Adakah Malaysia Mengikut Model Kamal Ataturk? (Siri Keempat)
KAMAL ATATURK MENENTANG AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

BAGI menghancurkan pemerintahan Sultan Usmaniyah di Turki, kaum Yahudi telah membuat perancangan jangka panjang yang memakan masa lebih kurang 400 tahun. Dendam mereka mula menyala apabila Sultan Orhan Ghazi, anak kepada Sultan Osman (sultan Bani Usmaniyah yang kedua) telah menghalau orang Yahudi dari kota Bursa di awal pemerintahan kerajaan Usmaniyah. Sultan-sultan Usmaniyah yang awal adalah pemerintah yang bertakwa. Mereka sentiasa bermusuh dan tidak percayakan Yahudi.

Yahudi melaksanakan berbagai-bagai perancangan jahat. Di antaranya ialah berpura-pura masuk Islam tetapi di dalam hati tetap mengekalkan keyahudian mereka.

Mereka digelar Yahudi Dunnama yang kebanyakannya berasal dari Greece. Mereka menjadi munafiq untuk menghancurkan Empayar Usmaniyah dari dalam. Ini ada persamaan dengan tipu muslihat Yahudi Abdullah bin Saba' di kota Madinah yang menjadi musuh dalam selimut cuba menghancurkan Islam dari dalam sewaktu zaman para Sahabat.

Orang-orang Yahudi Dunnama memakai nama Islam dan berusaha sedaya upaya menduduki jabatan-jabatan tinggi dalam pemerintahan. Dengan itu mereka meluaskan pengaruh sedikit demi sedikit di kalangan masyarakat atasan. Kejayaan mereka di Turki ialah meracun Sultan Muhammad AI-Fateh, penakluk kota Konstantinopel yang terkenal itu. Baginda meninggal dunia akibat diracun oleh Mustafa Jocobo, seorang doktor peribadi daripada Yahudi Dunnama di istana Sultan.

Pada tahun 1914, Yahudi melalui “The Young Turks” telah berjaya memegang jawatan penting dalam negara. Talaat menjadi Menteri Dalam Negeri. Mehmed Djavid menjadi Menteri kewangan, Jamal Pasha sebagai Gabenor tentera di Istanbul. Mustafa Kamal adalah seorang ejen Yahudi Dunnama. Program mencipta Kamal Ataturk dijalankan dengan rapi oleh Yahudi. Oleh itu pada tahun 1913, Sir Henry Wilson, seorang General British telah berkata ketika melawat Istanbul: "There is a man called Mustafa Kemal... a young staff-colonel. Watch him. He may go far!"

23 , Tokoh-tokoh selainnya yang berperanan ialah Midhat Pasha, Hasyim Nahun, Ibrahim Taimu dan ramai lagi. Salonika, kota kelahiran Kamal Ataturk, adalah markas kegiatan Dunnamah. Dari sinilah revolusi menggulingkan Kesultanan Usmaniyah dimulakan. Di sini juga gerakan Freemason Yahudi mula menyerap pengaruhnya dalam anggota tentera Usmaniyah ketumbukan ketiga yang berpusat di situ. Yahudi, Dunnamalah yang membiayai revolusi pimpinan Kamal Ataturk melalui pergerakan The Young Turks.

Dengan bantuan Yahudi antarabangsa melalui gerakan Freemason dan melalui media massa yang dikuasai oleh Yahudi, tokoh-tokoh palsu ini ditonjolkan hingga disanjung tinggi di kalangan dunia Islam. Hingga pada mulanya ramai yang menyangka bahawa mereka adalah tokoh-tokoh Islam sejati. Pada waktu itu semua, media Yahudi memuja Kamal Ataturk dan Midhat Pasha. Malah tidak sedikit pula golongan-golongan Islam di Alam Melayu sendiri (termasuk Malaysia dan Indonesia) pada waktu itu telah terpengaruh, hingga ada yang berani menyatakan, kalau ingin maju, moden dan produktif, contohilah Turki pimpinan Mustafa Kamal Ataturk.

Pada masa yang sama di seluruh dunia, keburukan Sultan Usmaniyah dibesar-besarkan. Berita itu dicanangkan ke luar negara terutamanya ke negara-negara umat Islam. Dunia Islam dimomokkan supaya membenci sultan. Institusi khalifah diburuk-burukkan sedikit demi sedikit melalui keburukan peribadi sultan.

(Bersambung ke Siri Kelima)

Di susun oleh: Umat Prihatin - 26.09.2002
Adakah Malaysia Mengikut Model Kamal Ataturk? (Siri 3)
Adakah Malaysia Mengikut Model Kamal Ataturk? (Siri 2)
Adakah Malaysia Mengikut Model Kamal Ataturk? (Siri 1)


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!