih dikenali sebagai kegiatan ‘ahlong’, (d) pembikinan arak dan samsu (e) kegiatan ‘perlindungan’ samseng (f) perniagaan haram yang lain seperti usahasama ali-baba untuk jangkamasa pendek sahaja, Kaset lagu, VCD, dan pengagihan dadah. Dengan lain perkataan segala kegiatan Triad adalah mengenai kegiatan yang mendatangkan keuntungan besar tanpa perlu ada penyata akaun dan pembayaran hasil cukainya.

Semua bentuk kegiatan Triad itu masih meluas di negara ini dan ramai penaja ataupun penaung kegiatan itu berpangkat dan bergelar. Kelmarin ada kisah seorang peniaga yang telah membayar sebanyak RM150,000 untuk mendapatkan gelaran datuk. Kira-kira sepuluh tahun dulu saya ditawarkan gelaran datuk dengan syarat saya membayar RM35,000 sahaja. Inilah yang dikatakan orang Melayu yang harus dihukum tembak sahaja. Bayangkan sendiri berapa pendapat menteri besar dan ketua menteri, warga istana seperti anak-anak raja dan undang serta luak (di N. Sembilan) setiap tahun HANYA melalui agihan gelaran bintang raja-raja?

Semasa menulis artikel ini saya kerap teringatkan segelintir sahabat berbangsa Cina yang hidup cari makan secara kais pagi makan pagi dan kais petang makan ‘hati’. Mereka adalah golongan pegawai kerajaan seperti guru dan kerani ataupun pegawai lulusan universiti yang bertugas di pejabat kerajaan dan swasta. Kumpulan ini hidup tertekan kerana menyimpan wang daripada gaji bulanan untuk menyara hidup keluarga dan simpanan untuk kos pengajian tinggi anak mereka. Mereka amat membenci Triad dan pergerakannya kerana mereka tahu ini adalah kumpulan yang sepatutnya tidak dibenarkan berkuasa di negara ini. Sebagai orang yang berpendidikan mereka kerap mengeluh membincangkan gelagat pemimpin UMNO dan pegawai kerajaan yang rasuah. Kerap juga saya merasa tertekan apabila mendengar kisah wakil rakyat dan pegawai Melayu kita yang terlalu rasuah. Kadangkala kita merasa malu juga melihatkan gelagat penguatkuasa Melayu yang rata-rata berpelajaran setakat SRP ataupun bekas tentera yang berlagak sombong ketika menjalankan tugas mereka. Mereka adalah laksana polis trafik lalulintas yang mahu memberi saman kerana niat sebenar mahu menerima wang sogok untuk tidak mengeluarkan saman itu.

Dengan lain perkataan gelagat dan perangai kebanyakan pemimpin parti politik UMNO dan segelintir pegawai Melayu dalam kerajaan mempunyai perangai yang tidak banyak berbeza dengan kumpulan Triad Cina. Oleh kerana aktiviti Triad Cina dapat mencengkam pengaruh dan kuasa di negara ini, bererti kita boleh mengandaikan bahawa Mahathir Mohammad sebagai perdana menteri Malaysia sudah lama dibayangi dan dirobotkan oleh kumpulan Triad yang sama.

Itulah sebabnya kita perhatikan kutipan cukai pintu di Kuala Lumpur sahaja mempunyai tunggakan bayaran melebihi RM500 juta pada tahun lalu. Kalau tauke-tauke besar tidak membayar cukai itu, siapa yang membayar cukai sebenarnya kalau bukan orang kecilan seperti mereka yang makan gaji bulan dengan kerajaan.

Apabila kita menyedari hakikat ini tentu kita terfikir kenapa tauke-tauke besar mampu menggunakan kereta mewah sedangkan mereka tidak membayar cukai? Malahan kalau kita teliti pergerakan mereka di bandar besar, ramai yang tidak mudah membayar sewa meletak kereta kerana mahu menjimatkan belanja. Kalau ada laluan percuma yang dapat memintas laluan yang bertol, ini juga kumpulan yang sanggup bersesak-sesak mengelakkan bayaran tol itu. Tetapi, ini juga jenis kumpulan manusia yang amat disenangi oleh pemimpin UMNO dan Mahathir.

Kenapa Melayu Marahkan Mahathir?

Sikap Mahathir memanjakan kaum Cina yang ada kaitan dengan kumpulan kongsi haram inilah yang membuatkan masyarakat Melayu amat marah dengan Mahathir. Kebanyakan mereka ini bukannya berpendidikan tinggi, tetapi kerana pintar memutar belit mereka diberikan projek lumayan oleh Mahathir dan para menteri besar serta ketua menteri sehinggakan ada projek yang tidak mampu mereka lakukan disebabkan tidak ada otak memahaminya. Ataupun projek itu memang tidak mereka minati tetapi mereka usahakan untuk membalun pinjaman bank bagi memulakan projek itu.

Itu sebabnya Ampangan Bakun hancur, Perwaja Steel ranap, Indah Water yang merupakan projek utiliti yang terbesar di Asia lingkup. Begitu juga dengan projek pengangkutan aliran ringan yang dibuat di zaman moden tetapi tidak mempunyai perhentian yang sama kerana Mahathir merestuinya kepada kumpulan baghal Cina.

Oleh sebab Mahathir menumpukan pembikinan semua projek ini kepada Cina pilihannya, makanya dia sekarang terkena badi cerca dan doa Tunku Abdul Rahman Putra. Tidak ada satupun projek mega yang Mahathir faraidkan kepada orang Cina dapat dilaksanakan dengan berjaya. Hampir semua, saya ulangi SEMUA yang Mahathir serahkan kepada peniaga Cina lingkup dan musnah semusnah-musnahnya. Mahathir tidak faham hukum karma ini kerana dia tidak mahu membaca dan mendalami ajaran Allah.

Yang paling menakutkan saya ialah beberapa projek lagi yang sedang diusahakan oleh Cina kesayangan Mahathir kini. Saya menjangkakan banyak lagi projek itu akan kantul dan terbengkalai dalam dua hingga tiga bulan lagi. Ramai peniaga Cina ini sedang disepit kesangsian dan keraguan, apakah mereka mesti meneruskan projek itu dengan bebanan hutang yang semakin menggunung ataupun cabut lari dengan kekayaan yang masih ada.

Kita dapat menjangkakan anak-anak emas Mahathir daripada kaum Cina sedang bersiap sedia untuk keluar daripada negara ini. Inilah persiapan terakhir mereka untuk keluar secara terhormat sebelum terlambat. Mereka sudah naik mencengkam pengaruh terhadap Mahathir dengan galakan kumpulan kongsi haram. Mereka sedar apa yang akan mereka hadapi. Pergolakan dunia niaga di Amerika yang dihantui penyata akaun yang sengaja dipalsukan sedang menggugat ekonomi Amerika Syarikat dan Presiden Bush. Itupun sudah ada segala peraturan perakaunan yang ketat di sana.

Di Malaysia peraturan akaun boleh dirundingkan. Contohnya ialah penyata suku tahun yang tidak perlu disahkan oleh juruaudit yang bertauliah, sedangkan di Amerika ia merupakan satu kemestian. Itu sebabnya setiap kali saham syarikat tersenarai mahu dihenjut naik, ada sahaja penyata yang menunjukkan akaun yang baik dan tinggi untungnya. Kemudian, keadaan itu diubahsuai pada suku tahun akhir untuk menyatakan keadaan sebenarnya. Pada waktu itu harga saham sudah menurun dan orang sudah melupakan kelentongan korporat semacam itu.

Demikianlah yang terjadi di negara ini dan ekonominya. Ia banyak bergantung kepada keadaan perniagaan yang menjadi mangsa tipu muslihat sekumpulan pedagang dan masyarakat biasa yang dibayangi dan dirobotkan oleh Triad Cina.

Negara ini sedang menggelonsor ekonominya kerana pengaruh jahat kumpulan haram yang direstui oleh Mahathir. Dia terpaksa merestui pergerakan dan kegiatan mereka kerana melalui mereka dia melarikan harta yang dikikiskan daripada negara ini. Selama ini pergerakan Triad Cina itu tidak begitu ketara kerana mereka pandai menjalankan kegiatan yang menunjukkan perniagaan yang sah. Tetapi, kita boleh lihat betapa penjualan VCD haram berleluasa, betapa karaoke dan bar saling berganti namanya kerana pengusaha tidak mahu membayar cukai pendapatannya dan keuntungan perniagaan. Kita boleh dengar kegiatan empat nombor di setiap kilang dan pejabat yang besar, tetapi tidak pernah terbaca berita tertangkapnya penaja dan kongsi haram yang menaja penjualan haram itu.

Kita diberitahu bahawa di Lembah Kelang sahaja angka kecurian kereta adalah dalam lingkungan 150 biji setiap hari, tetapi kita tidak pernah dengar tertangkapnya penaja geng curi itu, sedangkan perniagaan bengkel kereta potong melambak-lambak di kawasan yang sama.

Kita diberitahu bahawa jumlah penagih dadah baru setiap tahun daripada kalangan anak Melayu ialah sekitar 130,000 orang. Ini angka setiap tahun, bagaimana angka keseluruhannya. Di Lorong Taib kita boleh lihat mayat berjalan kerana penagih dadah mencari apa sahaja untuk melepaskan gian. Sehinggakan Rafidah Aziz ada menyebut ada penagih dadah yang sudah memilih menghidu tahi lembu segar sebagai melepaskan gian. Mereka harus diambil untuk membela lembu dan kerbau di Kedah.

Kalau diambil kira angka rasmi tahun sudah terdapat 40,000 lulusan maktab dan IPT yang masih menganggur. Sekarang ini adalah musim IPT bercuti. Berapa pula lulusan tahun ini yang akan menganggur? Pengangguran di kalangan anak Melayu dan adalah tinggi kerana punca pekerjaan yang terhad. Tetapi kadar pengangguran di kalangan anak Cina amat rendah kerana ramai yang diambil oleh Triad menjalankan kegiatan haram mereka.

Apakah Mahathir mengambil kira semua fenomena ini? Sampai bilakah dia akan sedar kenapa sebab yang sebenar Melayu malas? Kenapa pula semakin ramai orang Melayu yang membenci beliau dan anak-pinaknya?

-marhaintua - 15 Julai, 2002. (Suntingan Z-M@R)

Bersambung bahagian 5: Pengaruh Kongsi Haram India
Fokus Khas:
Yakuza
Mahathir dan Freemasons


Siri MMMM boleh diakses melalui link yang terdapat di kolum kiri muka depan M@RHAEN atau klik di sini: Bab 16(4) - Bab 16(3) - Bab 16(2) - Bab 16(1) - Bab 15 - Bab 14 - Bab 13 - Bab 12 - Bab 11-2 - Bab 11-1Bab 10 - Bab 9 - Bab 8 - Bab 7 - Bab 6 - Bab 5 - Bab 4A - Bab 4B - Bab 3A - Bab 3B - Bab 3C - Bab 2A - Bab 2B - Bab 1A - Bab 1B
 

FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!