Pirates of Malaysia:

Koleksi Artikel berkaitan:
SKANDAL RASUAH & ROMPAKAN DI SIANG HARI OLEH KERAJAAN UMNO/BN PERLIS:

 

BN GAGAL BAWA PELABURAN KE PERLIS AKIBAT RASUAH YANG BERLELUASA

Walaupun memerintah Perlis semenjak merdeka, Barisan Nasional masih gagal membawa pelaburan dan industri ke negeri Perlis. Berbanding dengan negeri.-negeri lain, termasuk Kelantan dan Terengganu, kerajaan negeri Perlis dianggap cukup tidak popular di kalangan pelabur luar yang amat diperlukan demi membangunkan iktisad atau ekonomi tempatan. Walaupun Menteri Besar Shahidan Kassim mendabik dada sambil menunjukkan bil beratus ribu ringgit wang yang dibelanjakannya untuk lawatan beliau dan exco UMNO ke luar negara, namun tiada sesiapa pun dapat menafikan kekurangan pelaburan yang begitu ketara di negeri ini amnya dan Indera Kayangan khususnya.

Pelabur rata-rata menjauhi Perlis kerana kerajaan pimpinan Shahidan rasuah dan menyeleweng, hinggakan mereka terpaksa memberi sogokan yang besar semata-mata untuk mendapat lesen dan kebenaran menjalankan aktiviti perniagaan di sini.

Pemberian tender-tender dan kontrak-kontrak kerajaan diperlakukan seolah-olah harta peribadi Shahidan, adik-adik dan keluarga dekatnya. Anak Perlis yang layak diketepikan kerana enggan tunduk kepada kuasa politik Shahidan. Selain daripada masalah air yang telah membantutkan pertumbuhan di Kangar selama lebih sepuluh tahun, punca lain ialah kerana wujudnya pergantungan yang tidak berkesudahan kepada sektor-sektor seperti perlombongan dan
pertanian yang berkembang dengan kadar yang amat perlahan.

Industri di negeri Perlis juga lebih tertumpu kepada pemprosesan barangan tahap rendah dan ‘first stage processing’. Pelabur tidak yakin untuk
pelaburan di dalam pemprosesan peringkat yang lebih tinggi yang memerlukan kemudahan infrastruktur yang lebih baik. Ini termasuk bekalan
air yang baik dan letrik yang lancar.

Kekurangan pelaburan inilah yang menyumbang kepada berlakunya masalah pengangguran dan kurangnya peluang pekerjaan serta perniahaan untuk masyarakat setempat. Dengan adanya satu lagi suara alternatif di DUN Perlis, akan wujud pemantauan yang lebih ketara di dalam perjalanan dewan tersebut dan lebih memantapkan lagi usaha Barisan Alternatif untuk menegakkan ketelusan dan budaya “bersih” dalam pentadbiran kerajaan.
 

Rasuah di Perlis:
Sorayanii: MB Bernas...
Umno-Reform: Kisah Kisah Benar Shahidan Kassim
 
 

Lain-lain:
Rompakan Berbilion Ringgit Harta Rakyat

(suntingan M@RHAEN) - 06.09.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!